Friday 28 December 2012

Rezeki Aku Mungkin Sampai Di Sini


Assalammualaikum..

Lama tak update kan..mungkin agak busy layan customer..Alhamdulillah, ramai customer bermakna ada sales..aku pun dah mula seronok kerja macam ni tapi tiba2 je tadi bos aku kata mungkin office aku ni akan ditutup..sebabnya kerana pihak atasan tak nak sambung kontrak sewa office ni..memang banyak cekadak kan..bukannya tak mendatangkan hasil pun..tapi, diorang tak approve sebab tuan kedai ni tak nak bagi kerjasama..boleh pulak letak 2 nama kat situ..patutnya kena letak nama owner je..

Tak apalah, bukan rezeki aku kat sini..nak kata aku ni desperate pasal kerja, aku rasa taklah..In sha Allah, rezeki ada di mana2..orang tua aku pun dalam keadaan uzur, mungkin ini hikmahnya dan aku boleh jaga diorang dengan sempurna. Mak aku pun tak adalah naik darah tingginya tu sebab tekanan dari anak2 aku yang memang 'baik2' belaka..huhu..

Tipu lah aku kalau tak terkejut bila dengar berita ni..tapi pelan2 perasaan sedih tu hilang sebab sambil tu aku fikir dan inilah masanya..ada rezeki aku esok, siapa tahu..sebab kat situ ada bad and good news..bad sebab aku tak ada pendapatan dan good sebab aku kembali bersama keluarga..tapi, bila aku kerja ni aku sebenarnya broke..ahaha..sebab apa yang aku nak aku kena beli sendiri..kalau aku tak kerja, semua boleh minta kat menteri kewangan..hehehe..sama je..

Kebetulan Encik Hubby baru je habis bayar loan..lega lah sikit..Alhamdulillah, kembalinya aku menjadi suri rumah nanti Encik Hubby semakin lega dan tak pening kepala..sebab segala-galanya seperti sudah diatur dan memang kena dengan masanya..bila aku adukan perkara ni pada Encik Hubby, dia kata ''yelah, dah tiba masanya..'' so, aku memang tak risau dah..

Encik Hubby pun sekarang nak ambil lesen E..nak ubah angin sikit sebab offer untuk jawatan jentera berat memang agak lumayan..kerja pun tk teruk sangat..yang bestnya, banyak masa dengan keluarga..yelah, kerja sekarang ni 2 hari sekali baru jumpa. Tu pun jumpanya malam, kadang2 3 hari sekali baru jumpa..tak best kan..tapi, dah lali dah..kadang2 bila tiba masa Encik Hubby balik, boleh pulak aku cakap "alamak, balik pulak hari ni"..ahaha..siapa punya isteri la kan..tapi selalunya memang ditunggu-tunggu la..gila ko sipa tak sayang suami..hahaha...

Tu je aku nak cerita..lepas ni masa aku lagi banyak kat rumah..ada masa aku nak tengok homework Anna..eeeeiii bestnya..dulu, aku ingatkan aku tak dapat lalui benda2 macam ni. Maksud aku, masa untuk melihat anak2 membesar depan mata..tapi sekarang, Alhamdulillah aku akan lalui juga..terima kasih Allah, kerana memberi peluang berharga ini..



No comments: