Thursday 15 November 2012

Hijrah


Assalammualaikum..

Awal tahun Hijrah kali ni aku kena kerja..huhu..tapi dengan penuh bersemangat..awal tahun dengan permulaan yang baik, lebih baik tanpa memulakan apa2..tapi, bagi aku kalau sesiapa yang ingin berhijrah menjadi lebih baik, tak perlu nak tunggu tahun baru..permulaan tahun itu sebagai peringatan sebab dalam sejarah Hijrah itu sendiri dimulakan bukan kerana Islam menang dalam perang Badar, bukan juga kerana lahirnya Nabi Adam atau lahirnya Rasulullah SAW ke bumi Allah ini..ianya wujud kerana perpaduan Ummah..dalam lagu Hijrah pun ada menyebut..

''Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..''

Itu dia..blog Sopheshifa mengajar erti perpaduan..huhu..tapi, itulah kebenarannya..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..dengan erti kata lain, bersatu lah kita walau berlainan pendapat, walau dengan apa cara sekalipun tanpa alasan..apabila terbitnya alasan, maka jalan untuk kita bersatu amat sukar dan memerlukan masa..sampai bila? Renung-renungkan dan bertindak sebelum terlambat..

Bercerita tentang Hijrah, aku pun ada pengalaman tersendiri..hari ini genap 14 tahun aku behijab, Alhamdulillah..permulaannya tidak begitu sukar..namun begitu sewaktu di awal penghijrahan aku tu ada juga cakap2 orang yang aku kena telan..tapi aku kuatkan semangat dan semuanya dipermudahkan..aku dulu rock weh..kaki jamming, kaki gig dan kaki lepak..wahaha..

Walaupun aku dulu jenis macam tu, aku masih menghadkan batas2 pergaulan..aku pilih kawan yang boleh dipercayai yang masih boleh nasihat kat kawan2..bukan semua okeh orang yang suka pergi gig ni perangai macam setan..cuma ada sesetengahnya saja yang tak boleh dipercayai. Itu pun segelintir sahaja..kira masalah terpencil lah orang sekarang cakap..huhu..

Dulu, aku selalu bercampur dengan brader2..huhu..biasanya bila habis waktu kerja lah..hahaha..brader2 yang aku kenal ni tak ada yang menganggur..semua ada kerja dan kerjaya. Setiap kali jumpa kami akan pergi jamming..kelakar lah..tapi bila kami duduk borak2, diorang suka cerita tentang masa depan..apa yang diorang akan buat untuk masa depan diorang dan nasihatkan yang lain..macam tak percaya je kan..tapi itulah hakikatnya..

Akhir tahun 90-an scence kat Kulai memang ada macam2 jenis..ada Punk, Skinhead, Grunge, Hardcore, Grindcore dan metal semua ada..tapi, mereka tak berpuak-puak..mereka semua di kalangan sahabat2 zaman persekolahan..sebab apa kami boleh duduk semeja? Semangat setiakawan dan nilai persahabatan yang membuatkan kami sentiasa bersatu..saling mengambil berat sampai lah dah beranak pinak ni..

Lepas tu, masing2 boleh tanya..

''Dalam kitorang ramai2 ni, tak ada pulak yang kau berkenan ehk..jangan kata nak couple, skandal pun tak ada.''

Wahaha..apa punya soalan lah..sebabnya bukan korang tak handsome atau tak baik pun..malah ada yang dah jadi artis..tapi, aku tak nak nilai persahabatan yang ada ni berubah..aku sayang kawan2 aku ni..walau pernah dikutuk, ditegur dan dilemparkan dengan kata2 yang menyakitkan hati, tapi aku masih mahu berkawan dan bersahabat. Aku lebih suka sahabat yang mahu menegur kesilapan daripada mengiakan apa saja yang kita lakukan..apa lagi sahabat yang tak boleh ditegur..haish..

Ada juga yang tak suka dengan kita, kawannya pun ikut tak suka kita..ibarat macam zaman sekolah pulak..zaman hingusan..zaman yang hanya ikut kata hati dan bukan akal fikiran..di sekeliling aku pun selalu terjadi perkara sebegini..moga mereka sentiasa diberikan petunjuk..ingat, walaupun orang tak suka kita, jangan doakan agar orang tak suka dia..sampai bila2 pun tak akan berubah..doalah yang baik2 moga manfaatnya kita perolehi bersama..

Macam juga bila kita lihat orang tak bertudung dan terkeluar pulak ayat ''kenapa lah mereka ni tak bertudung?'' kan lebih elok kalau kita cakap ''cantiknya dia ni kalau bertudung..'' Begitu jugak masa mulanya penghijrahan aku dulu..sampai ada yang kata..

"Hujan la macam ni.''

Sedih weh bila dengar orang cakap macam tu..bukan budak2 yang kutuk. Tapi ada sorang makcik yang sindir aku macam tu..bila aku fikir2 balik, kalau aku dengar cakap dia, seolah-olah aku dah gagal dengan niat murni aku tu..huhu..walaupun aku tak bertudung labuh..tapi, aku anggap ianya sebagai latihan..melatih untuk aku biasa dengan bertudung..practice make perfect! 

Di kesempatan ini aku ucapkan Salam Maal Hijrah kepada sesiapa yang tersinggah blog aku ni..mungkin ini antara penghijrahan aku yang sempat aku tulis..nanti2 lah aku cerita pasal penghijrahan yang lain di next entry ya..moga kisah aku boleh dijadikan iktibar walaupun tak ada lah kisah menyayat hati pun..sekurang-kurangnya ada yang aku nak kongsikan walaupun ada yang tak kuasa nak baca..ahahaha..





No comments: