Thursday 31 May 2018

Cerita Kedai Kopi


Bismillahirrahmanirrahim..

Lewat sikit update kali ni..yelah daripada berbulan tak update kan..Ni pun kat mamak layan en bos ngeteh..mula² memang malas nak keluar sebab aku dah siap kunci gate😓 Tapi, demi tak nak menghampakannya, ikutkan juga la..kononnya tadi malas nak keluar, roti telur bawang licin aku bedal😂

Kalau kat mamak ni, macam² cerita kita boleh dengar..maklum la, cerita kedai kopi..tiada hakim tiada saksi..haaaa akak dah ternyanyi pulak..ok, sis boleh terima..sis cuba ok😂

Sis tak kisah diorang nak cerita apa pun..semua pendapat masing²..nak² bab politik..memang itu la bab paling rancak orang nak bersembang..

Kalau kat newsfeed tu memang tiap² minit ada saja cerita politik masakini..aku tak amik port pun..lagi aku schroll ada..bukan apa, politik ni isu sensitif..kau sokong mana pun biar kau saja yang tahu..tak perlu canang hari²..

Tak bermakna aku tak mengikuti langsung perkembangan politik ni..cuma, dengan cara aku la..tak ghairah nak tekan butang share, tak mudah komen even aku setuju atau tak puas hati, tak memberi sokongan atau solidarity mana² tokoh² pilitik di media sosial..semua itu tak perlu bagi aku..

Masing² ada hak masing²..aku cuma cerita pasal cara aku..tu je..bukan apa, cerita pasal politik ni semuanya betul walau kau di pihak mana pun..end up, politik tetap politik..bak kata pepatah, kalau kau nak rasa kau hebat dan betul, kau cerita pasal politik saja..

Dari situ, aku mula rasa perkara tu tak perlu untuk aku letak di newsfeed..sebab politik ni fahaman kita tak semua sama..kalau sama dah tentu aman dunia ni..kalau boleh elak, elak lah..tahan sikit jari tu dari meletakkan status politik kat facebook..kita tahu kamu sokong mana..tak perlu dah nak jadi penganalisis tak bertauliah..kadang² annoying juga even aku pun sokong parti yang sama..

Kadang² pasal benda ni boleh jadi gaduh..sudah² la..kita tak banyak masa lagi..jangan kerana politik kita bermasam muka..jangan pasal ni juga kita berpecah belah..cukup la..berhenti membuat provokasi.. 

Sekian..



Tuesday 29 May 2018

Persiapan Raya


Bismillahhirrahmanirrahim

Alhamdulillah..13 hari dah kita berpuasa..sis baru hari ni start puasa iolls😭..tolak tambah bahagi darab, hari ni la baru betul² sis boleh berpuasa..

Sepanjang tak puasa, sis tak ada selera pun nak makan..makan ubat pun just makan sekeping roti..tu pun rasa macam nak terkeluar balik..kadang² rasa macam berpuasa..

Cuma dua tiga hari ni je selera datang balik..tu pun lepas hari² dok telan teh o panas..sebab tu je yang boleh telan sepanjang tak sihat hari tu..

Mujur la persiapan raya dah buat sikit²..seminggu sebelum puasa, en bos dah suruh cari baju anak²..bukan apa, dia tahu aku mesti lepak giler kalau shopping baju anak²..

Cerewetnya aku satu hal..sebab bukan satu tempat je aku kena redah..karang cari baju kat Aeon, cari seluar kat Jpo, cari baju kurung kat Angsana..bukan la aku ni complicated sangat..cumanya harga, kualiti, praktikal itulah yang menjadi keutamaan aku..

Cuma tinggal sikit je lagi belum settle..baju kurung aku dengan Anna je tak jumpa lagi..tak tau la kat planet mana pulak yg ada jual 😂..semalam ada juga recce baju kurung Anna..tapi dia tak berkenan..

Rasanya aku cuma beli jubah je kot..sebab bagi aku senang nak bergerak..sebelum puasa ada juga aku beli sehelai..cuma kali ni aku nak tambah sehelai je lagi..

Baju basahan anak² pun aku tak cari lagi..biasanya time nak raya memang aku beli sekali baju tidur dan basahan..anak² memang serba baru la time raya ni..sebab aku memang jarang beli baju anak² dah berbanding masa diorang kecik² dulu..bukan apa, anak² ni ada satu habit pakai baju ulang²...

Banyak mana pun baju kat almari, baju yang selalu dia pakai tu je la dia dok ulang pakai..pantang kering..baju jalan tu pulak, kalau aku tak paksa suruh pakai baju sekian², memang berbuih la mulut..bercinta je tau..padahal aku nak diorang nampak lawa bukan selekeh..aduhai..

Bukan la bermakna aku beli baju basahan tu setahun sekali..Ada jugak la hari² biasa aku beli kalau dah bosan sangat tengok diorang asyik pakai baju yang sama..bila dah besar² ni diorang lagi suka pakai seluar track dengan t shirt je..jadi tak pening kepala nak fikir..

Ok..itu je nak cerita..nak fikir kat mana pulak nak beli kuih raya tahun ni😁..tu pun menjadi satu kepeningan kepala jugak tu😓..

Sekian..




Sunday 20 May 2018

Pengalaman Berpuasa



Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar? Diam tak diam dah 4 Ramadan..sis sedih uolls sebab sampai sekarang belum berkesempatan lagi berpuasa😭..selain faktor semula jadi seorang wanita, faktor kesihatan juga menjadi antara sebabnya..

Hari pertama Ramadan, Encik suami kena demam panas..Kira serious jugak la, tapi dia gagahkan juga berpuasa. Esoknya sis pulak yg kena demam panas uolls sampai la sekarang ni tapi dah getting better..

Bukan tu saja, sis pun mengalami semput yang serious..rasa macam nak putus je nyawa..apa pun sis redho je..yelah, selama ni tak pernah lagi demam atau semput pada bulan puasa..cuma sis perlu istiqomah nak ganti puasa nanti😭..

Bukan tak pernah pun kan..dulu masa pregnant selalu je pergi drive thru😜..kebetulan kedua² pregnancy sis baru trimester pertama..sis tak mabuk tapi selalu saja rasa lapar dan tak tahan haus..tapi kalau larat sis puasa macam biasa..

Ingat lagi sis teringin sangat nak makan nasi beriani..punya la berselera..tiba² sis rasa nak muntah..makanya habis semua isi perut keluar semula..dan² tu la tak nak makan lagi..tapi masa pregnant la..macam tu jugak dengan air jagung..lepas minum terus muntah..

Time pregnant la rasa nak makan macam² time puasa😂..hari biasa tak ada pun..sekarang ni kalau tengok mana² drive thru mesti aku tersengih-sengih..punya la nekad kan time puasa sanggup order burger😂..

Nakal² aku time sekolah pun tak pernah buat peel macam ni tau😆..apa pun, itulah namanya pengalaman..sebenarnya banyak lagi pengalaman berpuasa, tapi banyak juga yg aku dah lupa..lebih² lagi aku masih belum move on Chelsea menang pagi tadi⚽💪😂

Tapi aku salute la kat anak² aku sebab seawal 5 tahun dah puasa penuh berbanding aku dulu..darjah 3 kot baru puasa penuh..😃

Ok la, itu antara pengalaman aku berpuasa..kalau aku ingat lagi aku update ehk😜

Sekian..


Wednesday 16 May 2018

Esok Puasa


Bismillahirrahmanirrahim 

Tidak terlewat rasanya untuk aku ucapkan salam Ramadan.. moga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dan paling bermakna buat kita..kosongkan hati dari perkara yg mungkar dan penuhkan jiwa dengan segala kebaikan..aminn..

Selamat hari guru juga kepada warga pendidik..maaf kerana terlewat memberi ucapan..sebab keadaan yg tak mengizinkan..maklum la mak² memang bz semedang😂..

Cerita pasal hari guru, teringat pulak kisah anak sulong aku, Anna..masa aku wrapping hadiah untuk Cikgu dia, tiba² dia teragak agak nak bercerita..

Dia tunjuk kesan lebam pada bibir atasnya..aku tanya kenapa? Dia kata rakan sekelas (lelaki) dia lempar pencil box padanya..aku cuba berlagak selamba dan mengatakan mungkin ada sesuatu yg membuatkan rakan sekelasnya berbuat begitu..dia kata, dia cuma memberi arahan supaya rakannya itu keluar cepat dari kelas..

Aku tanya lagi samada dia sudah maklumkan pada guru..dia jawab tidak, kerana tiada guru yg dia jumpa selepas itu..aku diam dan anggap perkara itu sudah selesai..lagipun rakannya itu sudah pun memohon maaf..

Malam tadi, selesai solat tarawih, abang aku datang dan menegur kesan lebam itu..Anna terangkan kembali kejadian tersebut. Ada nada kesal selepas abang aku mendengar cerita tadi..seperti tidak puas hati..selalunya abang aku bersikap acuh tak acuh saja..

Bukan itu saja, masa di sekolah agama, ada seorang rakan sekelasnya mengejek-ejeknya..itu pun Shifa yg datang mengadu..apa la nasib kau anak..rupa rupanya asyik kena buli sahaja walaupun dia menjadi penolong ketua darjah..tiba² aku rasa sedih..apa yg aku boleh buat selain mengingatkan anak aku supaya jangan dilayan dengan ejekan itu..

Zaman kanak² memang itu la perkara yg mereka lalui..ejek mengejek, berbalas ejekan walau tiada sebab mereka ingin mengejek sama sendiri sebab mereka masih budak dan belum matang..kita yg dewasa inilah yg perlu beritahu do's and don't..

Ok, kakak dah boleh tidur dengan tenang 😄..lauk sahur pun dah siap, nasi pun dah masak..esok pagi tinggal panaskan je..jangan sampai lauk sahur jadi lauk berbuka sudah😂..

Ehhhh..jangan lupa baca niat puasa tau..

Sekian..

Tuesday 15 May 2018

Ujian


Bismillahirahmanirrahim..

Lama betul tak update..sampai ingat² lupa password😂..aku sihat² saja..tak ada apa yg menarik untuk ditulis tapi lebih kepada apa yg pernah aku alami sepanjang aku tak berblog..

Selama aku berdiam diri, macam² perkara berlaku di depan mata..betapa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya..janji Allah itu pasti!

Ya, memang susah nak move on even kata² di mulut sekadar nak sedapkan hati..tapi aku cuba juga walaupun sering berlaku provokasi dan sarcasm bertalu talu di media sosial..aku paksa gagah dan berlagak ok..akhirnya alah bisa tegal biasa..

Ingat ya, adik kakak, abang² yg ghairah bersosial di media sosial di luar sana..masa kita tak lama..dosa pahala ditimbang tara, takut pahala yg kita dambakan, neraca condong pada dosa yg tak terduga..

Benda ni betul² berlaku..aku tak mahu mengaibkan..aku sendiri tak pernah kongsi apa², aku juga tak ada dendam kesumat yang tersemat..cuma aku nak ingatkan, jangan sekali kali melakukannya..sebab balasan Allah itu pasti.

Di zaman fitnah akhir zaman ini, jangan terlalu mudah menekan butang share ya kawan² ..jangan mudah berkongsi quotes yang nyata ditujukan kepada orang lain dengan apa niat sekalipun..

Aku menulis bukan sebab iman aku sudah penuh di dada..cuma aku mahu berpesan pesan supaya kita sama² tidak menerima kifarah di atas kesilapan kita..moga aib kita sama² terpelihara.

Begini, sebelum ni aku mengalami satu situasi di mana seseorang telah membuat serangan peribadi melalui media sosial pada aku dan kawan aku..

Puncanya bila aku dan kawan aku tidak berpuas hati dengan layanannya..tapi aku cuba untuk move on dengan hanya berdiam diri..malangnya kami sering menerima serangan peribadi melalui media sosial bertalu talu sehinggalah baru² ini dia melalui fasa paling mengaibkan..

Kami selalu menganggap apa yg dikongsi dan ditulisnya sebelum ini tiada kena mangena dengan kami..tapi, siapa la kami untuk berlagak tiada apa² kalau orang di sekeliling kami tahu ianya ditujukan kepada siapa..

Kuasa Allah dan kuasa dari doa orang yang teraniaya itu tiada hijab! Siapa sangka aib orang yang kita buka di media sosial walau hanya diketahui rakan² Allah balas dengan membukanya kepada sesiapa di seluruh Malaysia dan tidak mustahil ke pelusuk dunia..

Bila mengetahui berita itu aku tergamam..tak rasa nak menangis, tak juga rasa gembira yg cuma ada rasa insaf..insaf kerana aku mula terfikir, apa sangat aib kami yg dia buka hanya rakan media sosialnya saja yg tahu berbanding dengan dirinya yg aibnya terbuka luas ke serata negeri di Malaysia..

Aku harap dia berubah dan menurunkan walau sedikit egonya..apa yg aku baca, apa juga komen yg dia terima memang begitu lah dirinya sepanjang aku mengenali dirinya..

Sayangnya kalau tidak menerima teguran dengan hati yg terbuka..tidak menerima setiap kritikan sebagai pengajaran..berubahlah kawan walaupun bukan untuk orang lain..

Kawan², jadikanlah pengalaman aku ini sebagai ikhtibar..jangan sesekali menyakiti hati orang lain..pada kita ianya perkara kecil tetapi impaknya terlalu besar. Jauhi fitnah dan bersangka buruk..

Sekian..