Saturday 29 December 2012

Kelengkapan Sekolah


Assalammualaikum..

Tinggal lagi 4 hari je lagi sekolah dah nak buka..kelengkapan semua dah sedia..Anna pun entah berapa kali asyik duk usung barang2 sekolah dia..excited la tu agaknya..tapi lama2 boleh buat aku naik angin juga bila Shifa mula menyampuk..masa tu la dia terjerit-jerit tak mahu Shifa usik barang2 sekolah dia..haih la, boleh jadi gaduh..bila aku fikir2, macam mana la kalau esok Anna nak buat homework? Mesti kecoh kan..huhuhu..


Inilah kelengkapan sekolah Anna..semua nak pink..hehehe..nasib baik baju sekolah dia tak warna pink..huhu..tengok lah tu kasut sekolah dia je saiz 13..


Lepas tu dia sibuk nak pakai tudung macam ni ke sekolah..hahaha..very the gedik anak aku sorang ni kan..hahaha..beria-ia dia suruh aku pakaikan tudung macam ni..pandai pulak tu suruh ambik gambar dia..


Pandangan dari sisi..tak boleh menahan aku tengok dia ni..macam kakak2..hahaha..lepas ni maka berubah lah kehidupan aku seharian melayan kerenah anak yang dah bersekolah..mesti banyak entry aku tulis lepas ni kan..kebetulan pulak aku dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa..




Friday 28 December 2012

Rezeki Aku Mungkin Sampai Di Sini


Assalammualaikum..

Lama tak update kan..mungkin agak busy layan customer..Alhamdulillah, ramai customer bermakna ada sales..aku pun dah mula seronok kerja macam ni tapi tiba2 je tadi bos aku kata mungkin office aku ni akan ditutup..sebabnya kerana pihak atasan tak nak sambung kontrak sewa office ni..memang banyak cekadak kan..bukannya tak mendatangkan hasil pun..tapi, diorang tak approve sebab tuan kedai ni tak nak bagi kerjasama..boleh pulak letak 2 nama kat situ..patutnya kena letak nama owner je..

Tak apalah, bukan rezeki aku kat sini..nak kata aku ni desperate pasal kerja, aku rasa taklah..In sha Allah, rezeki ada di mana2..orang tua aku pun dalam keadaan uzur, mungkin ini hikmahnya dan aku boleh jaga diorang dengan sempurna. Mak aku pun tak adalah naik darah tingginya tu sebab tekanan dari anak2 aku yang memang 'baik2' belaka..huhu..

Tipu lah aku kalau tak terkejut bila dengar berita ni..tapi pelan2 perasaan sedih tu hilang sebab sambil tu aku fikir dan inilah masanya..ada rezeki aku esok, siapa tahu..sebab kat situ ada bad and good news..bad sebab aku tak ada pendapatan dan good sebab aku kembali bersama keluarga..tapi, bila aku kerja ni aku sebenarnya broke..ahaha..sebab apa yang aku nak aku kena beli sendiri..kalau aku tak kerja, semua boleh minta kat menteri kewangan..hehehe..sama je..

Kebetulan Encik Hubby baru je habis bayar loan..lega lah sikit..Alhamdulillah, kembalinya aku menjadi suri rumah nanti Encik Hubby semakin lega dan tak pening kepala..sebab segala-galanya seperti sudah diatur dan memang kena dengan masanya..bila aku adukan perkara ni pada Encik Hubby, dia kata ''yelah, dah tiba masanya..'' so, aku memang tak risau dah..

Encik Hubby pun sekarang nak ambil lesen E..nak ubah angin sikit sebab offer untuk jawatan jentera berat memang agak lumayan..kerja pun tk teruk sangat..yang bestnya, banyak masa dengan keluarga..yelah, kerja sekarang ni 2 hari sekali baru jumpa. Tu pun jumpanya malam, kadang2 3 hari sekali baru jumpa..tak best kan..tapi, dah lali dah..kadang2 bila tiba masa Encik Hubby balik, boleh pulak aku cakap "alamak, balik pulak hari ni"..ahaha..siapa punya isteri la kan..tapi selalunya memang ditunggu-tunggu la..gila ko sipa tak sayang suami..hahaha...

Tu je aku nak cerita..lepas ni masa aku lagi banyak kat rumah..ada masa aku nak tengok homework Anna..eeeeiii bestnya..dulu, aku ingatkan aku tak dapat lalui benda2 macam ni. Maksud aku, masa untuk melihat anak2 membesar depan mata..tapi sekarang, Alhamdulillah aku akan lalui juga..terima kasih Allah, kerana memberi peluang berharga ini..



Monday 24 December 2012

Memori Persekolahan


Assalammualaikum..

Bila cerita pasal persekolahan, tiba2 aku teringat memori masa aku kecik dulu..seronok bukan kepalang bila aku dah nak naik darjah satu..seingat aku, mak aku tak pernah tunjuk baju sekolah baru aku waktu tu..tau2 je dah ada..masa tu tahun 1986, semua budak2 darjah satu kebanyakkannya memakai pinafore. Termasuklah aku..peralatan persekolahan tak adalah canggih2 macam sekarang ni..

Pemilihan kelas waktu tu diberi melalui surat..kat surat tu aku dikelaskan dalam kelas 1 Merah maknanya kelas kedua..kelas pertama adalah kelas 1 Hijau..masa tu hanya ada dua kelas sahaja..tak macam sekarang..aku tengok sampai 9 kelas..humangaih..tapi aku tak kisah pun dapat kelas 1 Merah..yang penting aku dah nak sekolah betul2..bukan sekolah tadika..hehehe..

Hari pertama sekolah, bapak aku hantar..masa tu aku tengah sakit gigi..bengkak weh pipi aku waktu tu..walaupun aku masa tu baru 7 tahun, aku dah pandai rasa bengang..hahaha..kalau boleh aku tak nak orang tengok aku..bapak aku pun bawa aku ke kelas 1 Merah..kelas tu betul2 berhadapan pagar sekolah..tapi, nama aku tak ada kat list tu..makanya bapak aku pun tanya dengan cikgu..rupa2nya aku dikelaskan di kelas 1 Hijau..yeay!

Hari pertama tak ada banyak aktiviti yang cikgu beri..ada pun cikgu suruh melukis..aku duduk kat barisan hadapan tapi secara berkumpulan..group aku waktu tu macam tak nak kawan dengan aku je..macam hampeh! Mungkin sebab muka aku macam Cina semua tak nak kawan dengan aku..yelah, sekolah tu sekolah budak2 Melayu..mana ada budak2 Cina.mood aku dah mula berubah tentang sekolah..dah mula rasa tak best..huhuhu..

Bila cikgu suruh melukis, aku pun melukis, buat hal aku. Bab2 melukis ni memang sap sap soi bagi aku..hahaha..sorang2 mula dekat kat aku..masing2 mintak tolong aku lukiskan..dari situ mulanya persahabatan walaupun macam tak berapa nak ikhlas..hahaha..kat kelas aku tu kebanyakkannya anak2 cikgu..kira pandai2 la gamaknya. So, aku pun tanam semangat nak belajar rajin2..guru kelas aku waktu tu adalah arwah Cikgu Enon. 

Walaupun waktu tu kehidupan keluarga aku agak susah, sebab kelima-lima adik beradik aku bersekolah, tapi mak aku akan sentiasa pastikan pakaian aku sentiasa bersih dan bergosok. Disebabkan keluarga aku susah jugak, aku sentiasa menghargai barang2 kepunyaan aku..disebabkan itu juga aku tak kelihatan seperti anak2 orang susah sebab aku sentiasa dalam keadaan kemas..sampai darjah 6 pun aku tak pernah dapat bantuan..sedih!

Jiran2 aku semua dapat bantuan. Dapat bantuan susu percuma lah, makan percuma lah...hehehe..tapi aku tak kisah sebab aku tak suka pakai selekeh2 kat sekolah..hahaha..aku rajin bawa bekal sebab pergi sekolah pun hari2 bawa duit 20 sen..nak beli mi pun tak lepas..masa tu aku kawan baik dengan anak Cikgu Talhah, Zarina namanya..dia selalu bawak mainan kat sekolah lepas tu dia bagi aku main..siap pinjam bawa balik rumah..bila dia dah boring dengan mainan tu, dia akan bagi kat aku..hehehe..

Lepas dia kemalangan dia pindah sekolah..sedih, sebab aku dah tak ada kawan baik..dalam kemalangan tu Ibu dan kakaknya meninggal dunia. Ayah dia cedera parah dan mengalami gangguan mental. Sebab tu dia dijaga oleh neneknya. So, Zarina pun berpindah sekolah..tapi, kehilangan teman baik sepertinya tak lama sebab ada pelajar baru datang berpindah kat sekolah aku..dia duduk kat sebelah aku ganti tempat Zarina..memang aku cepat ngam dengan dia..Irdiana namanya..persamaan yang ada antara Zarina & Irdiana, mereka juga adalah anak cikgu..hehehe..

Apa yang aku pelajari tentang kesusahan, kesusahan mengajar aku erti sabar, tekun berusaha dan tidak patah semangat..sentiasa positif dan yakin boleh..kesusahan itu bukan penyebab kita tidak boleh berjaya malah aku sentiasa bersemangat untuk berjaya..mereka yang berinspirasi itu biasanya datang dari kehidupan yang susah dan aku percaya dengan quote itu..




Musim Sekolah Sudah Hampir


Assalammualaikum..

 Tinggal seminggu je lagi Anna dah sekolah..walaupun baru je sekolah tadika, tapi aku pulak yang rasa nervous..macam aku yang nak ke sekolah..Anna okey je aku tengok, semakin bersemangat nak ke sekolah lebih2 lagi semua peralatan sekolah dah siap dibeli..semalam kami pergi cari kasut sekolah untuk Anna. Beli sepasang je sebab dah ada lagi sepasang sebelum ni. Tu pun orang bagi..hehehe..

Aku belikan kasut sekolah jenama Barbie..sebenarnya puas dah mencari, tapi disebabkan semua kasut sekolah yang berada di pasaran ni jenis tebal dan susah nak kering, aku decided beli jenama ni..boleh tahan mahal jugak..tapi tak apalah, sebab kasut yang aku beli ni jenis cepat kering..lepas tu kami pergi makan2 kat Pizza Hut..oh ya, kami semalam pergi IOI Mall je..hehehe..dekat pun dekat..kalau Shifa buat hal pun rumah dah dekat..

Tapi, mood Shifa semalam ok jek..tak meragam pun sebab masa kat Pizza tu memang puas dia makan..dia makan mushroom soup, garlic bread, pizza & spaghetti..Anna cuma makan mushroom soup & pizza je..hahaha..mungkin sebab teruja dapat kasut sekolah baru..lepas tu kami ke Giant..macam biasa la, kalau menteri kewangan ikut sekali, mesti nak singgah Giant..huhuhu..suka mak..

Lepas dah cari apa yang patut, barulah kami terus beredar balik rumah..memang tak ada aktiviti sangat pun..sampai kat rumah aku baru perasan saiz kasut Anna tu saiz 13..hahaha..dah macam saiz kasut budak darjah 3..kalau dah darjah 3, entah saiz berapa pulak la kan..ikut siapa lah tu..tapi, masa beli kasut tu aku perasan ada satu family tu anaknya dalam 4-5 orang macam tu..haaa,,,penuh satu troli dengan peralatan sekolah..entah berapa pulak bajet diorang kan..ishk3..



Friday 21 December 2012

Rasa Nak Nangis, Rasa Nak Gelak Pun Ada


Assalammualaikum..

Tak rancang pun nak tulis entry ni..tapi lepas aku conversation dengan sorang buddy aku rasa ceritanya jadi panjang dan ada pengajaran..hahaha..sebenarnya cerita dah lama tapi aku ni jenis pendam..bila aku mula cerita kat seseorang, baru aku rasa aku boleh cerita kat sesiapa pun..tu lah masalah aku..hehehe..dan dengan sikap memendam ni lah buatkan my old friend geram sangat2 dengan aku..bila aku tersebut, mulalah dia meroyan..

"Ko tak cerita kat aku pun!"

Wahaha..tu la kawan aku yang sorang tu..kalau boleh ape je cerita nak kena update kat dia..hahaha..memang kepoh! Tapi aku suka dia..straight to the point! Dia memang sangat berani..i love her..ok, berbalik cerita tadi. Aku pun pernah cerita kat bestfriend aku sebelum ni..Alhamdulillah, lega sikit..lepas tu aku cerita kat sorang lagi buddy yang memang selalu aku luahkan problem..ececeh..

Ceritanya macam ni..sepanjang 5 tahun ni aku ada beberapa problem la dengan somebody ni..dia ni memang jenis suka cari silap aku..aku pun tak tau kenapa..sebab sebelum ni memang aku tak pernah ada masalah dengan dia..mungkin puncanya sebab dia berhutang dengan kami..hutang yang bukan sikit2..tapi aku buat macam biasa je..orang tak mahu bayar, nak paksa memang boleh gaduh..tapi aku diamkan..

Dari tahun ke tahun, dia buat tak tahu..tu aku boleh sabar lagi..tapi dalam tempoh 5 tahun tu dia macam pergunakan orang keliling supaya simpati kat dia dan aku yang kat tengah2 ni rasa macam kena pulau..macam jadi orang salah pun ada..padahal..tak apa, aku masih sabar lagi..aku tengok dulu permainan dia macam mana..setakat mana dia boleh pergunakan orang..

Satu hari dia boleh cakap yang..

"Orang gemuk adalah antara ahli2 neraka."

Ok, memang sengaja aku highlight kaler merah..lepas aku dengar je, aku macam terfikir apa motif dia cakap macam tu kat aku dan yang nyata masa tu ada 2 orang gemuk kat situ termasuk aku..masa tu aku rasa nak nangis ke, nak gelak? Ahaha..aku nak gelak sebab dia memperlihatkan kebodohannya..okey, aku sebenarnya tak sangka dia buat statement macam tu..dia ada degree ok..

Kesian..susah juga kalau berpura-pura alim tapi tak tahu macam mana nak jaga hati orang di sekeliling..bukan tu je..macam2 lah dia buat serangan emosi kat aku tapi aku macam rasa bodoh jek layan orang macam ni..so, aku diamkan..tapi, jangan sampai aku explode! 

Pernah juga dia pertikaikan mengenai kegemaran anak aku pada sayur kobis..dia kata makan sayur kobis tu tak bagus. Sebab cara tanam sayur kobis tu banyak menggunakan bahan kimia..lepas tu aku terfikir, bukan ke sayur2 lain pun ada gunakan semburan bahan kimia atau dia makan sayur2 organik je? Aku tak suka argue tapi aku suka fikir semula dan apa yang aku dapat, caranya tu memang sengaja nak cari silap..

Ada satu hari tu aku ada belikan keropok Twisties..memang sengaja aku beli untuk happykan anak2 dan kanak2. Apa yang aku dapat, keluar pulak statement dari dia yang keropok tu tak boleh makan sebab mengandungi lemak babi..yang kanak2 ni pun bila dengar macam tu terus la boikot dan2 tu jugak dan yang paling banyak makan sebelum tu adalah anak dia jugak..cehh

Aku rasa dia yang nak boikot aku kot..sebab apa yang aku buat pun selalu memang tak sedap kat pandangan mata dia. Tak apalah, aku rasa dia ada masalah identiti kot..ahaha..tak ada kena mengena langsung..aku pernah jugak tanya, dia ada facebook ke tak..cepat2 dia kata tak ada..so aku pun tak ambik port la..tiba2 aku terperasan yang friendlist aku add dia..

Aku macam terpanggil pulak nak tengok timeline dia..betul ke dia? Sah memang betul..kemain tengok percutian dia bersama family tercinta..tak apalah, aku redha jek tengok gelagat dia ni..lepas ni mungkin aku tak sempit lagi bayar hutang sebab bulan ni adalah bulan terakhir..weeeee...moga Allah bukakan hati supaya hentikan sifat hipoktinya tu supaya berubah..



Purple Rain By Chelsea Redfern



I never meant to cause you any sorrow. 
I never meant to cause you any pain. 
I only wanted to one time see you laughing. 
I only wanted to see you laughing in the purple rain. 

Purple rain, purple rain. 
Purple rain, purple rain. 
Purple rain, purple rain. 

I only wanted to see you bathing in the purple rain. 

I never wanted to be your weekend lover. 
I only wanted to be some kind of friend. 
Baby I could never steal you from another. 
It's such a shame our friendship had to end. 

Purple rain, purple rain. 
Purple rain, purple rain. 
Purple rain, purple rain. 

I only wanted to see you underneath the purple rain. 

Honey I know, I know, I know times are changing. 
It's time we all reach out for something new, 
That means you too. 
You say you want a leader, 
But you can't seem to make up your mind. 
I think you better close it, 
And let me guide you to the purple rain. 

Purple rain, purple rain. 
Purple rain, purple rain. 

If you know what I'm singing about up here. 
C'mon raise your hand. 

Purple rain, purple rain. 

I only want to see you, only want to see you.



Monday 17 December 2012

The Best Inspirational Videos


Assalammualaikum..

Terasa nak berkongsi sesuatu tentang insan2 berinspirasi..beberapa hari ni aku layan youtube dan apa yang aku cari adalah video2 inspirasi yang terbaik..mereka2 ini adalah insan yang hanya sekelip mata dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai dirinya..biasanya mereka ini lahir dari kehidupan yang sangat perit..contohnya, ada yang kesempitan hidup, mangsa buli dan tiada kepentingan pada mereka2 yang melihat..

Aku amat terkesan dengan kehidupan mereka. Sebabnya, aku pun pernah merasai kehidupan seperti ini..adakalanya mereka melayan kita atas sebab2 tertentu tanpa keikhlasan. Bagaimana mereka cepat menilai sesorang itu hanya sekelip mata begitu juga bila mereka menyukainya..masyarakat memang sudah terbiasa sejak dari dulu lagi..tiada keadilan jika kita tidak mengadilinya..


Macam video ni..cuba korang tengok betul2 dari mula hingga akhir..macam mana permulaan mereka..reaksi audience pada mulanya macam perlekeh kemampuan diorang sedangkan mereka belum lagi menunjukkan bakat terpendam mereka..judges pun seperti acuh tak acuh..bila diorang ni buka mulut dan menyanyi, masing2 terpegun, memberi tepukan, berdiri memberi penghormatan dan tak kurang juga ada yang menangis dengan bakat Jonathan & Charlotte ni yang unbelievable!


Macam Susan Boyle ni jugak..boleh terfikir tak makcik2 macam ni boleh menggegarkan seluruh audience? Apa persepsi atau soalan pertama yang korang rasa nak sebut? Apakah? Makcik ni datang nak buat lawak je ke? Nanti, dengar dulu..

Cuba korang tengok audition rancangan reality tv yang selalu kita lihat kat Malaysia ni. Ada tu memang dah sah2 lah tak ada bakat, tapi still nak tunjuk jugak kat juri..memang diorang dah tahu diorang akan masuk tv, tp please lah..jangan malukan diri korang sendiri boleh tak? Tengok macam Susan Boyle ni..dia datang tanpa pakej kecuali dengan bakatnya..tak kisah la walaupun umur dia dah 47 tahun..

Banyak lagi video yang berinspirasi dan menarik..seperti Jamie Pough, Kevin..., Connie Talbot, Janey Cutler, Michael Collings and etc..




Tak Salah Nak Remove


Assalammualaikum..

Entry kali ni malas dah nak emo apa lagi nak sentap..tapi lebih kepada memotivasikan diri..cewah..siapa kesah? Tak ada siapa nak kisah..ahaha..tulah kan hidup bermasyarakat ni kena ada tolak ansur, hormat menghormati, percaya mempercayai, faham memahami dan sentiasa melihat dari segi positif. Kira kena bersangka baik lah..itu lebih penting..

Ok, malas nak bebel panjang dah..cuma nak cerita kat sini tentang apa yang berlaku kat aku dalam Facebook..ni bukan pasal aku begaduh ke hapa..tak..aku tak suka cari gaduh, tapi orang yang selalu cari gaduh dengan aku..hahaha..sebabnya? Kadang2 aku pun tak faham..layan salah, tak layan pun kena sindir..so, jalan penyelesaiannya, aku remove dari friendlist..

Cerita pasal remove pulak, jangan salah faham..bila kita remove tak bermakna kita memutuskan silaturrahim..cuma kita jauhi apa yang mereka tulis kat status mereka untuk menyindir mereka2 yang rasa disindir..dan bila kita rasa mereka sindir kita, automatik kita akan rasa tak best dan mula menilai mereka2 spesis ini..biasanya sindiran itu sangat sampai terus tertusuk kat lubuk hati..hahaha..jangan main2..

Dan nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang yang aku telah remove untuk mengawal emosi yang kadang2 tak stabil..ngeh3..aku masih manusia biasa, tak lari dari merasa sakit hati..beberapa orang ini memang sentiasa mengekori status aku dan seperti menyambung status aku dan memutar belitkannya..terbelit tak? Hahaha..

Tak banyak cerita, hukumnya remove..kalau depa nak add semula aku tak kisah. Dengan harapan mereka tak buat lagi..ada juga yang nak add semula..tapi ni yang jenis ungkal dan saja2 je nak menambah kemarahan, lebih baik ignore saja..kita nak kawan2 bukan nak cari lawan kan..tapi pernah juga aku block orang..tu pun sekali jek..yang itu memang tak boleh bawa berunding..jenis mental disorder punya orang..hahaha..

Dua tiga hari lepas pulak, aku remove sorang hamba Allah ni..dia baru je add aku sebulan lepas..tapi tujuan dia add tu untuk mengorek rahsia seorang lagi friendlist aku..aku dah cakap tak mahu campur pun dia tetap nak tanya jugak dan akhirnya aku pun memberi kata putus..tak banyak cakap, aku pun remove..tapi bila kat luar aku still tegur dia lagi walaupun kadang2 dia buat tak nampak je..hehe..kalau aku lain sikit..kalau tak pakai spek memang tak perasan orang kat depan..nasib lah kan..hehehe..





Friday 14 December 2012

Tesco Tetap Di Hati


Assalammualaikum..

Aku ni dah macam duta Tesco pulak ehk..hehehe..tak habis2 dengan Tesco..Dah itu je sekarang di hati..bukan tak suka shopping kat tempat2 lain, tapi cuma tempat ni je yang selalu aku pergi..Jusco tu dah muntah2 nak pergi..harga pulak kadang2 macam tak masuk dek akal..so, apa salahnya kita berubah angin..so, check it out apa yang aku dapat..


Ada dress..comel kan..ala2 tribal gitu..RM39


Yang ni lagi tribal..pakai cardigan mesti uolls charming..RM49


Peplum pun ada..stripe lagi..hehe..RM25


Top yang pastel..yang ni aku beli..RM12


Tengok tu..seluar dia pun baru RM29. Top RM15 only..


Beg pun ada..jangan malu pakai beg murah..beg murah ni pun awesome ok..


Cantiknya..yang penting kena pandai suai padan..


Memang aku gila sekejap bila aku tengok kasut2 kids ni..RM29 each.


Serba salah nak pilih mana satu..silver atau..


Hitam?

Yang penting shopping kat sini memang  berbaloi. Tak perlu dah pakaian berjenama sebab kat Tesco pun apa kurangnya..happy shopping!




Lama Tak Update


Assalammualaikum..

Dah banyak hari jugak aku tak update blog kan..tak ada mood lah..banyak kerja nak buat kat rumah..lepas tu sampai office aku buat kerja apa yang patut..dah tu nak mengarang pun macam lemau jek kan..ada cerita, tapi mood tak ada..banyak jugak cerita yang aku tak publish..tu gara2 tak ada pengisian..aku nak tulis blog pun bukan nak cerita kosong2 semata..mesti ada pengisian..

Isnin hari tu aku balik awal..abang aku datang cakap yang mak aku collapse kat rumah..tak ada dakwa dakwi aku terus je balik..kat dalam kepala aku masa tu dok fikir mak aku ok ke tak..sempat lagi fikir macam mana dengan bapak aku? Siapa nak papah dia pergi toilet? nasib baik ada anak sedara aku Firdaus..boleh jugak dia tolong2 tengokkan anak2 aku..

Sampai je rumah, mak aku dah sedar..baru lepas muntah sebab mak aku kata kepala dia pusing..aku suruh mak aku siap2 dan abang aku hantarkan pergi klinik..lepas mak aku pergi klinik, aku makan dulu..masa tu hujan, dan perut aku memang lapar tahap gaban! Lepas tu terus mandikan anak2 aku..kemas2 umah dan mandikan bapak aku..settle kerja, mak aku pun balik..doktor suruh refer hospital..

Dalam pukul 8.00 malam baru mak aku pergi hospital..pukul 11.30 malam baru mak aku balik..lama gila..rupa2nya doktor suruh rehat kejap sebab nak tengok tekanan darah mak aku macam mana..masa sampai tekanan darah mak aku memang tinggi..lepas dah turun sikit tekanan darah, baru doktor suruh balik..kalau tak, mak aku kena tahan wad..

Esoknya aku ambik cuti..nak suruh mak aku rehat cukup2..kakak ipar aku pun ambik halfday..so, hari Selasa tu mak aku berehat sepuas-puasnya..nak bangun pun kepala pusing..apa lagi nak layan anak2 aku yang 'baik2' tu..disebabkan mak aku telah dikuarantin di biliknya, maka semua urusan mak aku, aku kena settle..hehehe..

Aku kena mandikan bapak, pakaikan baju, hantarkan dia ke toilet dan seterusnya..alhamdulillah, hari tu anak2 sangat behave..jadi, tak adalah darah aku yang naik pulak..ahahaha..esoknya, mak aku dah bertambah baik..sesekali naik juga darahnya bila mengenangkan budak2 buat perangai..so, abang aku decided, sementara cuti sekolah, Firdaus jaga adik2 kat rumah..makanya, mak aku boleh rehat..bukan apa, dak Asyraf ni memang terkenal dengan 'kebaikannya'..huhuhu..

Aku doa agar mak aku cepat sembuh dan bapak aku sihat sentiasa..aku juga berdoa agar aku diberi kesihatan yang baik dariNya..aku tak rasa ini suatu beban..sebab memang inilah masanya aku membalas segala jasa2 diorang..bukan senang nak dapat pengalaman macam ni..sesuatu yang Allah nak berikan ganjaran pahala sudah berada di depan mata, jadi harus aku ambil peluang ini..




Monday 10 December 2012

Sibuk Sibuk Sibuk


Assalammualaikum..

Sihat? Aku ni biasa lah..belakang aku ni selalu sakit2 sampaikan kadang2 nak toleh pun sakit..ditambah pulak dengan kesibukan aku ni..tapi, lepas makan ubat semalam, keadaan aku bertambah ok walapun pagi tadi memang malas je nak mulakan agenda..Monday blues la katakan..tapi, bagi aku tak ada istilah tu..yang buat aku malas sebab dah memang aku yang malas..ahaha..

Sabtu hari tu kan aku ambik cuti dan balik kampung..tapi, dalam pukul 5.00 petang baru kitorang bertolak dari rumah..pagi tu aku berkemas dan membasuh macam biasa..barang2 yang perlu dibawa semua aku dah siap2 kemas..tinggal nak isi kat but kereta je..tapi, Encik Hubby aku kena kerja halfday pulak sebab tengah banyak kerja..so, aku masak simple2 je..aku masak sardin masak kari..

Encik Hubby sampai rumah dalam pukul 2.30 petang..cepat2 kitorang pergi beli barang basah kat TJ Mart..lepas tu kitorang pergi beli susu anak2 dan diapers untuk Shifa..settled semua baru kitorang balik rumah semula..sampai kat rumah, aku terus siapkan anak2..yang si Anna asyik dok tanya je kemana kitorang nak pergi..last2 dia kata..

"Mama, kita ni nak pergi Langkawi ya ma..''

Hukaloh..jauh sungguh sampai nak ke sana..hehe..disebabkan aku sibuk memunggah barang2 yang perlu dibawa, akhirnya Anna malas dah nak tanya2 lagi..takut mama dia jadi Hulk pulak..ahaha..sampai kat simpang Kulai-Kota Tinggi, barulah Anna dok terkinja-kinja..dia tau lah tu nak balik kampung..huhuhu..bukan tak nak beritahu pun..karang dia asyik dok mengulang ayat yang sama jek..

Sampai kampung lebih kurang dalam pukul 5.45 petang..mak mentua pun baru je balik dari rewang..tujuan aku balik kampung selain melawat mentua, agenda aku kan nak pergi majlis kahwin jiran sebelah nun..huhu..so, disebabkan jiran sebelah rumah je, makanya makanan yang dimasak akan segera sampai ke rumah mentua sekali..hehe..sampai2 je dah ada lauk rewang..ada lemak nangka, sambal tumis, sambal goreng..pergh..ditambah pulak dengan tenggiri masin yang adik ipar goreng yang aku bawa dari Kulai..

Malamnya pulak diorang hantar sup gearbox..huhu..open table terus..yummm..lepas makan, aku dan anak2 tak ada aktiviti apa..diorang sibuk memunggah mainan dan aku duduk berborak dengan mak mentua...ipar2 yang lain tak balik hari Sabtu tu sebab masing2 balik pada keesokan harinya..Encik Hubby pulak pergi rewang sampai esok pagi..huhu..tahan betul mata dia..hehehe..

Esoknya, lepas selesai majlis aku bertolak balik Kulai..dalam pukul 5.00 petang jugak aku bertolak..baru aku teringat aku belum beli beras lagi..huhuhu..sampai Kulai kami singgah Tesco dulu nak cari apa yang patut..untungnya kalau pergi dengan 'menteri kewangan' ni aku cuma pilih aje..ahahaha..dan 'pak menteri' tolong bayar..huhu..biasanya aku tak beli apa2 pun..bila Encik Hubby offer baru lah aku cari apa yang dihajati..

Sampai rumah terus kemas semua barang2, baju2 kotor dan kemas apa yang patut..sebab, esoknya aku tak nak buang masa buat benda tu semua..tau2 lah..aku ni kalau balik sehari pun barang2 bawak macam nak balik seminggu..ada anak kecik macam tu lah..lepas tu aku tak membasuh kat kampung..takut kain tak kering..sekarang cuaca kan tak menentu..lepas tu bawa balik rumah..amekau! Menimbun!



Friday 7 December 2012

Dah Jumaat..


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..Jumaat yang penuh barokah ini masih aku temui..syukur kepada Nya..kesulitan semalam pun sudah melega..apa sangat lah sakit yang sedikit itu kalau nak dibandingkan tanggungjawab yang perlu dipikul..lupakan sejenak, dan kembali pada insan tersayang..

Pagi ni mak aku pulak tak sihat..yelah, dia tak cukup tidur sejak bapa aku sakit ni..tengah malam kena bangun sebab bapa aku kerap buang air malam..nak suruh dia pakai diapers dia tak mahu..terpaksalah mak berkorban demi suami tercinta..tapi, tulah..mak pun dah tua jugak..kesihatan pun tak seperti dulu..

Apa yang boleh aku buat, aku suruh mak rehat je..tak perlu kisah dengan budak2..karang darah tingginya tu serius pulak..seperti biasa aku dah siapkan semua kerja2 rumah..mengemas, mencuci, memasak..mak aku cuma kena tengok2kan anak2 aku dengan anak2 abang aku..mujur Firdaus ada..aku suruh dia jagakan adik2..nasib baik boleh diharap..

Menu hari ni aku masak sambal udang harimau..memang terbaik lah! Sebab dah lama tak jumpa udang harimau ni kat pasar..rasanya lemak sedikit dibandingkan udang2 lain yang terasa tawar hebeh..huhuhu..lepas tu aku masak terung berlado..ini lagi terbaik dari ladang! Bukan nak puji masakan aku ni sedap ke hapa..tak langsung..tapi disebabkan terung yang aku beli tu sangat sedap dimasak berlado..ahaha..


Aku guna jenis terung yang ni..sangat rangup dan sesuai masak berlado sebab dia lambat empuk..masa aku google gambar ni boleh pulak keluar gambar lucah..tau2 la kan, tak payah aku nak cerita..hehehe..itu yang dinamakan kemudahan internet mudah dicapai..apa tak boleh!

Untuk budak2, aku masakkan sup bebola ayam..aku buatkan sup sibuk pulak diorang nak makan sambal udang..ngengada betul budak2 ni kan..tak apa, sup tu pun aku makan sekali..hehehe..lately ni malas aku nak amik gambar..tak tau lah bila nak rajin..hahaha..




Thursday 6 December 2012

Aku Yang Penat


Assalammualaikum..

Musim cuti sekolah ni, mood aku pun macam budak cuti sekolah..lemau jek..kadang2 macam tak ada mood..dalam tak ada mood tu tangan tetap jalan melakukan kerja2 office dan rumahtangga..hehehe..cuaca pun panas sampai awal petang, lepas tu hujan..ini menambahkan lagi kelamauan aku..ahaha..mungkin sebab aku terlebih penat kot..tak caya?


Macam ni lah baju bajan kat rumah aku setiap hari..ni bakul besar ok..tak termasuk kain2 kat dalam baldi kat toilet tu..kena cuci awal2 takut tak kering pulak..dah macam kedai dobi dibuatnya..

Hari ni, disebabkan terlalu banyak kerja sepanjang cuti sekolah, kepala aku nak toleh pun sakit..badan jangan cakap lah..aku sapu Yoko Yoko baru lah lega sikit..nak cari masa untuk rehat betul2 pun payah..tapi bila tengok keletah anak2 aku, penat pun tak terasa..

Masa aku tengah masak, anak2 aku main sembunyi ibu..Masa tu Shifa dengan Asyraf menyorok. Anna pulak kena cari..dak kecik macam Shifa ni pun tau macam mana nak main sembunyi ibu. Tengah aku sibuk kat dapur Shifa menyorok kat tepi tingkat pinggan..bila aku tengok, dia sebut 'shyyy'..ahaha, sweet betul aku tengok..huhu..

Sampai office, leher aku sakit balik..tak boleh nak toleh2..pulak tu Yoko Yoko pun aku tak spare..adeh la..sampai balik la aku statik macam ni..kat luar pun tengah hujan, jawabnya bertambah boring la aku hari ni..layan FB pun macam dah boring jek..tak tau kenapa..kalau dapat pergi bercuti kan best..macam sorang kawan aku tu..sekarang ni tengah bersakan dengan suami dan anak2 dia kat Paris!

Aku memang tabik spring kat dia..walaupun dia boleh melancong around the world, tapi dia tetap humble..tak adalah nak berbangga diri ke hapa..status2 dia kat FB biasa2 je..bila aku baca kat blog dia baru aku tau sekarang dia sedang bercuti di Paris..

Bestnya..bila kita nak pergi bercuti ya bang? Huhuhu..



Wednesday 5 December 2012

Susah Sangat Ke Nak Berbudi Bahasa?


Assalammualaikum..

Entry kali ni bukan nak emo tak tentu pasal..untuk ingatkan diri sendiri jugak..tak marah pun..agaknya dunia semakin moden, cara bercakap pun nak ikut moden..intonasi suara pun nak ikut moden..macam tu ke? Ishk2..tolong berbudi bahasa sikit pada orang yang lebih tua boleh tak?

Benda ni berlaku pada mak aku..sebagai seorang guru mengaji..mak aku cikgu tu..ramai anak2 jiran datang mengaji..mak pun tak pernah mintak upah pun tapi ada juga yang yang berhati mulia yang ikhlas bagi (upah). Alhamdulillah..memang ramai lah anak2 jiran yang datang mengaji..

Kalau waktu sekolah, yang datang mengaji tu tak tentu masa..boleh dikatakan dari pagi sampai petang jugak lah yang datang sebab waktu sekolah diorang kan berbeza..dulu lagi, ada jugak yang datang malam..tapi lepas Shifa lahir, mak dah tak nak mengajar malam..penat weh..mak aku pun nak rehat jugak..

Lepas bapa aku sakit ni mak memang tak nak ambil pelajar baru..huhuhu..mak cuma ajar pelajar yang sedia ada je..itu pun ada yang dah khatam dan ada juga yang berhenti dan belajar kat tempat lain..tu mak aku tak kisah sangat lah..tapi, yang buat mak aku terkilan, sungguhpun diorang nak berhenti, beritahu lah dulu..macam mana korang hantar anak korang mula2 belajar dulu, macam tu lah korang datang cakap nak berhenti dan belajar kat tempat lain..mak aku tak kisah pun..

Tau2 diorang dah berhenti mengaji..berselisih bahu dengan mak aku pun mak2 diorang tak cakap apa2..apa lah diorang ni kan..bukannya mak aku mintak upah pun..nak ucap terima kasih pun payah..masa nak hantar anak2 diorang, bukan main lagi nak mintak tolong..bila mak aku dah tolong, macam ni pulak balasan diorang..

Baru2 ni ada jiran aku nak hantar anak dia mengaji melalui telefon..mak aku pun cakap lah yang bapa aku tak berapa sihat..tambah pulak jaga cucu2 yang 'baik2' belaka..lepas tu mak aku pun beritahu mengenai kondisi bapa aku macam mana..nak ke toilet pun kena papah..apa yang mengejutkan mak aku, jiran aku tu macam marah2 pulak kat mak aku..katanya anaknya tu baru sorang yang nak belajar..bukan ramai pun..ya, tapi mak aku nak bersikap adil dengan semua orang..

Kalau zaman aku kanak2 aku dulu, guru mengaji memang disanjung..setiap apa yang ada pada kami, kami akan beri sedikit padanya..contohnya makanan, kain batik atau hadiah2 yang lain tanda terima kasih kami..tapi sekarang, semuanya dah berubah..guru mengaji sekarang seolah-olah jadi individu tempat mereka melepaskan sesak saja..

Namun begitu, ada juga yang masih ada budi bahasa..yang sering bertanya khabar dan bagi mak aku hadiah berupa kain batik, kain ela, makanan etc..dan kebiasaannya anak2 diorang ni memang jenis terang hati..mudah terima apa yang telah diajar..walaupun ada diantaranya masih tak kenal huruf, tapi mereka rajin datang mengaji..moga Allah terangkan hati mereka..Amin..




Kami Berpakat


Assalammualaikum..

Baru ada mood nak mengarang..lagi tadi dok sibuk layan blog orang sampai lupa nak jengah blog sendiri..hahaha..disebabkan ada cerita nak ditulis, makanya aku pun sibuk susun ayat..ada yang kata, orang yang selalu update blog ni bimbo..ada aku kesah? Blog kau, blog kau..blog aku, aku punya suka..aku menulis bukan kerna nama..cewah..siap nyanyi lagi..kau ada?

Hahaha..lupakan orang yang berhati kering tu kejap..tak ada kepentingan pun..hehehe..ok lah, hari Sabtu ni mungkin aku balik kampung Kota Tinggi..Encik Hubby suruh aku mintak cuti siap2 sebab hari Ahad tu jiran sebelah rumah kat kampung tu ada majlis kenduri kahwin..macam tak patut pulak kan kalau tak pergi..dah la  Cik Mah tu rajin datang tolong masa kenduri kat rumah mentua aku ni..ishk3..

Disebabkan aku nak balik kampung weekend ni, makanya aku buat persiapan sikit2..yelah, nak kemas2 apa yang patut sebab kami suami isteri kena rahsiakan plan ni dari Anna..bukan apa, Anna ni kalau kita kata nak balik kampung, bukan dia kira kalau kita cakap nak balik Sabtu ni..habis dia canang satu perumahan..lepas tu dan2 tu jugak suruh pergi..boleh menanah telinga ni dibuatnya asyik cakap benda yang sama..huhu..

Makanya, aku pun mengemas sikit2 tanpa pengetahuannya..ada barang2 yang aku beli nak bawak balik kampung pun aku simpan kat office..hehehe..sampai macam tu sekali kan..mesti korang tak percaya..tapi tu lah dia..selagi boleh dia siasat, dia akan siasat dan tanya..takkan nak membohong pulak kan..sebab tu aku simpan barang untuk bawak balik kampung kat office..

Anna ni pun kadang2 bijak jugak..bila kitorang lama tak balik kampung..mesti dia akan ingatkan..

"Mama, kita ni dah lama tak balik kampung kan ma..balik lah ma, tak baik tau tak balik kampung..''

Itulah ayat dia..dari mana dia dapat ayat tu pun aku tak tahu..saja je nak buat aku insaf..ahaha..bukan aku taknak balik kampung selalu..tapi aku ni balik kerja dah malam..kurang2 kena ada cuti 2 hari baru boleh balik kampung..pebarang nak balik hari kan..lepas tu bila dia asyik kena marah dengan mak aku sebab dia nakal, dia akan kata..

''Atok kampung baik, nenek tak baik..nenek asyik marah kita je..''

Hah..ayat tu memang aku agak hangin sikit..padahal dia dah buat salah, bila kena marah mulalah buat statement macam tu..kadang2 aku siap cakap kat mak aku jangan ambik hati dengan kata2 dia tu..mak aku pun faham..bila aku cerita kat mak mentua aku hal ni, dia kata..

''Eleh..atok ni jarang2 jumpa..kalau selalu jumpa pun atok marah Anna macam nenek marah kalau Anna nakal..jadi jangan nakal2 la.''

Ahaha..pandai dia senyap..huhuhu..gud atok! Oh ya, semalam surat dari sekolah sampai..kat surat tu diorang  beritahu serba sedikit tentang peralatan yang perlu dibawa atau apa yang perlu dipakai..selain tu diorang ingatkan juga tentang waktu persekolahan dan transport yang kita decide..kira bagus jugak la dia beritahu..tak payah aku dok asyik call diorang je kan..hehehe..

Untuk akhiri entry ni..cewah..tak pernah aku ada kata penutup..main tergantung jek cerita..ehehe..jumpa lagi di next entry! Itu je aku nak tulis..hehehe..



Tuesday 4 December 2012

OMG! Anna Dah Pandai Makan Durian


Assalammualaikum..

Semoga korang yang membaca blog ni semua sihat hendaknya..terima kasih sebab rajin jenguk blog aku yang kadang2 merepek meraban ni..hehehe..ok lah, aku benonya nak cerita sikit pasal anak dara aku yang sorang ni..siapa lagi, cik Anna la..dia je yang selalu kepoci..huhuhu..

Dulunya dia tak pernah makan durian..alih2 dia makan pulak..aku ni pulak jenis tak makan durian..maaflah kalau ada yang kata aku ni bodoh ke hapa..memang aku tak makan..hidang lah durian ke, durian crepe ke..memang aku tak berminat langsung..sebab aku memang alah pada bau yang kuat.

Bukan nak eksen, tapi memang dari dulu aku tak boleh bau benda2 yang kuat..kepala aku boleh pening..pening yang tak boleh blah..ahaha..daripada aku boleh memudaratkan diri aku, ada lebih baik aku hindarkan..tapi, berbeza dengan Anna..dia makan durian tu dengan penuh berselera..ni mesti ikut papa dia..ahaha..Encik Hubby kalau nak makan durian biasanya kat luar..berani dia makan bawak balik rumah..huhu..

Kat rumah aku pun tak ada yang betul2 suka makan durian..masing2 berpenyakit, dan kalau makan boleh memudaratkan..so, kat situ aku memang tak ada masalah..Anna makan pun sebab kakak ipar aku selalu bawa balik..mula2 dia luih2..lama2 dia makan 2 ulas dan akhirnya pandai mintak papa dia belikan..hahaha..Shifa pulak masih belum ada tanda2 suka makan durian..sebab dia ni memang tak suka makanan yang lembik2..

Maaf la ya, kalau ada siapa2 yang nak belanja aku makan durian tu aku terpaksa tolak..sebab aku ni memang tak makan durian..bubur durian ke, apa2 yang berintikan durian pun memang aku tak makan..cuma yang aku makan, durian belanda je..ehehe..durian jugak kan..ahaha..jangan pulak ada yang kecik hati dengan statement aku ni..sebab aku tak paksa pun korang jangan makan durian..sebab, masing2 ada sesuatu yang mereka tak makan..



Monday 3 December 2012

Jangan Mudah Cop Orang


Apa perasaan korang, bila orang bercerita tentang keburukan kita? Mesti tak best kan..baik macam mana pun kita, orang tetap nak cari silap kita..sebab apa? Sebab iri hati..kenapa nak iri hati? Sebab itulah sifat semulajadi manusia yang tak boleh terima kenyataan..yang paling tak best, bila cerita2 tu semuanya memang tak betul..nak buat macam mana? Kalau tanya aku, memang aku buat bodoh je la..manusia2 seperti ini memang buang masa je layan..selalunya mereka iri hati kat kita sebab kita berada di atas mereka..tak percaya? Percayalah..

Pengalaman aku, memang ada walaupun tak banyak..tapi kalau ikutkan hati memang sakit lah..well, pengalaman mematangkan kita..nak lawan, dah macam budak2 pulak..lebih2 lagi bila dia post kat FB..hehehe..tau lah FB ni macam mana..tapi, ada satu tu memang aku gelak..ceritanya bila si A ni memang sangat menyampah kat aku, tapi kawan si A ni pulak terover..boleh pulak dia post kat FB macam dia serba tahu..

Memang dari dulu aku tak berapa berkenan dengan kawan si A ni..dulu masa nak accept dia kat FB pun macam..mmm..nak ke tak nak ehk..tapi akhirnya aku accept jugak..selalu jugak dia PM dan komen atau LIKE status aku..tiba2 keluar pulak statement mengenai 'seseorang' yang dia post..mula2 aku tak fikir dia maksudkan aku..tapi bila dia macam dingin je kat aku, ohoo..very childish! Sometimes, age do not show a person's character..memang aku akui..tapi, tolong jangan jadi orang serba tahu kalau hanya mendengar sebelah pihak sahaja..

Apa yang aku buat, aku diam saja..bukan aku nak serkap jarang, tapi ketara sangat perubahannya tu..aku ni dah banyak makan garam..takkan aku tak tahu kalau orang tak suka dengan kita..bagi aku, kalau orang tak suka dengan kita, itu bukan perkara penting..apa yang penting kawan2 yang sentiasa bersama dengan kita..itu yang paling penting..bukan aku sombong dan kata aku tak heran sebab ramai kawan..tak..sebab aku tak nak paksa orang suka dengan aku dan aku tak suruh pun dia bencikan aku..sebab tiada keikhlasan di situ..

Sahabat baik tak semestinya mengiakan apa sahaja yang kita buat walaupun tak betul..sahabat adalah kawan yang sentiasa memberi teguran, mendengar masalah kita, memberi nasihat dan sentiasa menerima kita walaupun kita pernah buat silap..walaupun adakalanya terpaksa mendapat tempias (malu) di atas kesilapan sahabat kita. 






Cari Barang Sekolah


Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas untuk teruskan hidup..masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..super penat aku semalam..maklumlah awal bulan..semua benda nak kena buat..masak, beli barang2 keperluan, pergi kedai buku, pergi giant..ahh..memang super duper penatlah..tak ada masa yang tak diisi..semuanya complete! Kadang2 sampai tercari-cari masa yang sesuai untuk berehat..tapi tak ada..sebab tu kadang2 Encik Hubby ajak balik kampung, suruh aku rehat cukup2..aku kalau bukan kat rumah sendiri memang tak tau nak buat apa..

Dalam pada aku penat, semalam aku seronok juga..seronok sebab first time beli barang keperluan sekolah untuk Anna..aku beli baju panas, stokin dan stationery..beg dan kasut dah beli awal2..tu pun kasut ada auntie kedai cat yang bagi masa aku beli cat hari tu..sekolah tadika je pun..silap2 dia pakai selipar je pergi sekolah..hahaha..stationery cuma aku tambah2 mana yang tak ada..kebanyakkannya aku beli untuk 'spare'..tau2 lah, budak2 ni kadang2 bukan ingat barang2 dia letak kat mana..

Pensil warna aku beli brand Luna..masa kecik2 dulu memang aku teringin nak pakai color Luna..dapat lah jenis yang kecik tu satu..semalam aku beli yang 12pcs yang panjang..baru RM9.90 kalau nak dibandingkan beli kat kedai buku lain, harganya dah RM15+..kalau offer pun RM13+. Memang mahal kan pensil warna jenis ni..mungkin sebab kualiti warnanya yang cantik..

Masa kat Giant, aku beli baju panas..sehelai RM7, aku beli 2..mula2 nak beli kat Reject Shop..bila pikir2 balik, beli je lah kat Giant ni..lagipun kainnya tak panas..stokin pulak aku beli 3 pasang RM9.90..ok la tu..malas nak fikir2 dah..huhu..semua dah siap tinggal nak ke sekolah je..Anna pun ashik dok merengek-rengek bila dia nak sekolah..Moga Anna belajar rajin2 dan menempuh alam persekolahan dengan gembira..





Saturday 1 December 2012

Kasut Pertama Yang Aku Beli


Assalammualaikum..

Boring sungguh life aku hari ni..tak ada apa nak buat..cuma aku layan Istanbul Aku Datang dengan Ngorat..erkhh..IAD tu kira ok lah..terasa feeling2 Istanbul gitu..kalau filem Ngorat tu ada macam merepek sikit..tak berapa nak tengok sangat..hehehe..

Bila dah habis layan cerita tu, aku mula teringat kat member aku yang sorang ni..dah 12 tahun tak jumpa..alih2 dia add masuk kat group kolej aku..huhu..dulu kitorang memang sangat rapat di kolej..kitorang panggil 'geng Rusa' sebab sorang member tu memang datang kolej bawak van Rusa..i love that moment! Hari2 ada je port kitorang makan2 kat luar..masa tu geng Rusa terdiri daripada 6 orang yang sangat hyper ok..hehe..

Sorang pilot dan yang baru ku jumpa kat fb ni co-pilot kitorang..haha..masa kat kolej dia ni kiranya mamat paling terror la..cakap apa je, mesti dia tahu jawapannya..huhu..gelak aku sorang2 teringat masa kitorang dulu hangout dengan Rusa..memang macam monyet! Tak reti duduk diam langsung..class rehat sampai pukul 2..tapi kami boleh sampai Muar nun..ponteng class terus..ahaha..tu pun sebab dah nak final..tak ada projek apa2 pun..

Tiba-tiba aku teringat kat zaman high school pulak..haha..zaman ni aku memang agak boyish la..geng2 dengan skaters..tapi yang tak boleh menahan, siap ada boyfriend..akakaka..tapi aku tak gatal ok..ex-beau aku tu yang approach aku..tak tahu la apa yang dia minat sangat kat aku sebab dia ni kira jejaka idaman Malaya kat sekolah..muntah!

Masa tu budak sekolah la katakan..apa yang dia ada kita nak ada..contohnya kasut..hahaha..cerita bab kasut, kami memang pakat nak beli kasut yang sama..masa tu siapa2 tengok memang pengsan lah..bagai merpati dua sejoli..Muntah!


Kasut ni lah yang kitorang beli..Jack Purcell nama dia..aku beli warna hitam dan ex-beau aku warna biru..tak la sedondon sangat kan..dari dulu aku memang tak suka sedondon..kiranya masa kitorang beli, kasut ni memang fresh from the oven..tak ada siapa2 yang pakai kat Kulai waktu tu..bangga jap..ahahaha..kasut ni inspired from Kurt Cobain..waktu tu RM99 sepasang..sekarang tak tau dah berapa harganya..

Mula2 kami berdua je yang pakai, lepas tu aku je yang pakai sorang2 sebab ex-beau aku tu skaters, tak sesuai nak skate pakai kasut ni..inilah kasut pertama aku masa sekolah..lepas tu aku pakai kasut Dr J macam gambar di bawah ni..


Bila dah selalu sangat pakai Converse, beralih pulak pada Adidas..pernah jugak pakai New Balance..bila tengok anak saudara aku pakai New Balance warna yang sama iaitu warna biru, maka teringatlah aku pada kisah2 zaman muda mudi dulu..hahaha..aku beli guna duit sendiri ok..tak mintak mak aku pun..sebab aku ni bukan jenis time rehat makan kat kantin..tak..selalunya duduk lepak kat 'Asataka' dengan member2 perempuan yang lain..tak pernah lagi dating dengan boyfriend kat sekolah..memang tak ada..kat sekolah aku-aku, kau-kau..hahaha..memang ganas..




Friday 30 November 2012

Kisah Kari Ikan Ayam


Assalammualaikum..

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh barokah diahiasi dengan hujan kurniaanMu..Lovely! Memulakan hari yang sangat best..mood best, walaupun suasana kat rumah memang always huru-hara..about lalat yang tengah banyak tak tahu nak cakap macam mana even lantai rumah always 'ngepel'..datang awal walaupun memang selalu awal..cuma hari ni extra awal..hahaha,,gara2 nak 'ngepel' office pulak..ekekeke..

Ok lah..nak cerita pasal malam tadi..disebabkan aku masak ikan ayam tu kemarin dan Encik Hubby tak balik waktu tu..makannya malam tadi dia menuntut..sampai rumah terus aku siap2 hidang..rupanya Encik Hubby baru first time makan ikan ayam ni..hehehe..2-3 kali tambah..alhamdulillah, siap puji2 sedap..ahaha..tak tahu lah apa yang sedap..ikan tu kot..sobs!

Lepas tu baru aku perasan kenapa ikan ni nama dia ikan ayam..bukanlah dia macam seekor ayam..tak..masa belum di autopsy, ikan tu biasa je..cuma kulitnya keras dan aku pun terfikir, macam mana lah nak diautopsykan ikan ni..so, mamat jual ikan tu pun rasa aku ni tengah pening macam mana nak siang ikan ni..dia pun siangkan..selesai masalah aku kat situ..siap2 bayar dan balik..

Masa aku nak simpan, aku perasan selepas disiat (cara siang ikan ni), daging dia menyerupai ayam..satu je yang aku fikir, ikan ini harus masak kari..hahaha..disebabkan nama ikan ni pun ikan ayam, kari yang aku gunakan adalah kari ayam/daging Baba's..sengal tak menahan..ahahaha..apa2 pun kari ikan ayam ni memang ohsem..hahaha..



Thursday 29 November 2012

Bangkit



Ni kira review music of the week la..ahahaha..rise again! Do not care what other people want to say..life need to proceed and recover from failure..apa pun kita chill jek..yang penting kita happy..who else can make you happy? Let's reggae!



Lega Dah..


Alhamdulillah..

Lega dah bila apa yang terbuku di hati selama ni dah terungkai sudah..hampir 5 tahun aku dok diam tak nak cerita kat sesiapa..akhirnya malam tadi aku cerita kat mak..tu pun memang tak sangka aku boleh cerita..mak aku ni jenis kalau aku betul pun mesti dia salahkan aku..aku pulak dah terbiasa, apa2 hal memang aku suka simpan cantik2..sebabnya kadang2 tu benda tu macam tak berapa nak penting sangat nak cerita..lebih2 lagi melibatkan hati yang dikhianati..eceh..

Mungkin aku dah terbiasa..lepas aku cerita kat mak, what a surprise, mak pulak yang rasa sedih..sedih sebab selama ni ada yang layan aku seperti orang salah sedangkan aku memang bukan jenis macam tu..ya, mak aku tau aku jenis yang macam mana..sobs! Lepas tu aku cerita pada mak yang sekarang ramai dah tahu yang aku tak bersalah..mak cuma diam penuh makna..

Pernah dulu masa aku ada konflik dengan ex-fiance, kakak aku jadi orang tengah..hahaha..aku pun tak tahu kenapa..mungkin mak yang suruh kak long aku siasat..kak long aku ajak keluar (sesuatu perkara yg tak pernah dia buat). Sebab aku kadang2 memang tak nak cerita..malas..tapi, tak sangka pulak benda ni buat mak aku bimbang..

Aku tak salahkan sesiapa yang dah pandang serong kat aku sebab aku tak pernah nak tampil untuk terangkan keadaan yang sebenar..bagi aku, lebih baik diorang tahu dari mulut orang lain daripada aku terhegeh-hegeh untuk terangkan duduk perkara sebenarnya..aku lebih suka wait and see..tak nak orang rasa serba salah sangat..sebab aku pun bukan sesiapa nak demand. Maksud aku, aku tak suka orang datang minta maaf kat  aku..aku lebih suka kalau mereka datang dan buat macam biasa..dari situ aku boleh tahu bagaimana persepsi diorang pada aku sekarang..





Keletah Anna


Assalammualaikum..

Wah, dah Khamis..cepat betul masa berlalu..kenapa rasa begitu? Sebab aku banyak kerja atau aku banyak buang masa? Hahaha..apapun kena enjoy dengan masa yang ada..bukan enjoy dengan benda2 yang tak berfaedah..bukan..aku tampo kang siapa buat macam tu..akakaka..

Tiba2 aku teringat perbualan aku dengan Anna..Anna ni kadang2 aku tengok sangat mengada-ngada..sikit2 nak nangis..kena lepuk dengan adik pun nak nangis..adakalanya dia jenis yang suka menolong..tak suruh pun dia sibuk nak tolong..macam kak nam..huhuhu..tapi, daya ingatannya sangat kuat..toksah berjanji dengan dia kalau kita tak boleh nak tunaikan..boleh menanah telinga dok ulang benda yang sama..

Masa tu aku tengah duduk2 sambil tengok tv..Anna datang dan duduk kat sebelah aku..Shifa pun asal kakak dia duduk kat sebelah aku mulalah dia duduk menempel..Encik Hubby waktu tu tak balik dan tiba2 Anna tanya aku dengan soalan yang agak terkejut juga masa mula2 dengar..

''Mama, abis lah mama..papa dah tak sayang mama lagi.''

Dalam hati aku, soalan apakah ini? Encik Hubby ada cakap kat dia ke..haish..lepas tu untuk meredakan kemusykilan dengan soalan Anna tu..aku pun berseloroh..

''Berani papa tak sayang mama.''

''Ya mama..habislah..''

''Kenapa cakap macam tu?''

''Habis tu, tak kahwin2 kenapa?''

Kahkahkah!!! Geli usus aku bila dengar jawapan dia yang terakhir tu..adeh la..mentang2 dia tak pernah tengok aku bersanding, dia bajet kami tak kahwin2..hahaha..tu lah kan..budak2 baya Anna ni bukan tahu macam mana institusi kekeluargaan ni berfungsi..maksud aku, macam mana nak ada anak kalau tak kahwin..hehehe..

Lepas tu, budak2 ni suka tanya soalan2 yang tak masuk akal..sebolehnya aku akan jawab secara bijak..tak nak sampai dia tanya lagi soalan2 yang merapu..lagi satu, Anna ni suka nak jadi stylist aku..kadang2 dia ni ada taste jugak dalam bab berfesyen..kalau nak rasa cantik dari pandangan mata dia senang je..pakailah baju color pink..gerenti dia puji aku cantik..sampaikan papa dia pun dia suruh beli baju pink..hehehe..apa dah..Anna, Anna..you know how much i love you?





Wednesday 28 November 2012

Aku & Tesco


Assalammualaikum..

Hari ni mood adalah sangat cool..cool as ice! Hehehe..tak cool pun kena coolkan jugak..kalau tak boleh jugak pergi 'cool blog' sekarang..belanja aku chocolate milk tea, pearl kasi extra..teehee..yang itu memang ohsem! 

Nak cerita persepsi aku dahulu dan sekarang about shopping..kalau dulu aku sangat gemar sesuatu yang branded..tapi lately ni aku dah tak berapa gemar..kenapa? Aku pun tak tahu..mungkin persepsi aku mengenai fashion dah berubah..dulu, kalau boleh aku beli something branded clothes lepas tu aku kumpul, then aku kumpul duit dan beli lagi..

Masa tu aku suka sangat shopping kat Dorothy Perkins, Esprit, Topshop, EIC, MNG, Somerset Bay etc..yang branded2 la..sampai ada orang tu makan hati..hehe..ada aku kesah? Duit aku kan..tapi tak adalah yang big brand macam  Gucci and whatsoever tu..ni branded yang masih boleh dimiliki..beli sebab suka dan kebiasaannya aku suka beli handbag dan kasut..baju2 tu mungkin sepasang atau 2 pasang yang aku beli..

Tapi, sekarang..mood untuk shopping branded clothes dah berkurangan..biasanya aku beli untuk anak2 saja..tu pun beli untuk raya..sebab kalau aku beli baju biasa2 untuk raya, diorang dah tak ada baju jalan dah..habis semua aku pakaikan buat basahan..lagipun Encik Hubby memang allocate untuk baju raya sahaja untuk anak2..untung la korang..mama pun tak ada priority dah..huhu..

Sekarang, aku suka sangat shopping kat Tesco..weh.. jangan underestimate pada clothes yang diorang jual..memang cantik2 beb..kalau korang pandai, mesti korang akan jumpa something yang suit untuk korang..Aku suka brand F&F dan Blaze Plus+ yang sangat cool..


Untuk kanak2 pun ada..


Cute je kan..kualiti pun ada..tak payah keluar belanja besar untuk baju2 cantik..


Dress pun ada..harganya tak lebih dari RM59 ok..


Lepas tu korang match dengan cardigan macam ni..cool! Tak habis RM100 pun..siap boleh beli jajan..hehehe..yang ni tak silap harganya RM29..ooppss juga didatangkan dengan saiz besar sehingga XXL..


Ni pun cantik kalau pakai dengan inner..mesti korang gojes punya..sekarang  kan trend loose clothes..semua item bermula dari RM19-RM59..lepas tu Tesco kan selalu ada sale..masa tu lah korang boleh berjimat..huhu..

*picture sourse from En Google*



Tuesday 27 November 2012

Cerita Recycle & Kesihatan Bapa Aku


Assalmmualaikum..

Hmmm..baru lah aku ada masa nak blogging..sibuk sikit sekarang ni..macam2 nak kena buat walaupun bos aku tak kisah pun kalau aku tak buat..hehehe..aku ni kan 'telaten' orang Jawa cakap..huhu..sila muntah sekarang! Ahahaha..

Mula2 tak tahu nak cerita apa, so aku decided malas nak update hari ni..tapi, tiba2 aku teringat malam tadi aku buat apa..jawapan bagi soalan bahasa Jawa tu maknanya teliti..hehehee..tu yang ada idea nak tulis apa..berbalik pada perkataan teliti tu, malam tadi aku selongkar baju2 lama Anna yang aku masukkan dalam plastik dan aku humban kat bawah katil..huhuhu..

Pilih punya pilih, banyak juga baju2 Anna yang Shifa boleh pakai..sebelum tu banyak baju2 Anna aku bagi kat kakak aku, adik ipar dan kawan2..memang banyak lah memandangkan Anna ni cepat besar..masa tu ingatkan aku ada Anna je tak nak tambah lagi..huhu..bila rasa Anna ni cepat besar, macam teringin pulak nak ada baby lagi..hehe..

Bila Shifa ada, semua barang2 baby aku kena beli baru..tak ralat pun aku bagi baju2 Anna kat orang sebab, aku masih tinggalkan sikit baju2 Anna yang masih elok untuk Shifa..tak sangka pulak baju2 tu semua Shifa dah muat..nampak je comel, tapi bila pakai memang dah sesuai kat badan..suka dia..Anna pun jenis tak kisah kalau adik dia pakai baju2 lama dia..jangankan adik dia, sepupu dia pakai pun dia buat donno jek..huhu..

Bila fikir2 balik, banyak betul aku beli baju untuk Anna..sampaikan berbungkus-bungkus aku tengok kat bawah katil tu..yelah..masa tu anak sorang je..nampak baju yang cantik2 terus beli..tak fikir2..sekarang, nak kena beli dua..tapi minat membeli tu dah berkurang..mungkin sebab sekarang ni aku sibuk dan tak ada masa nak keluar shopping..perhatian aku pada bapa aku yang semakin uzur..nak keluar jauh2 pun aku risau sebab takut kalau2 bapa aku kena hantar pergi klinik..

Masa raya tu pun aku tak dapat nak beraya sangat sebab bimbangkan bapa aku..sekarang ni dia dah tak boleh nak jalan sangat..kaki dia membengkak disebabkan kansernya tu..cakapnya pun dah melalut dan semakin pelupa..makan pun dah tak banyak..kadang2 tak cukup tidur sebab mengerang kesakitan..apa yang aku boleh buat, cuma bantu dari segi kewangan..hantar dia ke klinik atau hospital..sebab tu sekarang ni kalau dia nak makan apa, sebolehnya memang aku carikan..

Orang tua kalau sakit, kita kena sabar dan jangan sesekali ambil hati..sebab apa yang keluar dari mulut dia pun sebenarnya dia tak sedar..kadang2 geram jugak..tapi, apa boleh buat..sabar je lah..dah lah dia menahan sakit, kita tambah lagi dengan kata2 yang boleh menyinggung perasaannya..

Tiba2 dia nak makan mi bandung tengah2 malam..pergi lah belikan mi bandung..nasib baiklah kedai makan kat sini bersepah..kalau minyak cap kapak ni, memang dah jadi stok..inhaler pun kena sentiasa ada kalau tiba2 je dia sesak nafas..macam ni lah jaga orang sakit..tak ada istilah terpaksa pun..tapi, cuma aku mohon agar diberi kesihatan yang baik, sentiasa dibukakan pintu rezeki dan sentiasa sabar dengan dugaan..semoga apa yang aku lakukan sekarang akan dihisab olehNya..Amin..