Saturday 14 September 2013

Sombong?




Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak berapa nak best ni..hehe..tak sangka juga ada yang sudi membaca samada dengan sengaja atau tak sengaja..haha..boleh gitu? Apa pulak tak boleh? Mak ok jekkk..

Lately ni line tenet tersangatlah lembap, so aku taip ni pun aku save dulu..yelah..nak tunggu line ok memang sampai ke sudah le blog ni tak berhupdate (padahal tak ada siapa pun nak tunggu entry merapu aku ni) ekekeke..

Sementara ada masa ni maka aku gunakanlah ia sebaik mungkin..kebetulan ada benda yang nak aku kongsikan (padahal idea datang tiba2 je)..hehe..menipulah kejenya ya..babab kang baru tau..haha..

Nak cerita pasal isu SOMBONG..kenapa ada yang sombong? Kenapa kita sombong? Mesti ada sebabnya kan..ni aku tulis berdasarkan apa yang aku baca dan apa yang selalu berlaku samada diceritakan atau aku sendiri yang mengalaminya..

Sifat sombong ni tak terkecuali..semua daripasa kita ada sifat ini..cumanya samada kita dapat mengawal atau tidak sahaja sifat yang satu ni..kadang2 kita tak sedar pun yang orang kata kita ni sombong..padahal kita cuma nak berlaku jujur je..nampak tak? Kadang2 sombong tu satu persepsi sahaja..

Aku ada terbaca tentang sifat sombong ni berlaku atas beberapa sebab..ni sebab2 yang popular la antaranya:-

1) kawan
2) kekayaan
3) pandai
4) cantik
5) pengaruh
6) hebat

Ada yang sombong kerana dengan siapa kita berkawan..dah tentulah kawan kita tu jenis yang lebih kurang dengan kita..merekalah yang menyokong kita 100% dan begitu juga dengan kita..setiap kali kita merungut, kawan kita itulah yang akan menyokong kita even kita sendiri pun ada silapnya..

Tambah pula kawan kita tu memang hebat2 belaka..memiliki kesemua ciri2 di atas..kita pun lupa dengan kawan2 kita yang lain..bila kita ada masalah dengan orang lain, maka kita tidak ambil kisah sebab kita tahu kita sudah ada kawan2 yang hebat sementara kita lupa mereka yang tidak diiktiraf sebagai kawan itu suatu hari kita akan perlukannya juga..di situ sudah nampak kesombongan kita..

Kekayaan pun boleh buat kita sombong..tak payah kaya raya pun sudah ada yang mendabik dada..sudah senang sedikit, kita pun mula sombong..berkawan pun hanya memilih yang sealiran dengan kita sahaja..sudah mula kenal jenama itu, jenama ini sedangkan dahulu tak kisah jenama apa pun asalkan cantik..

Yang sombong kerana pandai pun tak kurang hebatnya..belajar tinggi2 tapi suka menujukkan kepandaiannya..kita yang tak berapa pandai ni memang jadi mainan diorang..kata2 mereka ni selalunya angkuh..pada mereka, mereka sahaja yang lebih tahu..kalau diberi pendapat, biasanya pendapat dia sahaja yang kita kena dengar..

Mereka ni memang sangat bijak mencari peluang untuk meng 'argue'..ada saja yang diarguekan..kena pula ramai yang menyokong, makin naik tocanglah jawabnya..kawan pun dah jadi lawan..lawan pun boleh jadi kawan..selagi ada yang menyokong, selagi itu mereka akan sombong..

Bila kita rasa kitalah yang paling cantik, maka kita nak yang sepadan dengan kita sahaja..mentang2 mamat tu tak handsome, kita pun tak nak layan dia lebih2 lagi mamat tu tak ada ciri2 seperti di atas..bila kita rasa kita lebih cantik, orang yang berada di sekeliling kita ni kita anggap seperti banyak kekurangan..

Sememangnya, sifat2 dan tanda2 orang sombong tu berkait rapat dengan sifat2 di atas..tapi, aku menulis ni bukan sebab semua yang memiliki sifat2 di atas tu sombong2 belaka..tidak! Sifat sombong tu sebenarnya ada kerana satu sifat, iaitu sifat lupa diri..sifat2 di atas tu menjadi sebab sahaja..jika kita dapat mengawal sifat lupa diri kita, sifat SOMBONG itu pasti tidak akan berlaku kecuali persepsi orang yang melihat tetapi tidak mengenali..




No comments: