Monday 17 December 2012

Tak Salah Nak Remove


Assalammualaikum..

Entry kali ni malas dah nak emo apa lagi nak sentap..tapi lebih kepada memotivasikan diri..cewah..siapa kesah? Tak ada siapa nak kisah..ahaha..tulah kan hidup bermasyarakat ni kena ada tolak ansur, hormat menghormati, percaya mempercayai, faham memahami dan sentiasa melihat dari segi positif. Kira kena bersangka baik lah..itu lebih penting..

Ok, malas nak bebel panjang dah..cuma nak cerita kat sini tentang apa yang berlaku kat aku dalam Facebook..ni bukan pasal aku begaduh ke hapa..tak..aku tak suka cari gaduh, tapi orang yang selalu cari gaduh dengan aku..hahaha..sebabnya? Kadang2 aku pun tak faham..layan salah, tak layan pun kena sindir..so, jalan penyelesaiannya, aku remove dari friendlist..

Cerita pasal remove pulak, jangan salah faham..bila kita remove tak bermakna kita memutuskan silaturrahim..cuma kita jauhi apa yang mereka tulis kat status mereka untuk menyindir mereka2 yang rasa disindir..dan bila kita rasa mereka sindir kita, automatik kita akan rasa tak best dan mula menilai mereka2 spesis ini..biasanya sindiran itu sangat sampai terus tertusuk kat lubuk hati..hahaha..jangan main2..

Dan nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang yang aku telah remove untuk mengawal emosi yang kadang2 tak stabil..ngeh3..aku masih manusia biasa, tak lari dari merasa sakit hati..beberapa orang ini memang sentiasa mengekori status aku dan seperti menyambung status aku dan memutar belitkannya..terbelit tak? Hahaha..

Tak banyak cerita, hukumnya remove..kalau depa nak add semula aku tak kisah. Dengan harapan mereka tak buat lagi..ada juga yang nak add semula..tapi ni yang jenis ungkal dan saja2 je nak menambah kemarahan, lebih baik ignore saja..kita nak kawan2 bukan nak cari lawan kan..tapi pernah juga aku block orang..tu pun sekali jek..yang itu memang tak boleh bawa berunding..jenis mental disorder punya orang..hahaha..

Dua tiga hari lepas pulak, aku remove sorang hamba Allah ni..dia baru je add aku sebulan lepas..tapi tujuan dia add tu untuk mengorek rahsia seorang lagi friendlist aku..aku dah cakap tak mahu campur pun dia tetap nak tanya jugak dan akhirnya aku pun memberi kata putus..tak banyak cakap, aku pun remove..tapi bila kat luar aku still tegur dia lagi walaupun kadang2 dia buat tak nampak je..hehe..kalau aku lain sikit..kalau tak pakai spek memang tak perasan orang kat depan..nasib lah kan..hehehe..





No comments: