Friday 14 December 2012

Lama Tak Update


Assalammualaikum..

Dah banyak hari jugak aku tak update blog kan..tak ada mood lah..banyak kerja nak buat kat rumah..lepas tu sampai office aku buat kerja apa yang patut..dah tu nak mengarang pun macam lemau jek kan..ada cerita, tapi mood tak ada..banyak jugak cerita yang aku tak publish..tu gara2 tak ada pengisian..aku nak tulis blog pun bukan nak cerita kosong2 semata..mesti ada pengisian..

Isnin hari tu aku balik awal..abang aku datang cakap yang mak aku collapse kat rumah..tak ada dakwa dakwi aku terus je balik..kat dalam kepala aku masa tu dok fikir mak aku ok ke tak..sempat lagi fikir macam mana dengan bapak aku? Siapa nak papah dia pergi toilet? nasib baik ada anak sedara aku Firdaus..boleh jugak dia tolong2 tengokkan anak2 aku..

Sampai je rumah, mak aku dah sedar..baru lepas muntah sebab mak aku kata kepala dia pusing..aku suruh mak aku siap2 dan abang aku hantarkan pergi klinik..lepas mak aku pergi klinik, aku makan dulu..masa tu hujan, dan perut aku memang lapar tahap gaban! Lepas tu terus mandikan anak2 aku..kemas2 umah dan mandikan bapak aku..settle kerja, mak aku pun balik..doktor suruh refer hospital..

Dalam pukul 8.00 malam baru mak aku pergi hospital..pukul 11.30 malam baru mak aku balik..lama gila..rupa2nya doktor suruh rehat kejap sebab nak tengok tekanan darah mak aku macam mana..masa sampai tekanan darah mak aku memang tinggi..lepas dah turun sikit tekanan darah, baru doktor suruh balik..kalau tak, mak aku kena tahan wad..

Esoknya aku ambik cuti..nak suruh mak aku rehat cukup2..kakak ipar aku pun ambik halfday..so, hari Selasa tu mak aku berehat sepuas-puasnya..nak bangun pun kepala pusing..apa lagi nak layan anak2 aku yang 'baik2' tu..disebabkan mak aku telah dikuarantin di biliknya, maka semua urusan mak aku, aku kena settle..hehehe..

Aku kena mandikan bapak, pakaikan baju, hantarkan dia ke toilet dan seterusnya..alhamdulillah, hari tu anak2 sangat behave..jadi, tak adalah darah aku yang naik pulak..ahahaha..esoknya, mak aku dah bertambah baik..sesekali naik juga darahnya bila mengenangkan budak2 buat perangai..so, abang aku decided, sementara cuti sekolah, Firdaus jaga adik2 kat rumah..makanya, mak aku boleh rehat..bukan apa, dak Asyraf ni memang terkenal dengan 'kebaikannya'..huhuhu..

Aku doa agar mak aku cepat sembuh dan bapak aku sihat sentiasa..aku juga berdoa agar aku diberi kesihatan yang baik dariNya..aku tak rasa ini suatu beban..sebab memang inilah masanya aku membalas segala jasa2 diorang..bukan senang nak dapat pengalaman macam ni..sesuatu yang Allah nak berikan ganjaran pahala sudah berada di depan mata, jadi harus aku ambil peluang ini..




No comments: