Friday 21 December 2012

Rasa Nak Nangis, Rasa Nak Gelak Pun Ada


Assalammualaikum..

Tak rancang pun nak tulis entry ni..tapi lepas aku conversation dengan sorang buddy aku rasa ceritanya jadi panjang dan ada pengajaran..hahaha..sebenarnya cerita dah lama tapi aku ni jenis pendam..bila aku mula cerita kat seseorang, baru aku rasa aku boleh cerita kat sesiapa pun..tu lah masalah aku..hehehe..dan dengan sikap memendam ni lah buatkan my old friend geram sangat2 dengan aku..bila aku tersebut, mulalah dia meroyan..

"Ko tak cerita kat aku pun!"

Wahaha..tu la kawan aku yang sorang tu..kalau boleh ape je cerita nak kena update kat dia..hahaha..memang kepoh! Tapi aku suka dia..straight to the point! Dia memang sangat berani..i love her..ok, berbalik cerita tadi. Aku pun pernah cerita kat bestfriend aku sebelum ni..Alhamdulillah, lega sikit..lepas tu aku cerita kat sorang lagi buddy yang memang selalu aku luahkan problem..ececeh..

Ceritanya macam ni..sepanjang 5 tahun ni aku ada beberapa problem la dengan somebody ni..dia ni memang jenis suka cari silap aku..aku pun tak tau kenapa..sebab sebelum ni memang aku tak pernah ada masalah dengan dia..mungkin puncanya sebab dia berhutang dengan kami..hutang yang bukan sikit2..tapi aku buat macam biasa je..orang tak mahu bayar, nak paksa memang boleh gaduh..tapi aku diamkan..

Dari tahun ke tahun, dia buat tak tahu..tu aku boleh sabar lagi..tapi dalam tempoh 5 tahun tu dia macam pergunakan orang keliling supaya simpati kat dia dan aku yang kat tengah2 ni rasa macam kena pulau..macam jadi orang salah pun ada..padahal..tak apa, aku masih sabar lagi..aku tengok dulu permainan dia macam mana..setakat mana dia boleh pergunakan orang..

Satu hari dia boleh cakap yang..

"Orang gemuk adalah antara ahli2 neraka."

Ok, memang sengaja aku highlight kaler merah..lepas aku dengar je, aku macam terfikir apa motif dia cakap macam tu kat aku dan yang nyata masa tu ada 2 orang gemuk kat situ termasuk aku..masa tu aku rasa nak nangis ke, nak gelak? Ahaha..aku nak gelak sebab dia memperlihatkan kebodohannya..okey, aku sebenarnya tak sangka dia buat statement macam tu..dia ada degree ok..

Kesian..susah juga kalau berpura-pura alim tapi tak tahu macam mana nak jaga hati orang di sekeliling..bukan tu je..macam2 lah dia buat serangan emosi kat aku tapi aku macam rasa bodoh jek layan orang macam ni..so, aku diamkan..tapi, jangan sampai aku explode! 

Pernah juga dia pertikaikan mengenai kegemaran anak aku pada sayur kobis..dia kata makan sayur kobis tu tak bagus. Sebab cara tanam sayur kobis tu banyak menggunakan bahan kimia..lepas tu aku terfikir, bukan ke sayur2 lain pun ada gunakan semburan bahan kimia atau dia makan sayur2 organik je? Aku tak suka argue tapi aku suka fikir semula dan apa yang aku dapat, caranya tu memang sengaja nak cari silap..

Ada satu hari tu aku ada belikan keropok Twisties..memang sengaja aku beli untuk happykan anak2 dan kanak2. Apa yang aku dapat, keluar pulak statement dari dia yang keropok tu tak boleh makan sebab mengandungi lemak babi..yang kanak2 ni pun bila dengar macam tu terus la boikot dan2 tu jugak dan yang paling banyak makan sebelum tu adalah anak dia jugak..cehh

Aku rasa dia yang nak boikot aku kot..sebab apa yang aku buat pun selalu memang tak sedap kat pandangan mata dia. Tak apalah, aku rasa dia ada masalah identiti kot..ahaha..tak ada kena mengena langsung..aku pernah jugak tanya, dia ada facebook ke tak..cepat2 dia kata tak ada..so aku pun tak ambik port la..tiba2 aku terperasan yang friendlist aku add dia..

Aku macam terpanggil pulak nak tengok timeline dia..betul ke dia? Sah memang betul..kemain tengok percutian dia bersama family tercinta..tak apalah, aku redha jek tengok gelagat dia ni..lepas ni mungkin aku tak sempit lagi bayar hutang sebab bulan ni adalah bulan terakhir..weeeee...moga Allah bukakan hati supaya hentikan sifat hipoktinya tu supaya berubah..



No comments: