Saturday 3 November 2012

November Datang Lagi..


Assalammualaikum..
Walaupun dah 3 hari November menjengah tapi aku rasa sangat relax walaupun pagi tadi aku kelam kabut siapkan makanan tengah hari..ahaha..yang buat aku rasa relax bila bulan ni tak banyak modal dikeluarkan untuk membeli atau membayar benda2 penting. Mesti pening kan kalau semua benda nak kena bayar dan kita perlu bayar masa kita betul2 dalam kesempitan atau baru pertengahan bulan.

Ini mungkin sebab bulan lepas adalah bulan yang banyak pakai duit..ahaha..bayar yuran pendaftaran sekolah Anna je dah RM835. Belanja untuk groceries lebih kurang RM300, beli lauk dalam RM300, susu dan diapers dalam RM400, petrol RM450..ditambah pulak dengan perbelanjaan tambahan untuk Aidiladha..walaupun bukan aku keluar semua perbelanjaan, tapi boleh pening jugak kepala..ahaha..Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan berkat usaha dan doa..

Seminggu sebelum gaji keluar, semua toiletries dah habis termasuk perfume, moisturizer dan bedak aku..huhu..kalau boleh memang tak mahu guna wang simpanan. Makanya aku pendam dulu untuk shopping baju atau tudung aku buat sementara waktu..ehehe..lagipun gaji akan keluar seminggu lagi..kena sabar..bila gaji dah keluar, dah tak banyak duit aku perlukan untuk beli semua tu. Lega sangat sebab selalunya bila gaji dah keluar je poket aku terus kempis sebab kena bayar dan beli macam2 keperluan.

Yang bestnya bila groceries dah beli siap2 dan masa aku dah boleh jimat kat situ..weweee..sekarang ni aku tengah dok berangan nak beli stationery untuk Anna. Beg sekolah aku dah belikan masa singgah Aeon Tebrau City hari tu. Muncung2 Anna sebab tak ada beg sekolah Hello Kitty..sebenarnya ada beg Hello Kitty tu tapi kalau dah harganya RM99 sebijik, mau pengsan aku kat situ jugak! Sekolah tadika jek pun kan takkan nak beli beg mahal2.

Aku belikan Anna beg Swan Power Puff Girls jek..cantik jugak dan harganya kat situ RM49. Tu pun aku rasa dah mahal. Nasib baik masa nak bayar cashier tu kata ada less untuk barang2 Swan. Dapatlah harga RM39..jimat RM10, siapa nak bagi? Aku suka produk Swan ni sebab kualitinya tahan lama dan buatannya kukuh..tinggal stationery je belum beli. Nanti aku servey kat kedai buku kat Indahpura.

Aku pulak yang terlebih excited sebab Anna dah nak sekolah. Macam mana lah Anna kat sekolah nanti. Dia ni dah lah jenis penakut. Kalau orang tak layan dia, mau dia meraung sorang2..adeh la..macam tak confident pulak aku dengan Anna ni..huhu..tapi, inilah permulaannya..mana tahu kat sekolah dia boleh belajar berdikari. Boleh belajar apa yang cikgu ajarkan walaupun kalau aku ajar memang dia tak mau..sebab kalau aku ajar, bila tak betul je aku suruh ulang balik dia dah melalak..huhu..

Sekarang ni tengah dok fikir esok nak kemana. Kalau mood Encik Hubby baik dan dia tak penat, mungkin kami pergi jalan2 atau makan2. Kalau tak, aku nak kerah jugak pergi Hutan Bandar. Tu pun kalau cuaca elok..huhu..





No comments: