Monday 24 December 2012

Musim Sekolah Sudah Hampir


Assalammualaikum..

 Tinggal seminggu je lagi Anna dah sekolah..walaupun baru je sekolah tadika, tapi aku pulak yang rasa nervous..macam aku yang nak ke sekolah..Anna okey je aku tengok, semakin bersemangat nak ke sekolah lebih2 lagi semua peralatan sekolah dah siap dibeli..semalam kami pergi cari kasut sekolah untuk Anna. Beli sepasang je sebab dah ada lagi sepasang sebelum ni. Tu pun orang bagi..hehehe..

Aku belikan kasut sekolah jenama Barbie..sebenarnya puas dah mencari, tapi disebabkan semua kasut sekolah yang berada di pasaran ni jenis tebal dan susah nak kering, aku decided beli jenama ni..boleh tahan mahal jugak..tapi tak apalah, sebab kasut yang aku beli ni jenis cepat kering..lepas tu kami pergi makan2 kat Pizza Hut..oh ya, kami semalam pergi IOI Mall je..hehehe..dekat pun dekat..kalau Shifa buat hal pun rumah dah dekat..

Tapi, mood Shifa semalam ok jek..tak meragam pun sebab masa kat Pizza tu memang puas dia makan..dia makan mushroom soup, garlic bread, pizza & spaghetti..Anna cuma makan mushroom soup & pizza je..hahaha..mungkin sebab teruja dapat kasut sekolah baru..lepas tu kami ke Giant..macam biasa la, kalau menteri kewangan ikut sekali, mesti nak singgah Giant..huhuhu..suka mak..

Lepas dah cari apa yang patut, barulah kami terus beredar balik rumah..memang tak ada aktiviti sangat pun..sampai kat rumah aku baru perasan saiz kasut Anna tu saiz 13..hahaha..dah macam saiz kasut budak darjah 3..kalau dah darjah 3, entah saiz berapa pulak la kan..ikut siapa lah tu..tapi, masa beli kasut tu aku perasan ada satu family tu anaknya dalam 4-5 orang macam tu..haaa,,,penuh satu troli dengan peralatan sekolah..entah berapa pulak bajet diorang kan..ishk3..



No comments: