Saturday 24 November 2012

Batu Belah Batu Bertangkup


Assalammualaikum..

Hari ni benonya malas nak update sebab tiada pengisian..hehehe..tapi, disebabkan member aku cancelled nak belanja aku sempena birthday dia..tu yang datang kerja semula..boring! Balik2 tengok status2 kat fb. Lepas tu layan youtube..layan Melanie Amaro yang memang fabulous cat..erkk, yang tu aku tambah..ahaha..lepas tu aku tengok dak Caroline Costa ni nyanyi..


Perghhh..dia nyanyi macam pro kan..kagum aku kejap dengan dak ni..lepas tu tengok pulak Connie Tolbat ni pulak yang nyanyi..


Siryess..aku kalau budak2 yang hebat ni tak kira lah dia buat apa..aku mesti sebak..memang aku setuju sangat dengan salah sorang judge dia hari tu, Amanda..meleleh air mata bila budak kecik ni menyanyi..budak2 ni jujur..nyanyi dengan jiwa..sebab tu sesiapa yang dengar boleh sebak..try lah orang dewasa yang nyanyi..takdenya nak sebak..ada pun setakat naik bulu roma je..hehehe..

Ok, terbabas pulak cerita aku kali ni..hehehe..lepas dah boring sangat (mungkin sebab aku piyed), aku pun cari lah cerita klasik..aku layan cerita Batu Belah Batu Bertangkup..cerita ni walaupun ada pengajaran, tapi aku sangat annoying dengan watak mak dia yang very der classic-on-demand..ahaha..mengada-ngada sungguh! Yang tak tahan bab laki dia mati pun dia kata sebab ikan tu..eiii..emo sungguh aku ni kan..ahahaha..

Yang si Pekan pun aku geram jugak..tapi excused lagi lah kan..sebab dia budak2..sampai satu tahap memang nak bagi makan penampar je budak sorang ni..tidur dalam buaian siap boleh turun sendiri, lepas tu boleh naik sendiri aku rasa..tapi bujet manja tak boleh blah..hahaha..Si Melor, memang aku respect..kecik2 dah boleh tolong mak dia..kena budak2 sekarang baya2 dia mau tolong mak dia macam tu? Emmm..mimpi dalam mimpi lah, memang tak jumpa punya..

Macam ni lah kalau orang terlebih emo tengok movie..ahahaha..sebenarnya aku memang suka cerita2 klasik ni..cerita diaorang tak stereotype sangat macam cerita2 sekarang ni..nak2 cerita P.Ramlee..sebab tu lah Anna memang suka cerita P.Ramlee sampaikan dia kata cerita tu 'cerita papa'..hahaha..Shifa pulak tengok mood..kadang2 dia suka tengok cerita perang2 macam LOTR tu..haish..boyish sungguh anak aku yang sorang tu..mainan pun dia lebih suka main bas mainan dari anak patung..kalau nampak lori dia pulak yang terlebih teruja..hehehe..

Moral of the story dari cerita Batu Belah Batu Bertangkup ni, jangan jadi bodoh nak hantar nyawa sebab tak dapat apa yang dihajati..sikit2 nak bentak2 macam si Pekan tu..cuba steady, berdoa dan berusaha..Insha Allah, dengan izinNya akan dapat jugak..hehehe..




No comments: