Tuesday 6 November 2012

Respon Di Facebook


Asslammualaikum..
Tiba2 tergerak nak tulis pasal respon melalui Facebook ni..macam mana aku kat Facebook? Ahahaha..kadang2 terlepas pandang sebab notify terlalu banyak..mahap lah ya..biasanya aku layan status macam mana ya? Hurm..aku sebenarnya tak kisah status yang macam mana pun. Tapi biasanya aku suka baca dan tak tahu nak komen apa..tu kadang2 jarang komen..lagi satu bila yang komen status kebanyakkannya yang aku tak kenal, so aku baca je dan tak mahu jadi kera sumbang..huhu..

Bila LIKE aku akan like bila status tu betul2 menarik. Bukan sebab aku suka orang tu je aku nak LIKE..tak..tapi kalau bab luahan hati pasal cintan cintun tu sebenarnya aku tak berapa gemar nak LIKE apa lagi nak komen..tak tahu kenapa..mungkin sebab aku tak reti nak layan benda2 macam ni..orang tengah bercinta ni sensitif sikit. Silap cakap, takut ada yang terasa hati..

Tapi, tiba2 ada orang tanya aku kenapa aku tak pernah LIKE atau komen status dia..dia tanya, aku tak kenal dia ke? Bukan aku tak nak LIKE atau komen..tapi luahan hati dia boleh dikatakan berpuluh-puluh jugak lah dalam satu hari tu..semunya berkisar tentang cinta tak kesampaian dan bila baca komen, dia jenis tak boleh dengar nasihat..daripada berlaku apa2 baik aku diam dan baca saja..

Bukan aku tak respon semua status2 tapi tu lah..banyak hati yang kena jaga..bab politik pun sama..biasanya mereka mahu pendapat mereka disokong bukan dikritik..kalau dah macam tu lebih baik tak perlu komen apa2. Bila aku pulak yang keluar status, aku tak fikir ada sesiapa yang komen dan tak kisah pun kalau tak ada yang komen..tak kecik hati pun..hehehe..

Tapi, bila aku tulis status dan ada yang dok komen benda yang bukan2 tu yang aku tak gemar..biasanya mereka2 tu bukan kenalan rapat aku..dia tak tahu aku ni macam mana..tak apa, maafkan je mereka tu..kalau ada post gambar2 lucah tu memang buat aku geram dan meluat..haa..tu memang aku tak layan langsung..kalau nak open minded pun tak perlu lah nak tayang benda2 yang tak patut ditayang..tu bukan open minded, tu dah tahap narrow minded! Pemikiran orang zaman batu!

Sebenarnya apa yang kita hari2 dok tengok kat Facebook tu bergantung kepada cara kita mengawal emosi. Manusia ni ada macam2 jenis..begitu juga dengan diri kita..saling hormat menghormati itu yang penting..hurmm..aku ni kadang2 bila menulis takut apa yang aku fikir tu tak sampai pada sesiapa yang baca..huhu..nak cari perkataan yang sesuai pun kadang2 susah..pada sesiapa yang terbaca dan tak faham apa maksud aku tu, tanya lah aku sendiri ehk..huhuhu..



No comments: