Monday 5 November 2012

Hari Ini Dan Memori


Assalammualaikum..
Dah Isnin? Sekejap je kan..pejam celik pejam celik dah Isnin. Anak2 dok menangis masa aku keluar pergi kerja tadi. Tak puas agaknya nak tengok aku dok kat rumah..ahaha..Pagi tadi diorang kemain liat nak bangun..mungkin faktor cuaca yang sejuk ditambah pulak dengan hujan membuatkan diorang lena sampai ke pagi. Aku ni kalau tak kejutkan diorang, maknanya kerja aku akan terbengkalai. Sebabnya aku kena cuci baju diorang sekali dan mandikan diorang terus..aku tak suka cuci sikit2..

Tadi pagi aku masak 3 jenis lauk je. Sambal sotong, sayur pak choi dan sup fishball. Senang kerja aku kan..masak yang simple2 je..semalam pun aku masak simple jugak..sayur kobis dengan ikan kerisi masak lemak cili api je..sebab pagi tu aku nak kena pergi TJ Mart..biasalah..Encik Hubby asyik balik lambat je lately ni..ishk..

Balik TJ Mart terus siang semua ikan2, ayam, sotong dan udang sekali..aku kalau pergi belanja barang basah mesti orang terkejut. Beli dalam kuantiti yang banyak..tak ada lah nak beli ikan 3 ekor je ke..memang tak ada..sekali beli mesti dalam 5-7 ekor ikan contohnya cencaru..sotong beli 1kg kalau yang kecik2 tu..kalau yg besar2 dalam 10 ekor..udang confirm 1kg, tak pernah lagi beli 1/2kg..macam tu juga dengan sayur..6-7 jenis sekali. Belum lagi nak makan yang lain2..setiap minggu bajet dalam RM100 untuk barang basah je..

Tapi bagi aku semua tu bukanlah satu bebanan..dulu mak dengan bapak aku boleh survive untuk kitorang..bayangkan kalau masa nak naik sekolah..5-5 nak ada yuran sekolah..Alhamdulillah, mak dengan bapak aku tak pernah miss bayar yuran sekolah dan kami tak pernah kena tanya dengan cikgu bila nak bayar yuran sekolah..mak dan bapak aku cuma pekerja ladang..gaji dalam RM450 sebulan je..makan pun tak mewah..nak makan ayam sebulan sekali pun payah. Kalau betul2 teringin kami kena kejar ayam peliharaan kami keliling rumah..bestnya moment tu..

Kalau buat sambal telur, sebiji telur kami belah 2. Sorang dapat makan 1/2 biji je..belum lagi ikan yang dikelar..tapi kami gembira kerana mak kami berikan kami kekayaan dari segi pengalaman berharga ini. Sampai bila2 akan aku kenang dan sesekali bila Anna cerewet bab makan, cerita inilah yang selalu aku hidangkan..sebab tu anak2 aku tak cerewet bab makan..kalau hidangkan makanan, seharusnya kena habiskan..jangan membazir dan Anna akan menyambung  ''tu amalan syaiton!''

Amalan tu terbawa-bawa kepada minuman Vitagen agaknya..ahaha..belilah sampai 4 pek pun 2 hari dah habis..ekekeke..memang tak boleh simpan..ahahaha..Encik Hubby pulak memang tak berkira kalau anak2 nak makan apa. Mesti dia akan belikan. Kalau jajan2 dan gula2 memang jarang beli. Biasanya jajan2 dan gula2 diorang makan bila dapat goodies majlis orang kahwin je..coklat pulak sekali-sekala je beli lepas tu aku akan stress sebab diorang makan comot kena baju..ahaha..

Nanti kalau ada masa aku update entry zaman kanak2 aku. Tak menarik sangat pun tapi ada juga sesuatu yang boleh dikongsi bersama..masa kecik2 aku ni jenis adventures tau..panjat2 pokok tu semua kacang je..main pondok2 pun main masak betul2 siap boleh makan sekali..hehehe..



No comments: