Monday 3 December 2012

Cari Barang Sekolah


Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas untuk teruskan hidup..masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..super penat aku semalam..maklumlah awal bulan..semua benda nak kena buat..masak, beli barang2 keperluan, pergi kedai buku, pergi giant..ahh..memang super duper penatlah..tak ada masa yang tak diisi..semuanya complete! Kadang2 sampai tercari-cari masa yang sesuai untuk berehat..tapi tak ada..sebab tu kadang2 Encik Hubby ajak balik kampung, suruh aku rehat cukup2..aku kalau bukan kat rumah sendiri memang tak tau nak buat apa..

Dalam pada aku penat, semalam aku seronok juga..seronok sebab first time beli barang keperluan sekolah untuk Anna..aku beli baju panas, stokin dan stationery..beg dan kasut dah beli awal2..tu pun kasut ada auntie kedai cat yang bagi masa aku beli cat hari tu..sekolah tadika je pun..silap2 dia pakai selipar je pergi sekolah..hahaha..stationery cuma aku tambah2 mana yang tak ada..kebanyakkannya aku beli untuk 'spare'..tau2 lah, budak2 ni kadang2 bukan ingat barang2 dia letak kat mana..

Pensil warna aku beli brand Luna..masa kecik2 dulu memang aku teringin nak pakai color Luna..dapat lah jenis yang kecik tu satu..semalam aku beli yang 12pcs yang panjang..baru RM9.90 kalau nak dibandingkan beli kat kedai buku lain, harganya dah RM15+..kalau offer pun RM13+. Memang mahal kan pensil warna jenis ni..mungkin sebab kualiti warnanya yang cantik..

Masa kat Giant, aku beli baju panas..sehelai RM7, aku beli 2..mula2 nak beli kat Reject Shop..bila pikir2 balik, beli je lah kat Giant ni..lagipun kainnya tak panas..stokin pulak aku beli 3 pasang RM9.90..ok la tu..malas nak fikir2 dah..huhu..semua dah siap tinggal nak ke sekolah je..Anna pun ashik dok merengek-rengek bila dia nak sekolah..Moga Anna belajar rajin2 dan menempuh alam persekolahan dengan gembira..





No comments: