Friday 7 December 2012

Dah Jumaat..


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..Jumaat yang penuh barokah ini masih aku temui..syukur kepada Nya..kesulitan semalam pun sudah melega..apa sangat lah sakit yang sedikit itu kalau nak dibandingkan tanggungjawab yang perlu dipikul..lupakan sejenak, dan kembali pada insan tersayang..

Pagi ni mak aku pulak tak sihat..yelah, dia tak cukup tidur sejak bapa aku sakit ni..tengah malam kena bangun sebab bapa aku kerap buang air malam..nak suruh dia pakai diapers dia tak mahu..terpaksalah mak berkorban demi suami tercinta..tapi, tulah..mak pun dah tua jugak..kesihatan pun tak seperti dulu..

Apa yang boleh aku buat, aku suruh mak rehat je..tak perlu kisah dengan budak2..karang darah tingginya tu serius pulak..seperti biasa aku dah siapkan semua kerja2 rumah..mengemas, mencuci, memasak..mak aku cuma kena tengok2kan anak2 aku dengan anak2 abang aku..mujur Firdaus ada..aku suruh dia jagakan adik2..nasib baik boleh diharap..

Menu hari ni aku masak sambal udang harimau..memang terbaik lah! Sebab dah lama tak jumpa udang harimau ni kat pasar..rasanya lemak sedikit dibandingkan udang2 lain yang terasa tawar hebeh..huhuhu..lepas tu aku masak terung berlado..ini lagi terbaik dari ladang! Bukan nak puji masakan aku ni sedap ke hapa..tak langsung..tapi disebabkan terung yang aku beli tu sangat sedap dimasak berlado..ahaha..


Aku guna jenis terung yang ni..sangat rangup dan sesuai masak berlado sebab dia lambat empuk..masa aku google gambar ni boleh pulak keluar gambar lucah..tau2 la kan, tak payah aku nak cerita..hehehe..itu yang dinamakan kemudahan internet mudah dicapai..apa tak boleh!

Untuk budak2, aku masakkan sup bebola ayam..aku buatkan sup sibuk pulak diorang nak makan sambal udang..ngengada betul budak2 ni kan..tak apa, sup tu pun aku makan sekali..hehehe..lately ni malas aku nak amik gambar..tak tau lah bila nak rajin..hahaha..




No comments: