Monday 3 December 2012

Jangan Mudah Cop Orang


Apa perasaan korang, bila orang bercerita tentang keburukan kita? Mesti tak best kan..baik macam mana pun kita, orang tetap nak cari silap kita..sebab apa? Sebab iri hati..kenapa nak iri hati? Sebab itulah sifat semulajadi manusia yang tak boleh terima kenyataan..yang paling tak best, bila cerita2 tu semuanya memang tak betul..nak buat macam mana? Kalau tanya aku, memang aku buat bodoh je la..manusia2 seperti ini memang buang masa je layan..selalunya mereka iri hati kat kita sebab kita berada di atas mereka..tak percaya? Percayalah..

Pengalaman aku, memang ada walaupun tak banyak..tapi kalau ikutkan hati memang sakit lah..well, pengalaman mematangkan kita..nak lawan, dah macam budak2 pulak..lebih2 lagi bila dia post kat FB..hehehe..tau lah FB ni macam mana..tapi, ada satu tu memang aku gelak..ceritanya bila si A ni memang sangat menyampah kat aku, tapi kawan si A ni pulak terover..boleh pulak dia post kat FB macam dia serba tahu..

Memang dari dulu aku tak berapa berkenan dengan kawan si A ni..dulu masa nak accept dia kat FB pun macam..mmm..nak ke tak nak ehk..tapi akhirnya aku accept jugak..selalu jugak dia PM dan komen atau LIKE status aku..tiba2 keluar pulak statement mengenai 'seseorang' yang dia post..mula2 aku tak fikir dia maksudkan aku..tapi bila dia macam dingin je kat aku, ohoo..very childish! Sometimes, age do not show a person's character..memang aku akui..tapi, tolong jangan jadi orang serba tahu kalau hanya mendengar sebelah pihak sahaja..

Apa yang aku buat, aku diam saja..bukan aku nak serkap jarang, tapi ketara sangat perubahannya tu..aku ni dah banyak makan garam..takkan aku tak tahu kalau orang tak suka dengan kita..bagi aku, kalau orang tak suka dengan kita, itu bukan perkara penting..apa yang penting kawan2 yang sentiasa bersama dengan kita..itu yang paling penting..bukan aku sombong dan kata aku tak heran sebab ramai kawan..tak..sebab aku tak nak paksa orang suka dengan aku dan aku tak suruh pun dia bencikan aku..sebab tiada keikhlasan di situ..

Sahabat baik tak semestinya mengiakan apa sahaja yang kita buat walaupun tak betul..sahabat adalah kawan yang sentiasa memberi teguran, mendengar masalah kita, memberi nasihat dan sentiasa menerima kita walaupun kita pernah buat silap..walaupun adakalanya terpaksa mendapat tempias (malu) di atas kesilapan sahabat kita. 






No comments: