Monday 30 September 2013

Surprise! Surprise!


Assalammualaikum..

Surprise! Hahaha..terkejut juga lah sebab tiba2 je Encik Hubby balik..hehe..ingatkan lama lagi dia outstation..tiba2 muncul..Shifa yang mulanya demam pun baik terus..kesian anak dara aku yang sorang tu..demam rindu rupanya..sebenarnya Encik Hubby balik Jumaat hari tu..disebabkan dia balik, tak sempat2 aku nak update blog..hahaha..

Ngengada sungguh kan..tapi Encik Hubby balik kejap je..lepas tu dia kena pergi lagi, tapi tak tahu bila..Jumaat tu pun dia balik dah petang..Sabtu dia cuti dan Ahad tu dia kena kerja semula..disebabkan hari Sabtu tu je masa yang kami ada, maka kami ambil keputusan mencari destinasi untuk memanfaatkan masa yang ada..

So, aku yang decide pergi zoo je..hehehe..tempat tu je lah yang buat anak2 aku happy sebenarnya..kalau pergi shopping ni serius diorang memang tak berkenan..asal masuk shopping kompleks je anak2 aku mesti buat hal..baru masuk shopping kompleks je dah huru hara..nak makan la, nak tu la, nak ni la..haih..tanda protes je tu..


Suka betul Shifa dengan burung..excited sungguh!


Terharu sungguh tengok kawan tu kan..tunggu siapa la tu..huhu..


Yang ni memang tengah frust kot..ehehehe..


Rilek kejap..sebenarnya tak la penat mana..aku kesiankan mak, takut dia penat..air dan anak2 aku memang tak boleh dipisahkan..haha..


Lepas tu kami singgah ke ZZ Sup Tulang kat Jalan Petrie..kat situ aku order Mee Rebus Tulang yang sangat mabeles..anak2 dengan mak aku order nasi ayam dan Encik Hubby order mee rebus sahaja..

Balik rumah terus lepak..rehat2 kejap lepas tu busy buat kuih buah Melaka..lepas buat kuih, baru aku masak untuk makan malam..masak simple2 je..sambal tumis, ikan tamban goreng dan lemak labu..sambil2 aku taip blog ni tiba2 aku ada idea..tapi, nantilah aku cerita sebab benda ni baru dalam perancangan..hehe..




Saturday 28 September 2013

Hmmm..


Assalammualaikum..

Lama dah aku fikir benda ni..tapi aku pendam jek..bukan aku sengaja nak buat keputusan macam ni..bukan juga sebab terpaksa, tapi sebab aku yang putuskan untuk buat keputusan ni..ya aku tahu aku belajar tak tinggi mana..dulu aku ada kerja best, tapi aku berhenti..sebab memang aku dah fikir semasak-masaknya..

Bila orang dok cakap kenapa, aku tak pernah cakap in detail..kadang2 jawapan aku macam tak ada..macam aku saja suka2..bila aku di offer kerja selepas aku berhenti kerja kat tempat lama tu, aku terus terima sebabnya adalah satu..aku nak jaga orang tua aku..

Lepas kerja baru aku dah tamat kontrak, itu sebagai pembuka jalan sebenarnya..aku kena jaga orang tua aku..sebelum arwah bapak meninggal, sebenarnya aku tak pernah tidur lena..dari zaman anak dara lagi..bila orang dok pertikai kenapa aku masih di Kulai, aku tak kecik hati sikit pun..sebab mereka tak tahu pun..

Bukan aku tak pernah dapat offer kerja kat KL..bukan tak ada peluang kerja yang membolehkan aku mencari pengalaman luar dari Johor..sebab aku masih ada tanggungjawab aku kat sini..memang betul aku ada adik beradik yang lain..diorang pun ada tanggungjawab diorang dan sampai masa aku kahwin, aku pun ada tanggungjawab juga..

Sekarang aku masih ada tanggungjawab untuk jaga mak aku..ada juga yang cakap, aku muda lagi kenapa berhenti kerja pulak..kadang2 nak juga aku balas..tapi aku tak tahu nak cakap macam mana..tak tahu macam mana nak explain untuk mereka takkan tanya lagi..

Masa aku kahwin dulu pun aku buat kecil-kecilan jek..pada aku kalau boleh aku tak nak bersanding, cuma inginkan persalinan yang boleh dijadikan kenangan..urusan perkahwinan aku, semua aku buat sendiri..tak ada sesiapa yang sponsor pun..kalau sesiapa yang datang majlis aku tu mesti ada yang pelik, aku anak bongsu, tapi majlis macam tak semenggah..

Sebab apa? Sebab aku pun bukan orang senang..orang tua aku pun dah bersara dan tak ada duit pencen yang diorang terima tiap2 bulan..pilihan apa yang aku ada? Tak ada pilihan, selain aku kena usaha sendiri..Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..bersanding juga aku sebab nak tunaikan keinginan mak aku..tapi, sampai sekarang mak aku tak tahu tiap2 malam aku menangis menjelang hari perkahwinan aku sebab semua benda aku urus sendiri..

Pasal duit, memang aku usaha sendiri selain wang hantaran yang aku terima..itu pun macam2 dugaan juga lah..tengah aku sibuk uruskan beli barang2 kahwin, ada juga kawan yang nak pinjam duit..ada tak ada, aku pinjamkan juga sebab aku tak sampai hati sebab dia betul2 ada masalah..aku pejamkan mata pinjamkan dia duit walaupun aku betul2 memang nak guna duit..

Tapi Alhamdulillah, semua kesempitan aku hadapi semua dipermudahkan selepas majlis perkahwinan..semua perbelanjaan perkahwinan dapat aku setelkan..apa yang aku tahu, aku ni ada 'instinct'..bila aku rasa sesuatu keputusan yang aku buat tu betul, in shaa Allah ianya betul..sebab tu bila masalah datang, kalau aku tak rasa nervous, maknanya tak ada apa yang perlu aku risaukan..macam juga keputusan berhenti kerja dulu..

Sekarang ni aku still nak duduk rumah sebab mak aku tak berapa sihat..aku takut dia collapse masa aku tak ada..kalau aku pergi mana2 memang aku bawak mak aku sekali..kalau balik kampung, make sure ada yang tolong jagakan mak aku..itu pun tidur aku memang tak pernah lena..jiran2 aku je la yang tahu macam mana aku kat rumah..

Satu perkara bila kita menghadapi kesempitan hidup, jangan sekali-kali kita give up..banyakkan doa dalam solat..sebab bila aku ada masalah, aku jarang fikirkan masalah..aku fikirkan benda lain je..percayalah, jika kita sabar, Allah gantikan kesenangan suatu hari nanti..sebab janji Allah itu pasti..jangan menyesal kerana kita tidak senang macam orang lain..sekurang-kurangnya kita senang dengan apa yang kita lakukan..masih dapat makan sedap2 walaupun masak sendiri..









Wednesday 25 September 2013

Bila Ketiadaan Hubby Kat Rumah


Assalammualaikum..

After a few days tak hujan, hari ni pagi2 lagi dah hujan lebat..alhamdulillah..macam best je kan kalau dapat tidur..tapi, bila fikir balik, banyak lagi benda yang aku nak buat walaupun aku dah siap mengemas dan cuci kain..aku belum masak lagi..hehe..apa lagi, aku pun siapkan lauk tengah hari..masak yang simple2 jek..singgang selar kuning, kobis goreng dengan sambal belacan..

Start minggu ni bonda Taqris kerja divided..maknanya, tak ada lagi aku cuti panjang..hahaha..Sabtu dengan Ahad je aku cuti..pukul 7.00 pagi dia hantar dan dalam pukul 6.30 petang baru dia jemput..itu pun kalau jalan tak jem sebab bonda Taqris study kat Hospital Kempas..

Setahun juga dia study sebab staff nurse macam dia ni sampai satu tahap memang kena attend course..lepas ni mungkin dia akan jadi Sister..sebelum ni bonda Taqris terima Anugerah Khidmat Cemerlang, memang cepat la dia naik pangkat..alhamdulillah..bonda Taqris yang aku kenal, dia memang seorang yang baik..jenis tak kisah pun even anak aku selalu buli anak dia..hahaha..

Sepatutnya hari ni aku nak masak pulut kuning sikit..hehehe..sebab aku memang dah berhajat nak masak pulut kuning sempena Anna naik Al-Quran hari ni..tapi, stok pulut habis pulak..nak beli kat van sayur, dia pun kehabisan stok jugak..macam ni la, bila Encik Hubby outstation, transport pun dia tak tinggalkan..

Memang selalu pun macam tu..aku kat rumah kena pandai2 la bajet..biasanya, sebelum Encik Hubby outstation dia akan bawa kami pergi shopping barang dapur..semuanya kena extra..walaupun kadang2 aku rasa macam membazir, tapi sampai suatu masa benda tu kita perlukan jugak..

Dari rumah memang aku listing siap2 barang yang nak dibeli..segala mak nenek aku kena tulis walaupun nampak macam remeh..karang bila kita perlukan masa tu tak ada..biasanya Encik Hubby akan beli sekali frozen food untuk kudapan..aku tak kisah pun kalau tak ada..tapi Encik Hubby ni jenis kesian kalau anak bini dia asyik makan benda yang sama je..masalahnya, fridge aku ni karang tak muat nak isi, barang basah lagi..hehehe..

Duit untuk kecemasan pun Encik Hubby sediakan..pandai2 la nak guna..mana tau kot2 anak2 demam ke..pernah juga aku tiga beranak demam..pergi klinik, cukup2 duit kecemasan tu je..nasib baik ada juga aku income..selalunya, time Encik Hubby tak ada, time tu la nak guna duit..kang sekolah Anna ada jual buku la, jual cd la, macam2..

Susu dengan diapers pun beli extra sebab Encik Hubby selagi tak beli extra memang tak senang dia nak pergi outstation..hahaha..dari dulu lagi, kalau bab susu ni kadang2 sampai aku kena tulis tarikh sebab belum habis setin, Encik Hubby dah beli lagi..lama2 bertin-tin stok susu kat store..tambah lagi sekarang ni Anna dah kurang minum susu..sampai aku kata dah2 la beli susu Anna ni..takut expired jek..

Hari ni Shifa pulak demam..disebabkan ada pengalaman atasi demam sewaktu ketiadaan ketua keluarga, makanya stok ubat-ubatan pun kena ada..sebenarnya, pengalaman juga boleh membuatkan kerja kita jadi mudah..itu pun kalau kita betul2 bersedia dan tak panik..hehehe..

Tak ada perkara yang kita buat tak pernah gagal..sebenarnya kegagalan itu satu permulaan untuk kita berjaya..pernah kawan aku cakap, ''kau kena bodoh dulu baru datangnya pandai''..kedengaran macam sangat kasar, tapi itulah hakikatnya..maksudnya bila kita membuat kesilapan, kita akan memperbaikinya sehingga kita benar2 mahir dalam sesuatu perkara itu..practice makes perfect!




Tuesday 24 September 2013

Kenal Dulu Baru Tahu


Assalammualaikum..

Beberapa hari yang lepas aku dok ralit baca status2 kat fb..kadang2 aku ni jarang baca semua status friend list sebab aku biasa online pakai phone cikai..hahaha..tapi, disebabkan handphone tu sangat praktikal buat aku dan jimat kredit, makanya aku online pakai handphone tu je la..disebalik kebaikan, ada juga kekurangannya..aku akan menghadapi masalah bila tengok status2 yang terdahulu..lambat! Sebab tu aku cuma baca status2 baru dan yang terdahulu tu aku memang terlepas pandang..

''Kadangkala orang sombong bukan terlihat disebalik rupanya..
Adakalanya ia terlihat di sebalik hatinya''

Lebih kurang begitulah isi kandungannya..aku fikir2 ada juga kebenarannya dan memang selalu jugak la berlaku depan mata..dan aku nak tambah sikit, ''kebaikan dan seseorang juga bukan terletak pada rupanya, adakalanya ia juga terletak pada hatinya''..faham tak? Buat2 faham je lah..hahaha..

Ayat pertama tu memang selalu terjadi pada aku..orang anggap aku ni sombong sebab muka aku nampak garang..hahaha..boleh? Aku tak kisah dan aku tak salahkan diorang sebab dah memang rupa aku macam ni dan diorang tak tahu aku ni jenis yang macam mana..yang penting hati.. tapi, adakalanya raut wajah nampak sangat manis dan tanpa kita duga orangnya sangatlah sombong dan bongkak..ha, yang ni aku pernah jumpa..

Kesimpulannya, jangan menilai orang jika kita tak kenal hati budinya..kadang2 kita tak kenal pun orang tu ataupun kita kenal tapi kita jarang jumpa tapi kita dah menilai dengan persepsi yang buruk..bila orang cerita pasal sipulan, kita mudah percaya dan tak fikir panjang..mungkin apa yang mereka lihat bermaksud sebaliknya..wallahu a'lam..



Cerita Yang Lupa Nak Update


Assalammualaikum..

Ni cerita semalam yang aku tak sempat nak update..Cuaca sekarang memang panas kan..alhamdulillah..mungkin ada rahmat disebaliknya..semalam aku tak masak..ngee..sebab lauk kemarin banyak lagi..lagipun kemarin aku masak petang sebab siang tu aku pergi balik kampung ada kematian..jadinya, aku angkut mak aku sekali pergi kampung Encik Hubby..

Dalam pukul 5.00 petang baru aku sampai rumah, singgah Tesco dulu beli barang sikit..sampai2 je rumah Encik Hubby suruh buat megi goreng..lepas makan megi, aku pun bersilat masak untuk makan malam..aku masak lala sweet sour, ikan goreng tauchu dengan bayam masak bening..

Pukul 7.00 baru aku siap masak..siap kemas dapur, azan Maghrib pun berkumandang..terus mandi dan solat..lepas tu terus flat..hahaha..baring2 kejap, tapi tak lama sebab aku rimas tengok kain menimbun belum berlipat..ehehehe..lepas siap lipat kain, baru aku siapkan makan malam..bagi Shifa makan dulu dan aku makan kemudian..

Dalam pukul 9.00 malam, kak long aku datang..aku ajak makan dia tak nak..so, aku gorengkan nugget dan buatkan air sunquick..selalunya, kalau kak long aku datang, aku buat air kopi, tapi disebabkan cuaca panas, buat la air sejuk..kak long memang tiap2 minggu datang..tapi tak tentu harinya..ikut sempat dia la..



Memang dah lama aku cari benda alah ni..selalunya jual kat online dalam bentuk serbuk..tapi kali ni aku jumpa dalam bentuk botol..memang sebijik macam cheezy cheese kat Kfc tu..aku beli masa hari Sabtu hari tu..tapi entah kenapa, aku lupa pulak nak beli wedges kat Tesco..dah sampai rumah baru aku teringat..tapi tak apa lah..aku makan dengan nugget pun sedap jugak..botol macam ni jangan terkejut la, harganya RM12..aku pun terkejut jugak ahaha..

Aku beli benda alah ni dekat kedai sayur kat TJ Mart..siapa2 duduk kat area Kulai, memang tahu lah lokasi TJ Mart ni kat mana..kedai sayur ni betul2 dekat sebelah Hardware..disebabkan baru first time aku jumpa benda alah ni, jadi aku tak tahu kat mana lagi boleh cari..ada yang botol merah, botol hijau, tapi aku tak tahu rasanya macam mana..ni pun aku fikir 2 kali..lastly aku decide botol colour oren ni..nasib baik sama rasanya..hehehe..

Ok lah..benonya nak cerita tu jek..ekekeke..mana tau masih ada yang mencari..produk ni pun dihasilkan oleh pengusaha Melayu..itu yang penting..kadang2 teringin nak beli produk antarabangsa yang selalu jumpa kat pasaraya nun..tapi takut dengan status kehalalannya..yang ada cop halal pun diragui, apa lagi yang tak ada cop halal kan..

Oh ya, semalam Encik Hubby outstation kat Kota Bahru..bulan depan la kitorang boleh jumpa..memang selalu pun macam ni..anak2 pun dah lali..cuma kadang2 bila dah terasa rindu, diorang tanya jugak bila papa dia nak balik..hehe..


Thursday 19 September 2013

Zaman Sekolah Rendah Yang Ramai Tak Tahu



Assalammualaikum..

Lately ni hujan je kan..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya tak bahang sepanjang hari..pokok2 pun hijau dan tak kering..kadang2 time musim panas depan rumah aku ni ada playground, sampai botak padang, kesian kadang2 tengok kanak2 nak bermain..asal balik rumah, badan dah penuh dengan debu..

Ingat lagi masa aku kecik2 dulu..depan rumah aku tu kawasan lapang..tapi tak ada rumput la..tanah keras dah macam simen..kalau toreh memang meninggalkan kesan kekal..kat atas tanah tu la aku toreh buat kotak ten teng..bila2 nak main ten teng, just ikut je bekas torehan tu..

Bukan tu je..kat atas tanah tu jugak aku buat lubang congkak..hahaha..bijinya aku guna biji getah..kadang2 biji getah tu aku gogok kat simen dan aku cari mangsa..biji getah ni bila kita gosok kat simen dia akan panas..melompat la siapa2 yang terkena buah getah panas tu..hahaha..lepas main congkak buatan aku tu, kompem kuku jadi hitam..ekekeke..

Sekarang aku dah tak nampak budak2 main ten teng..masa aku kecik, aku lah champion! mana tak champion, hari2 main ten teng..pulak tu kotak ten teng memang betul2 kat depan rumah aku..hahaha..memang kejenya melenting je la..

Masa kecik2 dulu kalau time tak sekolah, tugas aku pagi2 kumpul baju kotor dan tolong rendam dengan sabun..lepas tu sapu laman..tau2 la masa tu laman rumah aku memang sangat luas..keliling rumah aku kena sapu..mak aku pulak jenis suka tanam pokok bunga kertas..hari2 memang kena sapu je la..lepas dah sapu, kena siram pokok bunga..angkut air sebaldi ke laman siram guna gayung..

Dulu rumah aku air bercatu..bukak pukul 2.00 petang tutup pukul 5.00 petang..macam tu jugak dengan letrik..ada pukul 7.00 malam tutup pukul 7.00 pagi esoknya..so, kalau air tu time ada memang kena simpan la dalam tong dram..yang aku ingat, tong dram kat rumah aku masa tu ada 3..time ada air ok lah..kalau tak ada air? Memang susah la..

Pernah dulu tempat tinggal aku tu tak ada air selama sebulan! Sebulan ok! Tapi ada lori air datang hantar air dari rumah ke rumah..itu pun satu keluarga limit cuma 1 tong dram..1 tong dram guna 7 beranak untuk tempoh dua atau 3 hari..kadang2 pun sampai 4 hari..itu la air untuk mandi, itu la air untuk minum..punya nak berjimat, aku cuma pakai 4 gayung air je time mandi..hehe..kejadian macam tu memang selalu la terjadi..dalam setahun, dalam 2 hingga 3 kali mesti berlaku..lebih2 lagi time kemarau..

Tong dram tu pun bukannya betul2 letak kat depan rumah..tong dram tu kena letak dekat satu tempat..maka, banyak la tong2 jiran2 aku semua akan bersusun..adakalanya, ada juga jiran yang tak bertanggungjawab guna air kitorang..terpaksa la kami kena berjimat..lepas tu kami kena ulang alik angkut air guna baldi..bila ingat2 balik, sampai macam tu sekali kami pernah survive life kitorang..

Tapi, masa tu kami langsung tak rasa terbeban..belanja sekolah aku cuma 20 sen sehari..kalau aku bawak bekal, aku memang tak bawak duit belanja..bila dah sekolah agama baru aku dapat duit belanja 50 sen..itu pun kena tolak 20 sen duit tambang bas henti2..masa tu tambang baru 20 sen..maknanya mak aku cuma up 10 sen je untuk duit belanja..

So, 30 sen dari sekolah pagi sampai sekolah agama..tapi aku tak pernah mintak belanja lebih dari mak aku sebab aku tau kami ni orang susah..kadang2 teringin jugak nak beli kuih kat kantin sekolah agama tu..teringin nak makan keropok lekor, nasi lemak, mihun, kuih bom..sebab aku tengok kawan2 semua beli makanan kat kantin..bila aku rasa aku nak beli, aku simpan duit sekolah pagi..kadang2 aku belanja duit 50 sen tu terus..lepas tu balik sekolah jalan kaki..hahaha..janji aku dapat makan apa yang selama ni aku nak makan kat kantin tu..

Kalau sekolah pagi, kadang2 aku bawak bekal..sebab tu aku boleh jimat duit 50 sen tu..kadang2 teringin juga nak makan mi hailam Cik Mon..sepinggan 30 sen..sampai sekarang Cik Mon tau aku suka makan mi hailam dia..hehehe..dari kecik dia perhatikan aku..dia je yang tahu aku masa kecik memang betul2 orang susah, sebab aku jarang beli makanan kat kantin..hehe..

Tapi...ramai yang tak percaya aku orang susah sebab aku sentiasa kemas kat sekolah..sebab aku tau, keluarga aku tak mampu, sebab tu bila sesuatu benda tu dah dijadikan hak aku, aku jaga elok2..beg sekolah pun mak aku belikan masa aku darjah 1 pakai la sampai 2 hingga 3 tahun..serius! Masa sekolah dulu kalau kawan2 aku ada perasan, aku pernah bawa beg sekolah yang aku jahit sendiri..pencil case pun aku buat sendiri..pernah juga ambil tempahan dari kawan2..

Aku pun tak tahu bakat menjahit aku datang dari mana..hehe..Sejak aku ada Kermit The Frog tu, aku boleh jahit baju kurung siap pesak..haha..mak aku siap gelakkan aku sebab dia sendiri pun tak percaya aku boleh buat baju kurung walaupun kualiti jahitan tangan..inilah yang dinamakan bakat semula jadi..hehehehe..seingat aku baju sekolah aku masa tingkatan 4 aku jahit sendiri..

Bukan tu saja langsir kat kelas pun aku yang jahit hinggakan cikgu BM aku tanya langsir kelas aku tu tempah kat mana..hahaha..bila classmate aku kata aku yang jahit, dia pulak tempah langsir untuk library kat aku..dapat juga cari duit poket waktu tu..jiran2 aku pun tak kurang menempah langsir kat aku..akakaka..tapi waktu tu kehidupan aku tak la sesukar masa zaman sekolah rendah..

Itulah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku..sesungguhnya kehidupan silam aku tak lah seindah yang disangkakan..tapi apa yang penting ianya cukup bermakna untuk dikenang..sebenarnya banyak lagi kisah2 zaman kanak2 aku..aku ni pelupa, karang kalau aku ingat aku publish ok..hehehe..



Wednesday 18 September 2013

Ingat Balik Zaman Kanak2


Assalammualaikum..

Aku rasa aku nak rombak balik aku punya blog ni..dah macam pasar borong..hahaha..tapi tak apalah, aku buat pelan2 sebab sekarang ni memang aku tak ada masa nak mengadap lappy..lain la masa aku kerja dulu..pc memang kat depan mata..hahaha..

Aku terfikir nak susun semua label..ada masa aku lupa nak letak label..hehehe..kerja yang memang tak efisien langsung! Hahaha..tak apalah..blog aku pun bukan nak fikir pasal rating pun..saja suka2..hehe..mula2 aku rasa aku cuma nak luahkan apa yang terpendam..tapi, sebenarnya tak kesampaian pun..apa yang aku tulis kadang2 tak pernah aku fikir pun nak tulis..

Kalau bab tutorial tu, memang aku suka buat..masa kecik2 dulu aku memang suka menulis dan melukis..bila aku melukis, aku bersertakan dengan ceritanya sekali..kira cerita bergambar la..hahaha..zaman kanak2 aku, bukan semuanya indah..aku orang susah..jadi, dengan buat cerita bergambar tu, aku dapat mencipta fantasi aku sendiri..

Apa yang aku ingat, masa aku kecik2 dulu, aku tak pernah pakai baju aku sendiri even baju sekolah pun..biasanya aku pakai baju kakak2 aku..masa tu aku tak kisah, janji aku dapat sekolah..nak bayar yuran sekolah naik darjah satu pun terpaksa pecahkan tabung ayam..alhamdulillah..yuran kami tak pernah miss dan malangnya kami tak pernah terima biasiswa atau apa2 bantuan sekolah..

Tapi aku tak pernah putus harap..aku pun tak pernah ada alat permainan..anak patung pun aku kutip kat kawasan pelupusan sampah..serius beb! Aku dapat pun patung puppet bentuk katak..hahaha..tapi aku telah menjadikan puppet tu sangat istimewa..aku cuci bersih2 dan aku isikan perut katak tu dengan kain perca dan jahit..


Lebih kurang macam Kermit The Frog ni la..bezanya puppet aku tu siap dengan kaki sekali..macam2 aku buat dengan puppet aku tu..buatkan baju kurung la, skirt la, seluar jeans pun ada..semua aku ambil dari kain perca mak aku hehe..apa yang boleh merealisasikan keinginan zaman kanak2 aku selain kemahiran..kemahiran menjahit dan sedikit kretiviti lah yang membuatkan zaman kanak2 aku lebih bermakna dari meminta-minta benda yang belum pasti dapatnya..aku percaya, waktu tu kalau aku terbalikkan rumah pun belum tentu aku boleh dapat!

Sekarang ni, aku belikan permainan untuk anak2 aku pun aku bagi 5 minit lah paling lama..lepas tu dah jahanam! Memang sangat berbeza kan antara susah nak dapat dengan senang nak dapat..cara menghargainya pun sangat berbeza..Kermit The Frog aku tu memang sangat bertuah! Hahaha..aku buatkan tilam, bantal, selimut, pakaian dan bermacam-macam lagi..hehehe..


Satu lagi aku pernah jugak teringin nak bela kuku panjang..tapi, memang tak boleh la kan..apa yang aku buat, tanpa pengetahuan sesiapa, aku buat sendiri pakai kertas keras..lepas tu aku gam kat jari..warnanya aku guna water color..hahaha..berangan tahap bimbo! Tapi tulah..apa yang ada dalam fikiran aku, kalau aku rasa aku nak buat, memang aku buat..

Selebihnya, aku banyak melakukan aktiviti lasak kat luar rumah..kawan2 yang sebaya pun ramai lelaki..setakat panjat pokok, cabut pokok ubi orang, sudah menjadi kehandalan aku..hahaha..bila dah cabut pokok ubi orang kami bakar lepas tu makan ramai2..memang sengal! Lepas tu tuan punya ubi datang serang mak aku..adehhhh..sumpah! Lepas tu aku tak buat kerja tu lagi..

Masa tu kawan2 memang ramai..kalau musim main ten teng, semua main ten teng..main galah panjang, main rounders..main rounders la permainan yang buat orang bencikan aku dan geng2..hahaha..apa taknya, bola rounders tu silap2 masuk kat rumah diorang..memang masak la kena marah! Lepas tu beralih kejap dengan permainan lain..lepas dah boring, main balik rounders..hehehe..

Tapi jangan ingat kerja aku masa kanak2 main je ya..sebelum aku keluar bermain, memang aku dah siap2 tolong kemas rumah, cuci pinggan, cuci kain, sapu lantai..tak percaya? Masa aku darjah 2 aku dah iron baju sendiri..tu haaa...pakai arang lagi..memang retro! Tapi yang peliknya kenapa mak aku percaya sangat dengan aku buat benda2 tu sendiri?

Darjah 3 aku balik sekolah agama naik bas tambang! Pun mak aku still percayakan aku lagi..tak tahulah hati aku kering macam mana..memang tak pernah mengeluh..pernah satu hari tu hujan lebat sangat..tunggu hujan teduh sampai dah petang..bila tunggu bas, bas tak sampai2..adeh laaaa..sudahnya, dari sekolah agama aku terus jalan kaki balik rumah..kira jauh jugak la dalam 2km..sampai2 rumah, tanpa dakwa dakwi aku terus kena sebat dengan mak aku sebab balik lambat..adoyai..

Kesempitan hidup tak pernah menghalang aku dari terus sekolah..bila kakak2 dan abang2 aku dah kerja, barulah kehidupan kami senang sikit..mula2 kami memiliki seterika elektrik! Sampai sekarang kalau ingat2 balik macam mana kami susah, bab2 menggosok pakaian, akulah paling rajin..hehehe..lepas tu mak beli dapur gas..makin rajin kami memasak dan aku seawal darjah 4 dah masak untuk keluarga..

Lepas tu mak beli fridge..masa tu terasa sangat yang kami dah banyak improved..bila dah ada fridge, aku mula berangan, kan best kalau ada macam2 kat dalam fridge tu macam kat dalam iklan..tapi, tak mungkinlah..kami pun bukan senang sangat..beli fridge pun masa tu jiran2 aku dah pakai lama dah..yang dah rosak pun ada..kami je yang ketinggalan..

Lepas fridge, kakak aku belikan washing machine..memang jakun la aku masa tu..tak payah nak cangkung berus baju..nak jemur baju pun makan satu hari nak kering..bila dah ada washing machine semuanya dah berubah..tak payah risau jari kematu sebab hari2 perah guna tangan..phewww!!! Akhir sekali kakak aku beli tv warna..gembira tak terkata sebab hampir meningkat dewasa baru aku rasa tengok tv warna..sebelum tu tengok tv gobok tu haaa...hitam putih je..tv3 pun tak dapat tau!

Sebab tu aku dah lali kalau aku susah pun sekarang ni..sebab rasanya kehidupan aku lebih baik dari dulu..cara aku, kalau aku nak dapatkan sesuatu, aku akan usaha sendiri tanpa meminta-minta dari orang lain..aku percaya, kesusahan tu hanya sementara..tanpa usaha mimpi takkan menjadi kenyataan..sampai sekarang, aku tak pernah mengimpikan apa2 yang luar dari kemampuan..sebab aku dah lali dengan kesusahan sejak kecik lagi..

Ok la..bila ada kelapangan lagi dan aku ingat balik cerita zaman kanak2 aku, aku sambung okeh..ni nak beradu dulu..dah lewat malam pun..tata!




Tuesday 17 September 2013

Cerita Cuti Lepas


Assalammualaikum..

Apa khabar? Sihat? Aku sihat je cuma Ahad lepas memang aku betul2 tak sihat..haaaa..ni nak cerita pasal Ahad lepas..sebenarnya masa malam minggu tu aku paksa..hahaha, paksa okeh! Aku paksa Encik Hubby hantar aku pergi TJ Mart untuk beli barang basah sedangkan Encik Hubby dah get ready kat depan tv nak tengok bola Malaysia lawan Myanmar..derhaka betul aku kan..

Ok, bila semua selesai, Encik Hubby singgah kedai beli rokok dan aku anak beranak tunggu dalam kehausan..aku capai Milo dalam kotak, Anna pulak sambar air kotak Dutch Lady perisa coklat..ni kalau aku sorang je yang beli air Milo, alamatnya ada yang berebut ni..so kami decide semua beli air Dutch Lady perisa coklat..

Nak dijadikan cerita, aku pun cucuk la straw kat air kotak untuk anak2 aku..tapi, disebabkan Shifa nak buat sendiri, aku biarkan dulu sampai dia boleh buat sendiri..tapi tak berjaya jugak..lastly, aku kasi air kotak aku kat dia dan air kotak Shifa aku yang habiskan..habis sekotak, perut aku rasa tak sedap..memulas-mulas tapi tak nak menyahtinja..ok, aku tahan sampai kat rumah..

Kat rumah, perut aku dah mula memulas macam orang nak bersalin..tapi aku still tahan dan minum air panas nak legakan kesakitan..rasa nak muntah, tapi tak nak muntah..adoiyai..memang tak selesa..lepas tu aku cuba tidurkan diri..sampai ke pagi aku tak tidur sebab perut aku betul2 sakit stok guling2 okeh..fuhhh..Allah je yang tahu betapa sakitnya perut aku waktu tu..

Esoknya pagi2 aku cakap kat Encik Hubby aku dah tak tahan sakit..aku dengan rela hati ajak Encik Hubby pergi hospital terus! Kat hospital doktor bagi aku injection dan beberapa jenis ubat..doktor kata aku ada gastrik..tapi, aku macam confuse pulak, kenapa aku ada gastrik? Kalau appendix tu aku percaya la sebab aku ni kan kuat makan..ahaha..Alhamdulillah, mintak dijauhkan la ya..

Ok, masa Encik Hubby pergi ambik ubat, aku rasa dah lain macam..rasa tak tentu arah dah..bukan tak tentu hala ya..ekeke..aku rasa efek dari injection tu kot..masa tu aku dah tak senang duduk, tak senang diri..dah macam orang gian pulak..hush! Mintak dijauhkan lah! Aku perasan, aku nak baca signboard kat hospital tu pun dah tak nampak walaupun aku dah berusaha untuk membacanya..begitulah efeknya ya dek non..

Sampai rumah, aku dah tak fikir lain dah..aku bukak tudung terus baring dan tidur..badan mula rasa seram sejuk..1st time aku tidur bilik kat bawah tu tanpa kipas..fyi bilik kat bawah tu kitorang panggil oven..hehehe..masuk mesti bukak kipas..memang lena betul aku masa tu..tapi perut aku still rasa sakit jugak..kejap2 datang sakitnya macam orang nak bersalin..

Esoknya aku dah ok dah..tapi, setiap kali lepas aku makan ubat, perut aku mula memulas-mulas..pelik betullah...hahaha..bila aku dah mula cergas, aku pun memulakan operasi memasak di dapur..ni lah tujuan aku mengerah Encik Hubby aku pergi kedai hari tu..tu la, derhaka lagi..akakaka..


Benda ni la yang aku sibuk sangat yang tak boleh tunggu besok nak pergi kedai..hahaha..apa pun, harapan dan impian aku tercapai..aku jemput adik beradik aku je, tak panggil siapa2..sampaikan ada jiran aku pelik tengok adik beradik aku semua balik..dalam hati diorang, teruk sangat ke aku sakit..hahaha..hari ni, dengan rasminya dapur aku cuti sebab masih ada lagi lauk yang berbaki..

Macam tu lah cuti aku..tak kemana-mana..cuti duduk kat rumah je..apa pun aku tak kisah..janji aku gembira sebab dapat berkumpul adik beradik..masa aku tengah masak, aku call semua kakak2 dengan abang aku..abang aku masa tu kat rumah mentua dia, biasanya dia akan sampai rumah malam..disebabkan aku kata aku masak ketupat lauk raya bagai, petang tu dah muncul..hahaha..








Monday 16 September 2013

Tutorial: Brownies Full Of Chocolate


Assalammualaikum..

Hari ni rasa rajin pulak nak kongsi resepi Brownies..resepi ni adalah resepi yang aku surf kat tenet masa zaman anak dara dulu..lepas tu bila rasa sedap, resepi ni lah yang aku guna sampai sekarang..sampai aku lupa pada yang empunya resepi ni..yang aku ingat aku cari kat My Resepi..kalau tak silap la..mahap ya..

Ok, sila semak resepi dulu kat bawah ni ya..


250g butter
400g coklat masakan
6 biji telur
2 cawan gula perang
2 penutup esen vanila
1 sudu besar coklat emulco
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat


Cara-caranya:-



Aku guna coklat 200g milk compound dan 200g dark compound..sebabnya, aku nak habiskan coklat masa raya hari tu..


Cairkan coklat masakan dengan 250g butter secara double boiler..


Setelah cair, tutup api dan ketepikan..


Sementara tu pecahkan 6 biji telur dalam bekas..


Masukkan gula perang..kalau kat resepi tu 2 cawan, aku guna 1 1/2 cawan je sebab aku suka kurang manis..


Masukkan esen vanila sebanyak 2 penutup..


Diingatkan, sila abaikan jari jemari yang gebu itu..hahaha..untuk coklat emulco, aku gunakan 1 sudu besar sahaja..tujuannya untuk kek kelihatan lebih gelap..


Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati..


Masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan tadi..


Ayak tepung bersama serbuk coklat..


Gaul hingga betul2 sebati..jangan jadi macam choc moise cake aku dulu tu..huhu..sebelum tu sila gris loyang dengan butter siap2 dan tuangkan bahan..bakar dengan 180 c selama 1 jam atau sehingga betul2 dia masak..


Tadaaa...inilah hasilnya..brownies ni bukan macam kek yang boleh meninggi diri..dia jenis merendah diri jek...huhu..tak sempat nak snap hasil brownies yang dah potong sebab anak sedara aku tak sabar2 nak makan..kat situ jugak habis..hahaha..

Selamat mencuba!



Saturday 14 September 2013

Sombong?




Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak berapa nak best ni..hehe..tak sangka juga ada yang sudi membaca samada dengan sengaja atau tak sengaja..haha..boleh gitu? Apa pulak tak boleh? Mak ok jekkk..

Lately ni line tenet tersangatlah lembap, so aku taip ni pun aku save dulu..yelah..nak tunggu line ok memang sampai ke sudah le blog ni tak berhupdate (padahal tak ada siapa pun nak tunggu entry merapu aku ni) ekekeke..

Sementara ada masa ni maka aku gunakanlah ia sebaik mungkin..kebetulan ada benda yang nak aku kongsikan (padahal idea datang tiba2 je)..hehe..menipulah kejenya ya..babab kang baru tau..haha..

Nak cerita pasal isu SOMBONG..kenapa ada yang sombong? Kenapa kita sombong? Mesti ada sebabnya kan..ni aku tulis berdasarkan apa yang aku baca dan apa yang selalu berlaku samada diceritakan atau aku sendiri yang mengalaminya..

Sifat sombong ni tak terkecuali..semua daripasa kita ada sifat ini..cumanya samada kita dapat mengawal atau tidak sahaja sifat yang satu ni..kadang2 kita tak sedar pun yang orang kata kita ni sombong..padahal kita cuma nak berlaku jujur je..nampak tak? Kadang2 sombong tu satu persepsi sahaja..

Aku ada terbaca tentang sifat sombong ni berlaku atas beberapa sebab..ni sebab2 yang popular la antaranya:-

1) kawan
2) kekayaan
3) pandai
4) cantik
5) pengaruh
6) hebat

Ada yang sombong kerana dengan siapa kita berkawan..dah tentulah kawan kita tu jenis yang lebih kurang dengan kita..merekalah yang menyokong kita 100% dan begitu juga dengan kita..setiap kali kita merungut, kawan kita itulah yang akan menyokong kita even kita sendiri pun ada silapnya..

Tambah pula kawan kita tu memang hebat2 belaka..memiliki kesemua ciri2 di atas..kita pun lupa dengan kawan2 kita yang lain..bila kita ada masalah dengan orang lain, maka kita tidak ambil kisah sebab kita tahu kita sudah ada kawan2 yang hebat sementara kita lupa mereka yang tidak diiktiraf sebagai kawan itu suatu hari kita akan perlukannya juga..di situ sudah nampak kesombongan kita..

Kekayaan pun boleh buat kita sombong..tak payah kaya raya pun sudah ada yang mendabik dada..sudah senang sedikit, kita pun mula sombong..berkawan pun hanya memilih yang sealiran dengan kita sahaja..sudah mula kenal jenama itu, jenama ini sedangkan dahulu tak kisah jenama apa pun asalkan cantik..

Yang sombong kerana pandai pun tak kurang hebatnya..belajar tinggi2 tapi suka menujukkan kepandaiannya..kita yang tak berapa pandai ni memang jadi mainan diorang..kata2 mereka ni selalunya angkuh..pada mereka, mereka sahaja yang lebih tahu..kalau diberi pendapat, biasanya pendapat dia sahaja yang kita kena dengar..

Mereka ni memang sangat bijak mencari peluang untuk meng 'argue'..ada saja yang diarguekan..kena pula ramai yang menyokong, makin naik tocanglah jawabnya..kawan pun dah jadi lawan..lawan pun boleh jadi kawan..selagi ada yang menyokong, selagi itu mereka akan sombong..

Bila kita rasa kitalah yang paling cantik, maka kita nak yang sepadan dengan kita sahaja..mentang2 mamat tu tak handsome, kita pun tak nak layan dia lebih2 lagi mamat tu tak ada ciri2 seperti di atas..bila kita rasa kita lebih cantik, orang yang berada di sekeliling kita ni kita anggap seperti banyak kekurangan..

Sememangnya, sifat2 dan tanda2 orang sombong tu berkait rapat dengan sifat2 di atas..tapi, aku menulis ni bukan sebab semua yang memiliki sifat2 di atas tu sombong2 belaka..tidak! Sifat sombong tu sebenarnya ada kerana satu sifat, iaitu sifat lupa diri..sifat2 di atas tu menjadi sebab sahaja..jika kita dapat mengawal sifat lupa diri kita, sifat SOMBONG itu pasti tidak akan berlaku kecuali persepsi orang yang melihat tetapi tidak mengenali..




Thursday 5 September 2013

Aku, Ramadan Dan Syawal


Assalammualaikum..

Lama betul aku tak membebel kan..tak ada cerita apa pun..sebenarnya ada jugak benda yang nak aku cerita tapi banyak yang aku dah lupa..mungkin aku sibuk sangat sepanjang bulan puasa hari tu..cerita pasal bulan puasa, aku rasa, Ramadan kali ni betul2 bermakna..sebab tahun ni adalah tahun pertama aku menjadi seorang suri rumah tangga..

Sebelum ni aku memang tak berkesempatan nak siapkan juadah berbuka tiap2 hari..sebabnya, dekat pukul 7 jugak aku baru samapai rumah..kadang2 tak sempat nak mandi terus duduk kat meja tunggu waktu berbuka..nasib baik ada mak aku, tapi kadang2 mak aku boring jugak..haha..petang raya pun aku masih ada kat office..nak balik awal pun kena ikut budi bicara boss aku..kalau balik macam biasa, memang muncung je la mak aku tu..itulah dilema aku sepanjang aku bekerja selama 13 tahun..

Cuti raya paling panjang pun 4 hari..kalau tak, raya ke 3 aku dah tercongok kat office..memang tak best langsung..nak buat persiapan raya? Hurm..mana sempat aku nak buat semua tu..paling kurang pun aku siapkan baju raya je..selebihnya aku bagi duit kat mak aku suruh dia beli apa yang patut..memang tak best langsung..kadang2 cemburu juga tengok orang beraya jauh2..setakat cuti 2-3 hari nak kemana je? Hurmmmm..

Tapi tahun ni memang aku pulun peluang yang ada sepenuhnya..tiap2 hari aku sediakan juadah berbuka puasa walaupun ada 2-3 hari yang aku skip satu, disebabkan En Hubby mintak aku rehat dan dia belikan lauk..dua, kami berbuka puasa kat luar dan tiga, rasanya dua kali je kot..hahaha..lepas tu kuih raya pun banyak yang aku buat sendiri..memang ini satu pencapaianlah buat aku..

Tahun ni Anna dah mula belajar puasa..alhamdulillah..penuh sebulan dia berpuasa..peliknya tak nampak letih pun cuma aku yang letih tengok dia terlompat-lompat macam biasa..adeh! Kalau hari2 biasa dia akan tertidur dalam pukul 8 lebih, sepanjang bulan puasa dia tidur pukul 10 atau lebih..cergasnya tu lain macam..padahal waktu berbuka pun tak banyak makan..cuma aku biasakan dia berbuka dengan air panas..tu yang hari2 dia mintak teh tarik je..

Time sahur adalah sangat liat..susah nak kejut dia kalau tak aku yang bangkitkan dia kecuali di awal2 Ramadan..bila dia dah gosok gigi dan cuci muka baru dia cergas balik..nasi adalah makanan sahur wajib bagi dia..bagilah mi atau kuih, dia tetap nak nasi dan segelas susu..lepas sahur sempat tengok tv dan akan tertidur dengan sendirinya..

Malam raya aku kat rumah..untuk pertama kalinya persiapan malam raya siap awal..malam tu kami relax je sambil dengar takbir kat tv dan menonton rancangan2 yang ada..disebabkan kawasan perumahan aku ni kebanyakkannya keluarga2 muda..makanya, suasananya tersangatlah sunyi..suara terpekik terlolong anak2 pun datangnya dari rumah kami..hahaha..tapi aku tetap seronok sebab adik beradik aku balik beraya..kira the best eid celebration ever la..

Raya pertama, makcik dan sepupu2 aku datang dengan keluarganya..memang seronok dengan gelak tawa diorang..sebab keluarga sepupu sepapat aku belah mak aku ni memang suka melawak..kalau jumpa belum cakap apa2 dah gelak..hahaha..memang riuh dan sporting mereka2 ni..

Raya kedua, pakcik, makcik2 dan sepupu2 aku yang lain datang dengan keluarga diorang pulak..lagilah riuh! Sampai kami melepak kat luar je..lagipun umah aku kecik, yang luas kat luar je lah..hahaha..kebetulan aku masak nasi ayam..aku pelawa diorang makan tapi jual mahal sebab baru je makan masa singgah kat rumah makcik aku yang kat Taib Andak tu..pakcik aku pulak 2-3 kali asyik meronda kat dapur..mula2 dia cuit ayam goreng, lama2 dia duduk makan nasi ayam..daripada dia sorang, lama2 masing2 semua makan sekali..kakaka..padahal nasi ayam je pun..ketupat2 dah habis..

Sehingga raya ke 4 aku kat Kulai lepas tu baru aku bertolak ke Kota Tinggi..raya pertama tu Encik Hubby kerja, jadi aku tak kemana-mana..layan tetamu jelah..time raya ni memang tak kering tangan dibuatnya..asyik cuci pinggan je lah..bila tetamu semua dah balik aku tutup pintu..tak larat dah nak layan budak2 beraya..ahaha..bukan apa, memang letih sangat..sepanjang 4 hari tu memang aku betul2 sibuk..dah macam buat open house tapi versi 4 hari berturut-turut..phewww!!!

Kat kampung barulah aku betul2 dapat rehat walaupun kadang2 layan budak2 datang beraya..tapi takdelah penat macam kat rumah..hahaha..tapi aku puas, sebab dapat jumpa saudara mara aku yang jarang dapat berkumpul..ok lah..penat dah menaip, diam tak diam dah pukul 12 lebih..nak titun dulu besok awal pagi dah nak kena bangun!