Monday 10 September 2018

Tenang Tenang


Bismillahirrahmanirrahim..

Cak🙈!
Haha..kalau bukan macam biskut, bukan kakak namanya..Punya la banyak hari dalam 8 bulan ni, kakak baru hapdet 7 kali jek😂..pemalas kan..kakak ni nama je housewife sepenuh masa, tapi banyak tugas hakiki plus jadi nurse sekali..

Mak kakak tak sihat, maka kakak la yg menguruskan dia..jaga makan, hantar pi spital, klinik dan tempat² yg dia rasa nak pergi..kakak tak boleh kata kakak kena korbankan kehidupan kakak, sebab ini pun memang dah sebahagian dari kegidupan kakak jugak..

Mak kakak diagnosed masalah buah pinggang dan ghout..dua penyakit yg susah nak kawal makannya..sakit A kena makan ni tapi sakit B tak boleh pulak..so, kakak kena cari solution macam mana nak sediakan makanan until mak kakak..macam senang kan..tapiiii..paham² la..tak reti nak describe..kang kena kecam🙊🙉

Cerita pasal kena kecam, kakak teringat pulak kisah yg friendlist shared kat fb..ceritanya lebih kurang dgn kakak dulu..cuma orangnya tak perlu la kita sebut..kita just highlight sikap negative dia yang tak perlu kita contohi..

Kakak suka katogerikan sebagai 'toxic'..sebab dia tak pernah menilai sekali pun kebaikan kita..yang dia tahu, apa pun yang kita buat, cerita itu akan jadi bahan umpatan di belakang kita..semua cerita tu akan jadi jelik yang membuak buak..yg dengar pun jadi percaya..sebab apa, sebab mulut dia manis macam gula..

Satu perkara, dia pandai susun ayat..cerita yang baik² je..sampaikan kakak pun tak percaya dia boleh buat macam tu..bila kakak beli beg, kasut, baju baru memang tak pernah langsung dia puji..cuma yang kakak perasan, mood dia akan hilang..muka pun dah hilang seri..tapi, bila dia kata dia nak pinjam baju or beg sekian sekian..kakak curious😂..

Setelah sekian lama, baru la ada yang beritahu kisahnya selama ni..rupanya selama ni dia suka burukkan kakak..hati dia sakit kalau tengok kakak bahagia..

Pernah dulu kakak putus tunang..tiba² dia caring sangat..jarang dia bad mood..sepanjang kakak single, dia ok je..tup² kakak nak bertunang lagi, dia macam jauh hati pulak..

Tak lama lepas tu kakak dengar dia pun nak bertunang tapi bunyinya macam terdesak sangat..kakak happy je..mungkin sebelum ni dia xde boyfriend tu yg asik mood swing je..

Lepas beberapa tahun baru la kakak tau kenapa la dia happy sangat kakak single..dia tak suka kakak happy..kalau boleh hidup kakak sentiasa dirundung malang je baru la dia akan happy..

Selama ni penyimpan rahsia ni tak pernah cerita dengan kakak sebab tak mahu kami bergaduh..macam tu jugak dengan kakak..toxic ni selalu mengadu domba kat kakak pasal si penyimpan rahsia ni..kakak pun tak nak jadi penyampai takut bergaduh..tapi, dia langsung tak pernah fikir tu semua..bertahun tahun kami pendam akhirnya kami tahu macam mana perangainya..

Masa kakak putus tunang rupa rupanya dia call and pergi jaja cerita kakak kat ex kakak macam²..dia kutuk gambar majlis pertunangan kakak, dia kutuk tunang kakak la..lepas tu marah² kat belakang kakak sebab tak jadikan dia pengapit kakak..aduhai, kau rasa nak ke kakak jadikan dia pengapit kakak lepas apa yang dia dah buat?

Tak cukup dengan tu, dia jugak selalu sangat ambik tahu hal kakak sampaikan dia tanya kat kawan kakak 'dia pakai kereta apa sekarang?" dengan nada sinis..cemburunya membuak buak tengok kakak bahagia..selama ni kakak cuma buat benda yang kakak suka tapi kenapa perlu sakit hati? 

Jangan tanya kenapa kakak tak pernah add dia kat fb..kalau betul dia kawan kakak, kenapa dia tak pernah add kakak tapi dia add orang yg tak kenal dia..tu pun sebab kawan kakak tanya kakak "kau kenal tak minah ni?" so, the point is, kau memang sakit hati dan akan selalu sakit hati kat aku kan..

Di ambang 40 ni tenang tenang saja lah..buang rasa sakit hati tu..yang terok kena kakak, tapi kakak dah lama move on..kakak doakan kau berubah..kakak pun pendosa juga..sama² la berubah..hidup pun tak lama..syarat mati bukan tua! Cuma kakak nak kau tahu kakak dah lama maafkan kau!

Kakak pun tak ramai kawan..kalau boleh kawan yang tinggal ni biarlah yang sama² mendoakan kebahagiaan each other..biarlah dari mereka yang bukan suka syak wasangka, bukan juga judgmental. Mungkin kakak bukan jenis mudah difahami..tapi, kalau betul² faham, mungkin ramai nak kawan dengan kakak..😂

Sekian..