Thursday 31 October 2013

Minggu Yang Tak Berapa Ada Mood


Assalammualaikum..

Dah beberapa hari dah aku tak berapa ada mood nak blog..nak kata busy sangat pun tak jugak tapi malasnya mengalahkan apa..tengok tv pun tak pernah habis ceritanya..tapi aku selalu la blogwalking..sebab aku suka baca blog orang..haha..

FB pun aku baca status orang..kadang2 nak juga aku komen, tapi bila aku rasa komen aku tu nanti tak dialu-alukan, lebih baik aku jadi silent reader je..tak merajuk ya, jangan salah faham..sebab aku ni kadang2 nak komen pun ikut mood line tenet sebab aku suka pakai handphone je..

Serius aku cakap, bila aku komen, mesti keluar sampai 4-5 komen yang sama..lepas tu nak delete semua komen tu makan masa..lama2 aku aku naik menyampah pulak nak mengomen..tu yang kadang2 rasa nak tercarut jek..hahaha..tapi, tak sempat sebab kesabaran masih ada lagi..geram kat hanphone nak maki hamun dapat apa?

Tapi dah dekat seminggu ni aku memang tak ada selera nak makan..tekak tak rasa apa2..yang aku rasa cuma loya dan pening kepala bila aku masak..tak tau kenapa..tapi jangan ingan aku pregnant pulak..haha..lastly aku telan bubur ayam McD jek..tu pun tak berapa nak jalan..hari ni Encik Hubby belikan aku air Tropicana Twister perisa oren..mana tau selera aku datang balik..

Sepanjang aku tak ada selera nak makan ni, memang aku tak teringin langsung nak makan apa2 yang best..Encik hubby pelawa makan kat luar pun aku tak nak..besar betul dugaan yang Allah bagi kat aku sebab selama ni tolak batu dengan kayu je..semua aku bedal..hahaha..

Malam semalam, perut aku memulas-mulas..dihidrasi melampau juga la..nasib baik 3 kali je aku keluar masuk toilet..lepas tu dah ok balik..peliknya, aku tak makan apa2 pun..mungkin ini sebahagian toksin yang keluar dari badan..nak sedapkan hati..ekekeke..

Tengok la esok, ok ke tak..doakan aku berselera balik ya..sebab sepanjang aku tak ada selera ni, aku tak rasa pun badan aku dah kurus..hehehe..bukan apa, aku takut kesihatan aku terjejas sebab badan nak pakai lama..anak2 kecik2 lagi pulak tu..huhuhu..



Thursday 24 October 2013

Penjagaan Diri Anak-Anak


Assalammualaikum..

Hari ni nak cerita pasal penjagaan diri anak2 aku..hehe..anak2 pun ada penjagaan diri jugak kan..ok lah aku cerita serba sedikit tentang barang2 jagaan diorang ni..masa aku kecik2 dulu tak ada benda ni semua..pakai sabun buku je dah setel..hahaha..tu dulu kan..mak aku tak mampu lagi..


Ni dia shampoo dan mandian yang selalu anak aku gunakan..kalau beli shampoo jenis lain mesti aku tak puas hati sebab mudah kusut..tapi yang ni tak kusut pun..bila rambut dah kering, rambut diorang nampak berkilat dan melengkung ke dalam..kira cantik la..kalau tak rambut anak aku mesti tak cantik..nampak freezy macam iklan Dove tu..haha..

Yang ni shampoo haruman bergamot..memang wangi baunya..dia ada 2 jenis haruman..yang satu lagi aku tak ingat apa harumannya..botolnya warna hijau..yang sebelah dia tu mandian haruman strawberry..harum sangat2..selain haruman strawberry, ada haruman oren, pun harum baunya..


Gambar ehsan google

Yang ni pek lama..sekarang botol dia warna hijau tapi pek macam yang kat atas sekali tu..mula2 aku tak tau pun dia dah tukar pek..jenuh jugak mencari..akhirnya aku belek2 kat Tesco, bila aku test baunya, memang sah inilah shampoo yang selama ni aku cari..

Boleh didapati di butik Anakku dan di Tesco dengan harga RM9.90 sahaja..cuba la!




Monday 21 October 2013

Rahsia Kecergasan


Assalammualaikum..

Apa khabar bloggers? Sihat2 belaka la hendaknya ya..alhamdulillah, aku sihat2 saja..bila permulaan entry begini, bukan aku bajet ramai follower pun..hahaha..tapi aku tau, ramai yang layan blog merapu aku ni..aku menulis pun sekadar suka2..adatlah, bila kita publish, sikit sebanyak ada juga yang tersinggah blog aku ni kan..banyak2 terima kasih ya, sebab sudi baca blog aku yang poyo ni..hehehe..

Keadaan kesihatan pun bertambah baik walaupun kadang2 aku ni ada masalah piyed yang lambat berhenti..disebabkan aku dah dua kali bersalin sizer, kadang2 terasa pedih2 kat area sizer tu..dulu tak rasa macam ni pun..sekarang, nak bersin kena berada di posisi yang betul even umur Shifa pun dah 2 tahun lebih..kalau tak, aku akan merasa sangat sakit kat bahagian tu..terasa macam nak terburai perut..

Kalau rasa nak bersin, aku kena baring mengiring then bersin la dengan style kepit..hehehe..dah macam baru lepas bersalin pulak kan..tapi tu lah dugaanku..sob sob..bagus jugak kan, baru sopan sikit kalau bersin..kalau tak, bukan senonoh pun aku bersin..hahaha..main bersin sesuka hati jek..tapi kat rumah la..kalau kat public aku buat perangai tak senonoh tu memang tak la..haha..cover..psz..psz..gitewww bunyiknya..kihkihkih..

Ok, sebelum ni pun aku ada masalah kesihatan lain..biasa la, bila umur dah meningkat ni macam2 penyakit datang..lebih2 lagi aku ni memang banyak kerja yang guna tenaga dan tulang empat kerat..masa keje dulu lagi la..kat tempat kerja lain, kat rumah lain..terkejar-kejar macam pelesit..tapi masa tu rasa diri ni muda lagi, masih kuat, lupa yang suatu masa aku pun akan lemah..

Masalah utama aku adalah sakit kaki..mak aihhhh..kalau datang sakitnya nak jalan lama pun sakit, nak berdiri lama pun sakit, nak solat pun kadang2 sakit time duduk antara dua sujud..masa mula2 time solat je kaki aku tak sakit..lama2 aku bangun dari duduk kat kerusi pun kaki aku sakit..opismate aku dulu sakit kaki siap kena inject kat tumit..hadoiii! Bayangkan jarum panjang 2 inci! Agaknya, itulah efek aku kerja kat situ..mana taknya, banyak kena berjalan dari duduk..

Tapi, sejak aku minum minuman kesihatan yang Encik Hubby perkenalkan, masalah sakit kaki aku dah berkurang..badan terasa ringan, kadang2 bajet dah kurus pun ya jugak..hahaha..betul, aku tak tipu..Encik Hubby pun dah nampak susut..mak mentua yang dulunya terbongkok sebab menahan sakit pinggang yang kronik pun dah boleh berjalan tegak..mak aku pun, aku dah boleh ajak pergi shopping..dah tak sakit dah lututnya..


Inilah airnya..mulanya Encik Hubby beli untuk kegunaan diri dia yang kerja berat dan travel jauh..bila dia rasa badan pun ringan, dia pun suggest kat aku..mula2 pun aku minum untuk menambah tenaga sebab aku bergerak dan bekerja (even dok rumah pun) start pukul 5.30am-12.00pm/1.00am..tu pun kadang2 sampai pukul 2.00am sebab aku ralit siapkan bahan untuk breakfast esoknya..yang buat terbabas, bila aku prepare breakfast dengan lunch terus..haha..esoknya aku terus boleh masak untuk lunch sebab aku kan baby sitter..kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan..hehehe..

Tapi tak selalu lah..aku kena manage masa betul2..tak boleh skip masa..kalau ada yang terluang sikit pun aku kena advance kerja yang seterusnya..end up baru aku dapat reward iaitu dapat rest awal..kalau tak, semua tertangguh..dan itu menyebabkan kerja aku sampai bila2 pun tak habis walau hakikatnya memang tak pernah selesai pun..tapi, yang penting semuanya rapi..

Oh ya, air ni banyak khasiatnya..nanti lah aku cerita pasal air ni ya, sebab brochure takde pada aku sekarang..berisipadu 500ml berharga RM3.80 sahaja sebotol..air ni baru sahaja launch dan masih belum luas lagi permintaannya..Encik Hubby pun sejak minum air ni dah jadi wakil penjual, tu pun masih baru lagi..tapi, Encik Hubby berniaga bukan harapkan keuntungan, cuma mahu membantu mereka2 yang memerlukan..harga pun berpatutan..setakat telan air je memang aku ok jek..jangan suruh aku telan macam2, memang tak le..hehe..





Wednesday 16 October 2013

Jangan Bersedih


Assalammualaikum..

Bersedih? Setiap dari kita pasti pernah bersedih kan..hidup mesti diteruskan..walaupun kita bersedih, tak bermakna kita akan terus bersedih..kerana kesedihan tu satu permulaan untuk kita sedar dan perlu berusaha untuk keluar dari zon kesedihan..

Selalunya kita sedih sebab kita gagal..gagal dalam kehidupan seharian, gagal dalam mengejar cita2, gagal dalam bercinta..percayalah..semua kegagalan itu satu permulaan untuk kita meneruskan kehidupan..disebalik kegagalan, di situ ada jalan kejayaan jika kita sentiasa berusaha mencarinya.. 

Bila kita sentiasa berfikiran positif, kejayaan pasti menunggu..pokoknya kita kena banyak bersabar selain berusaha dan berdoa..usaha tanpa doa tak akan jadi juga..begitulah sebaliknya..tadi aku layan Youtube, lama betul aku tak layan lagu..yelah, manalah aku sempat nak layan kan..ni pun sebab anak2 dah tidur..hehe..

Cari punya cari clip, aku terjumpa clip video ni..


Ini adalah antara contoh terbaik bagaimana mereka berusaha untuk berjaya..lihatlah bagaimana Yuna sekarang..walaupun dia tak berjaya mengasah bakatnya dalam OIAM, tapi dia berusaha mencari jalan lain demi mengejar cita2nya..

Mereka yang telah berjaya pasti pernah melalui kegagalan..lihatlah samada artis2, usahawan2 di barat..orang2 ternama seperti mereka dalam golongan A-list semuanya mempunyai sejarah kegagalan masing2..sebab itu, bila kita gagal, jangan terlalu bersedih..aku pun pernah juga gagal..nak kata sekarang berjaya sangat pun tak juga..tapi aku cuba memperbaiki diri..sebab disebalik kelebihan, pasti ada kekurangan..


P/S: cute la Yuna masa tu..hehe..



Cerita Aidiladha


Assalammualaikum..

Apa khabar? Aku sihat jek..masih belum terlambat aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada yang rajin membaca blog yang tak berapa nak best ni..hehehe..aku sambut Aidiladha kat rumah mentua tahun ni..makanya, aku kena siapkan lauk pauk raya sebelum aku balik kampung..

13.10.13-Aku pergi beli barang basah kat TJ Mart dengan mak aku..masa ni Encik Hubby masih kat Kota Bharu..kali ni aku cadang nak beli ayam 2 ekor jek..selalunya beli sampai 4-5 ekor, dah macam nak raya puasa pulak..bila aku fikir2 balik, untuk tidak berlakunya pembaziran, aku beli 2 ekor ayam jek..beli besar sikit..daging 1 1/2kg, udang 1/2kg untuk kuah lodeh dan beli sayur macam biasa..Sampai kat rumah, aku siap bersihkan dan potong sekali sebab itu je masa yang aku ada..

14.10.13-Aku ingatkan Taqris ada, rupanya bonda dia cuti 2 hari..ok, alhamdulillah..dipermudahkan..siap2 masak untuk tengah hari aku masak asam pedas ikan parang, kentang goreng kicap dan pak choi goreng..setel je masak, aku siapkan bahan utntuk masak lauk raya..sementara tu mak aku uruskan ketupat..

Encik Hubby kata dia sampai petang, aku cepat2 la masak..tapi sampai aku siap masak pun dia tak muncul2..adeh..aku risau..tak lama tu dia call kata dia sampai lepas Maghrib..aku lega..aku siap masak sebelum pukul 7.00 malam..Encik Hubby sampai, aku siapkan makan malam dulu dan sementara tu aku kemas semua barang yang nak dibawa..

Hajat hati memang aku nak puasa, tapi disebabkan aku piyed..tu yang terbantut niatnya..sedih weh..sampai kampung dalam pukul 10 lebih..sampai2 je ipar duai aku buat bbq..apa lagi, ambil pinggan terus ceduk makanan..hahaha..huduh betul perangai..ekeke..seronok bila dapat berkumpul..badan yang tadi mulanya penat terus lega..

15.10.13-Aidiladha sudah tiba..siapkan anak2, berkumpul dan makan2 bersama keluarga..lepas tu tengok jiran sebelah buat ibadah qurban..anak2 tak ikut sebab busy bermain dengan sepupu2 diorang..aku pergi dengan kakak ipar dan anak saudara aku jek..Encik Hubby pulak sibuk melapah daging qurban..alhamdulillah, kami dapat banyak daging qurban yang disedekahkan..moga rezeki mereka berlipat kali ganda..amin..





Friday 11 October 2013

Rewind Zaman Dulu


Assalammualaikum..

Hari ni adalah hari busy aku..hahaha..tetiba je nak busy kan..ini kerana Encik Hubby dengan tetiba kena pergi outstation lagi..haih la, ingatkan dah nak dekat raya haji ni tak payah la nak kena travel jauh sebab kerja..rupanya ada jugak..takpe lah, demi mencari rezeki untuk keluarga kan..

Dulu, masa first time Encik Hubby kena outstation, aku rasa macam tak best jugak..baru kahwin dah kena tinggal..hahaha..tapi sebenarnya tak terasa sangat pun sebab masa bertunang dan berkawan pun kami memang jarang jumpa..dua minggu sekali pun payah..kadang2 berbulan jugak la..

Alhamdulillah..kuat betul jodoh kami kan..hehe..mula2 macam tak percaya yang kami ni ada jodoh..kenal pun kat chat room..jumpa pun main nekad jek..haaa..bab yang nekad tu adik2 kat luar sana jangan ikut ya..kakak ni memang jenis gamble..selamba rock jek tapi ramai lelaki yang gerun..hahaha..

Kita sebagai kaum yang lemah jangan tunjukkan diri kita ni lemah..jangan tunjuk kuat sangat nanti orang dengki..hehe..jangan tunjuk apa2, tapi kena tanamkan sifat berani dan kuat semangat..jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang kita tidak kenali..

Bukan tak boleh percaya, tapi di awal perkenalan biarlah kita jual mahal..jangan sesekali kita bagi pinjam duit walaupun kita dah bertunang sebab bertunang bukanlah tiket untuk kita percayakan pasangan kita 100%..sebab duit ni memang ibu segala punca keretakan..bukan semua, tapi rata2 cerita yang aku dengar memang begitu..kalau kita boleh elak, seeloknya kita elakkan..

Tapi tak bermakna bila kita ni lokek nak bagi pinjam, kita pulak dok kikis duit diorang..tak elok tu..karang korang tak dapat kahwin baru tahu..ahahaha..walaupun kita kena bertolak ansur, sebolehnya janganlah melibatkan wang yang banyak..setakat dua hengget pun nak berkira, aku tak tahu lah spesis macam ni ada ke tak..ahaha..

Masa aku bertunang dulu, aku suka belikan sesuatu..aku pernah belikan handphone masa birthday Encik Hubby walaupun tak mahal..hehehe..belikan baju, pouch bag, emmm..apa lagi? Aku pun tak ingat dah..tapi yang biasa2 la..tak ada la yang mahal sangat..cuma barang hantaran je aku beli yang mahal sikit..mahal sikit je..hehehe..

Itu je la kenangan masa sebelum aku kahwin yang aku ingat..sebab tak banyak kenangan pun sebab jarang jumpa kan..tu yang dah terbiasa kalau sekarang ni pun jarang berjumpa..bila dah ada anak, memang mulanya kelam kabut sikit, tapi bila kita dapat sesuaikannya, in shaa Allah ia akan jadi mudah..satu je, bila kita serabut dengan kehidupan dan dugaannya cubalah cari penyelesaiannya..setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian..in shaa Allah..





Monday 7 October 2013

Misi Mencari Handbag Baru


Assalammualaikum..

Hurmm..lama dah menyimpan ni..dok pikir apa yang nak dibeli untuk dilekatkan..aku ni jenis yang suka bila dapat duit kerana sesuatu, kadang2 aku beli sesuatu untuk kenangan..fikir punya fikir, baru aku terfikir yang aku ni lama benar tak membeli handbag..last aku beli 2 tahun lepas..dah hancur dah handbag aku tu walau masihku usung kesana kemari..hehe..

Tapi, lately ni aku dah tak usung handbag tu dah..sebab memang dah nazak sangat dah..ahaha..lain masa aku kerja dulu..handbag masih elok, aku dah beli yang baru..sampai tak muat almari dah..bila sekarang dah tak kerja, kuasa membeli dah tak ada dah sebab bukannya aku hari2 keluar..bila tengok balik handbag lama yang jarang aku pakai tu pun dah rosak..cuma ada 3 biji handbag je yang masih elok..tu pun handbag hantaran kahwin dulu..hehe..nasib baik still in lagi..tapi aku sayang nak lenjan..

Kalau orang tanya jenis handbag pilihan aku, aku rasa aku lebih suka pakai tote bag je memandangkan anak aku kecik lagi, senang aku nak isi segala mak nenek tanpa menjinjing 2-3 barang kan..ahaha..opkos tote bag yang besar la..tapi, aku perlu juga handbag yang simple untuk sesuaikan majlis..maknanya aku kena beli 2 handbag..hahaha..

Kalau boleh handbag aku tu tak mahu la yang dari jauh dah nampak label..hehe..corak monochrome pun aku kurang gemar sebab boleh menampakkan jenama handbag yang aku pakai..sebenarnya bukanlah jenama menjadi keutamaan..yang penting ianya benar2 praktikal..paling best kalau ada yang hadiahkan..ahahaha..

Setiap orang mesti ada handbag impian even sampai sudah pun kita tak mampu..hahaha..aku pun macam tu jugak..tapi, kalau ada patern yang menyerupainya pun aku suka jugak..janji murah tapi tampak mahal..ahahaha..ada ke? Hehehe..



Tuesday 1 October 2013

Berbaloikah?


Assalammualikum..

Kalau aku kayaaaa...hahaha..hari2 dok dengar lagu tu kan lately ni..hehe..nak gelak pun ada bila dengar lagu tu..bait2 lagu tu merujuk kata2 cliche sebelum kaya..ahaha..betul tak? Kalau tak betul takkan ada pepatah ''besar periuk, besar juga keraknya''. Macam2 kita nak buat sebelum kita kaya..tapi bila dah kaya, macam2 benda kita nak buat dengan duit tu..itu bagi yang lupa diri lah ya..kalau orang yang masih tahu dan bijak menggunakan kekayaan yang ada, in shaa Allah segalanya akan menjadi apa yang kita harapkan sebelum ini..

Tapi aku pernah baca artikel mengenai seorang pengasas produk kecantikan ni..memang aku salute lah..dalam artikel tu dia ceritakan mengenai cara dia membelanjakan keuntungan yang dia perolehi..bayangkan seorang jutawan yang waktu itu memiliki RM100j dalam akaun hanya memandu Myvy sahaja..dan sekarang, pastinya amaun akaunnya bertambah, dia hanya menukar kereta Myvynya kepada kereta Toyota Prius..

Usahawan beginilah yang kita mahukan..masih merendah diri walaupun sudah bergelar jutawan..kadang2 tu, ada yang baru dapat kerja best sikit dah berangan nak pakai kereta itu kereta ini..bukan aku nak kondem minat orang terhadap kemampuan mereka sebab aku tak berada dalam lingkungan mereka..tapi, rasanya aku pun kena melatih dan belajar menjadi lebih sederhana..

Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal tudung yang berada di pasaran..adeh la..melambak-lambak macam goreng pisang panas..dari yang semurah-murah harganya hingga yang semahal-mahalnya..tapi aku ni kategori pemakai tudung yang kalau boleh murah dan cantik..ehehe..kadang2 nak juga beli tudung yang mahal sikit tapi setakat RM50 tu ok lagi la..tapi kalau dah harga sampai beratus-ratus tu memang tak masuk akal..lebih2 lagi tudung tu macam tak ikut syariat seperti jarang, singkat dan sebagainya..

Tu lah kan..kadang2 kita ni tahu cakap jek sebab kita tak mampu lagi..kalau beduit, harga dah tak penting dah..tapi make sure anak2 aku aku dulukan..ada juga kenalan aku ni pakai tudung mahal tu..bagi aku tak salah kalau dia mampu..tapi, kalau anak2 pun macam tak semenggah bajunya, lebih baik aku gunakan duit beli tudung mahal tu dengan baju2 anak2 aku..bukan sehelai dua, berhelai-helai aku tengok..dah macam fever je aku tengok sebab berlumba-lumba nak pakai tudung macam tu..

Rasanya, kalau tak ada tudung macam tu memang tak sah..ada juga kawan aku offer beli tudung tu dengan dia..tapi aku tolak secara baik..bukan aku tak boleh beli..tapi, aku rasa macam tak berbaloi..lagipun aku bukan type yg pakai tudung macam tu..maaf la kalau ada yang terasa..tapi kalau tanya aku la, memang tak berbaloi bagi aku dan mungkin kalau aku beli, lepas tu aku akan menyesal berhari-hari..hahaha..