Monday 24 December 2012

Memori Persekolahan


Assalammualaikum..

Bila cerita pasal persekolahan, tiba2 aku teringat memori masa aku kecik dulu..seronok bukan kepalang bila aku dah nak naik darjah satu..seingat aku, mak aku tak pernah tunjuk baju sekolah baru aku waktu tu..tau2 je dah ada..masa tu tahun 1986, semua budak2 darjah satu kebanyakkannya memakai pinafore. Termasuklah aku..peralatan persekolahan tak adalah canggih2 macam sekarang ni..

Pemilihan kelas waktu tu diberi melalui surat..kat surat tu aku dikelaskan dalam kelas 1 Merah maknanya kelas kedua..kelas pertama adalah kelas 1 Hijau..masa tu hanya ada dua kelas sahaja..tak macam sekarang..aku tengok sampai 9 kelas..humangaih..tapi aku tak kisah pun dapat kelas 1 Merah..yang penting aku dah nak sekolah betul2..bukan sekolah tadika..hehehe..

Hari pertama sekolah, bapak aku hantar..masa tu aku tengah sakit gigi..bengkak weh pipi aku waktu tu..walaupun aku masa tu baru 7 tahun, aku dah pandai rasa bengang..hahaha..kalau boleh aku tak nak orang tengok aku..bapak aku pun bawa aku ke kelas 1 Merah..kelas tu betul2 berhadapan pagar sekolah..tapi, nama aku tak ada kat list tu..makanya bapak aku pun tanya dengan cikgu..rupa2nya aku dikelaskan di kelas 1 Hijau..yeay!

Hari pertama tak ada banyak aktiviti yang cikgu beri..ada pun cikgu suruh melukis..aku duduk kat barisan hadapan tapi secara berkumpulan..group aku waktu tu macam tak nak kawan dengan aku je..macam hampeh! Mungkin sebab muka aku macam Cina semua tak nak kawan dengan aku..yelah, sekolah tu sekolah budak2 Melayu..mana ada budak2 Cina.mood aku dah mula berubah tentang sekolah..dah mula rasa tak best..huhuhu..

Bila cikgu suruh melukis, aku pun melukis, buat hal aku. Bab2 melukis ni memang sap sap soi bagi aku..hahaha..sorang2 mula dekat kat aku..masing2 mintak tolong aku lukiskan..dari situ mulanya persahabatan walaupun macam tak berapa nak ikhlas..hahaha..kat kelas aku tu kebanyakkannya anak2 cikgu..kira pandai2 la gamaknya. So, aku pun tanam semangat nak belajar rajin2..guru kelas aku waktu tu adalah arwah Cikgu Enon. 

Walaupun waktu tu kehidupan keluarga aku agak susah, sebab kelima-lima adik beradik aku bersekolah, tapi mak aku akan sentiasa pastikan pakaian aku sentiasa bersih dan bergosok. Disebabkan keluarga aku susah jugak, aku sentiasa menghargai barang2 kepunyaan aku..disebabkan itu juga aku tak kelihatan seperti anak2 orang susah sebab aku sentiasa dalam keadaan kemas..sampai darjah 6 pun aku tak pernah dapat bantuan..sedih!

Jiran2 aku semua dapat bantuan. Dapat bantuan susu percuma lah, makan percuma lah...hehehe..tapi aku tak kisah sebab aku tak suka pakai selekeh2 kat sekolah..hahaha..aku rajin bawa bekal sebab pergi sekolah pun hari2 bawa duit 20 sen..nak beli mi pun tak lepas..masa tu aku kawan baik dengan anak Cikgu Talhah, Zarina namanya..dia selalu bawak mainan kat sekolah lepas tu dia bagi aku main..siap pinjam bawa balik rumah..bila dia dah boring dengan mainan tu, dia akan bagi kat aku..hehehe..

Lepas dia kemalangan dia pindah sekolah..sedih, sebab aku dah tak ada kawan baik..dalam kemalangan tu Ibu dan kakaknya meninggal dunia. Ayah dia cedera parah dan mengalami gangguan mental. Sebab tu dia dijaga oleh neneknya. So, Zarina pun berpindah sekolah..tapi, kehilangan teman baik sepertinya tak lama sebab ada pelajar baru datang berpindah kat sekolah aku..dia duduk kat sebelah aku ganti tempat Zarina..memang aku cepat ngam dengan dia..Irdiana namanya..persamaan yang ada antara Zarina & Irdiana, mereka juga adalah anak cikgu..hehehe..

Apa yang aku pelajari tentang kesusahan, kesusahan mengajar aku erti sabar, tekun berusaha dan tidak patah semangat..sentiasa positif dan yakin boleh..kesusahan itu bukan penyebab kita tidak boleh berjaya malah aku sentiasa bersemangat untuk berjaya..mereka yang berinspirasi itu biasanya datang dari kehidupan yang susah dan aku percaya dengan quote itu..




No comments: