Monday 10 December 2012

Sibuk Sibuk Sibuk


Assalammualaikum..

Sihat? Aku ni biasa lah..belakang aku ni selalu sakit2 sampaikan kadang2 nak toleh pun sakit..ditambah pulak dengan kesibukan aku ni..tapi, lepas makan ubat semalam, keadaan aku bertambah ok walapun pagi tadi memang malas je nak mulakan agenda..Monday blues la katakan..tapi, bagi aku tak ada istilah tu..yang buat aku malas sebab dah memang aku yang malas..ahaha..

Sabtu hari tu kan aku ambik cuti dan balik kampung..tapi, dalam pukul 5.00 petang baru kitorang bertolak dari rumah..pagi tu aku berkemas dan membasuh macam biasa..barang2 yang perlu dibawa semua aku dah siap2 kemas..tinggal nak isi kat but kereta je..tapi, Encik Hubby aku kena kerja halfday pulak sebab tengah banyak kerja..so, aku masak simple2 je..aku masak sardin masak kari..

Encik Hubby sampai rumah dalam pukul 2.30 petang..cepat2 kitorang pergi beli barang basah kat TJ Mart..lepas tu kitorang pergi beli susu anak2 dan diapers untuk Shifa..settled semua baru kitorang balik rumah semula..sampai kat rumah, aku terus siapkan anak2..yang si Anna asyik dok tanya je kemana kitorang nak pergi..last2 dia kata..

"Mama, kita ni nak pergi Langkawi ya ma..''

Hukaloh..jauh sungguh sampai nak ke sana..hehe..disebabkan aku sibuk memunggah barang2 yang perlu dibawa, akhirnya Anna malas dah nak tanya2 lagi..takut mama dia jadi Hulk pulak..ahaha..sampai kat simpang Kulai-Kota Tinggi, barulah Anna dok terkinja-kinja..dia tau lah tu nak balik kampung..huhuhu..bukan tak nak beritahu pun..karang dia asyik dok mengulang ayat yang sama jek..

Sampai kampung lebih kurang dalam pukul 5.45 petang..mak mentua pun baru je balik dari rewang..tujuan aku balik kampung selain melawat mentua, agenda aku kan nak pergi majlis kahwin jiran sebelah nun..huhu..so, disebabkan jiran sebelah rumah je, makanya makanan yang dimasak akan segera sampai ke rumah mentua sekali..hehe..sampai2 je dah ada lauk rewang..ada lemak nangka, sambal tumis, sambal goreng..pergh..ditambah pulak dengan tenggiri masin yang adik ipar goreng yang aku bawa dari Kulai..

Malamnya pulak diorang hantar sup gearbox..huhu..open table terus..yummm..lepas makan, aku dan anak2 tak ada aktiviti apa..diorang sibuk memunggah mainan dan aku duduk berborak dengan mak mentua...ipar2 yang lain tak balik hari Sabtu tu sebab masing2 balik pada keesokan harinya..Encik Hubby pulak pergi rewang sampai esok pagi..huhu..tahan betul mata dia..hehehe..

Esoknya, lepas selesai majlis aku bertolak balik Kulai..dalam pukul 5.00 petang jugak aku bertolak..baru aku teringat aku belum beli beras lagi..huhuhu..sampai Kulai kami singgah Tesco dulu nak cari apa yang patut..untungnya kalau pergi dengan 'menteri kewangan' ni aku cuma pilih aje..ahahaha..dan 'pak menteri' tolong bayar..huhu..biasanya aku tak beli apa2 pun..bila Encik Hubby offer baru lah aku cari apa yang dihajati..

Sampai rumah terus kemas semua barang2, baju2 kotor dan kemas apa yang patut..sebab, esoknya aku tak nak buang masa buat benda tu semua..tau2 lah..aku ni kalau balik sehari pun barang2 bawak macam nak balik seminggu..ada anak kecik macam tu lah..lepas tu aku tak membasuh kat kampung..takut kain tak kering..sekarang cuaca kan tak menentu..lepas tu bawa balik rumah..amekau! Menimbun!



No comments: