Tuesday 15 September 2015

Sindiran Atau Kebetulan


Assalammualaikum..

Apa khabar? Aku tak berapa nak sihat..sakit mata, merah dan berair..sangat tidak selesa..mungkin disebabkan jerebu..alhamdulillah dah semakin ok..hari ni aku cuti masak..cuma aku goreng ikan tenggiri masin sebab itu je lauk yang boleh membuka selera aku di kala tak berapa nak sihat..

Lately ni aku rasa disindir di Facebook, di wechat, di instagram..di mana2 media sosial..aku tak kata mereka tu haters aku..tapi mungkin itu antara tanda2 aku nak berubah ke arah kebaikan..andai mereka memang nak sindir aku, silakan..siapalah aku nak menahan mereka..

Kalau ada yang rasakan aku ni anoying sila lah abaikan aku..bila dah berkeluarga dah ada anak ni aku tak nak bermusuh dengan sesiapa..yang dikenali mahupun yang tidak dikenali..mungkin sebelum ni ada juga tulisan aku yang mengguris..tapi semua sekadar untuk melepaskankan apa yang terbuku di hati..

Nak menyesal pun perkara dah berlaku..mungkin lepas ni kena lebih berhati-hati..bila di fikir2 balik, macam mana aku nak minta maaf pada mereka yang terasa..macam mana aku terasa dengan kata2 mereka, begitu jugak mereka..

Aku selalu terfikir, dia ni memang nak sindir aku ke? Bila fikir semula, kalau pun dia nak sindir aku, kalau betul apa yang dikatakannya apa salahnya..tapi jangan pulak dipanjangkan takut timbul fitnah..takut sengaja menambah apa yang tidak ada..cukuplah..orang jahat pun ada juga maruah yang perlu dijaga..

Aku positif dengan apa juga keadaan..walaupun ada juga yang tak suka dan anggap ianya poyo, bagi aku semua tu dugaan dalam menahan kemarahan..kalau aku tak sabar maknanya aku dah gagal..kalau kelebihan yang ada pada aku buat aku lupa diri, lebih baik kalau aku tak memiliki apa2..

Macam serious sangat entry aku kali ni ya..haha..jangan pening2..kalau dapat baca entry ni sampai habis pun aku dah rasa kagum..ada juga orang nak baca entry merapu aku..hehe..




Thursday 10 September 2015

Aku di London


Assalammualaikum..

Suasana berkabus tidak pernah menghalang aku pulang ke kampung halaman suami..ya, cuaca sejuk yang melampau membuatkan aku dan anak anak menggigil kesejukan kerana tidak biasa dengan cuaca yang sejuk..cuaca panas di Malaysia benar benar membuatkan kami kekok dengan cuaca sejuk begini..ke Cameron Highland tempoh hari pun tak adalah sesejuk ini..anak anak pun tiba-tiba mengalami selsema mungkin disebabkan perubahan cuaca..

Amacam? Ok tak karangan aku tadi..hahaha..sebenarnya aku masih kat sini lagi..cuma semasa dalam perjalanan ke kampung tadi aku dapat idea menurunkan status di Facebook dan tag London, United Kingdom sebagai gurauan..semua itu disebabkan cuaca di Malaysia yang berjerebu persis di London..rakan rakan Facebook pasti tahu aku bergurau..memandangkan nilai matawang kita jatuh merudum, mana mungkin aku dapat berhuhu di London..

Dah dekat seminggu cuaca berjerebu..amat sukar untuk kami menjalankan aktiviti luar rumah kerana bimbang dengan keadaan udara yang tidak sihat..walaupun anak anak tidak keluar rumah, mereka masih terdedah dengan gejala penyakit yang disebabkan oleh jerebu 
ini..

Disebabkan Anna tidak bersekolah kerana murid darjah 6 menduduki peperiksaan UPSR, kami cadang pulang ke kampung suami pagi ini..cuma Anna aku pontengkan dari sekolah agama pagi ini..nasib Anna dah habis ujian..kalau tak, jangan harap aku nak pontengkan dia..tu pun aku bawakan Anna soalan latih tubi supaya dia boleh buat latihan di kampung..

Disebabkan suasana kampung yg sunyi dan cuacanya yang sejuk, aktitviti aku kat sini cuma bermalas malasan..haha..bila aku berada kat sini, mata aku mudah sangat mengantuk..lebih-lebih lagi bila semua kerja dah siap..kalau tengok tv pun tv yang tengok aku..

Disebabkan Encik Boss kerja, itulah rutin harian aku kat sini..sebab masing-masing bekerja..Mak mentua pun banyak masa berehat dan melakukan aktiviti ilmiah..malam baru lah aktiviti kami happening sikit..biasanya Encik Boss akan bawa kami jalan-jalan dan makan-makan..





Wednesday 9 September 2015

Anna dan Sekolah


Assalammualaikum..

Lama aku tak cerita pasal anak-anak kan..lama dah tak menulis tapi masa tak mengizinkan..sebenarnya banyak benda nak cerita tentang perkembangan anak-anak tapi macam aku cakap tadi masa dan mood tak mengizinkan..aku buat entry ni sebab aku nak Ada kenangan sepanjang tumbesaran diorang..mana tau esok ada dah tua boring-boring boleh baca dan ingat semula moment ni..

Sepanjang memulakan persekolahan darjah satu ni aku tengok Anna lebih ke arah Islamic.. Dia lebih suka subjek di sekolah agama dan subjek pendidikan Islam dan bahasa Arab di sekolah kebangsaan..subjek ni la yang dia score 100%..subjek yang dia lemah adalah Matematik dan Bahasa Malaysia..aku pun tak tahu kenapa..

Bukan dia tak score Maths dan BM..cuma subjek ni yang perlu di titik beratkan..dia lemah dalam pemahaman..mungkin dia lancar membaca tapi tak semestinya dia faham apa yang dia baca..setakat ni aku selalu belikan buku latihan dan buat latih tubi untuk semua subjek teras..

Kalau sekolah agama dia tak ada masalah..setiap kali ujian setara dan peperiksaan dia dapat no 1..walaupun begitu, aku tetap suruh buat ulangkaji setiap kali menjelang ujian dan peperiksaan..kadang-kadang aku yang terpinga pinga lebih-lebih lagi subjek bahasa Arab..hehe..mungkin kelebihan gen dari papa dia..

Mengaji pun sudah khatam Julai lepas..sekarang dia mengulang lagi supaya dia dapat memperbaiki lagi bacaan dan tajwidnya..mungkin inilah kelebihannya..alhamdulillah, syukur sebab dia memang istiqomah dengan apa yang dia belajar..

Kalau bab homework ni dah tak perlu disuruh malah ada juga ibu classmatenya whatsapp untuk tanya homework untuk hari ini..hehe..cuma kadang kadang aku hilang sabar bila dia suka mengusik dan buat bising kat rumah..kalau kat rumah dia ni memang tak reti diam..mulut kaki dan tangan sama berjalan..Ada je buat aku naik angin..haha..

Suatu hari, masa ambil report card, aku tanya cikgu macam mana perkembangan Anna kat sekolah..baik sekolah agama baik sekolah kebangsaan masing-masing cikgu bagi alasan yang sama..

"Anna tak ada masalah..cuma dia terlalu pendiam..saya pun tak tahu samada dia faham atau tidak apa yang cikgu ajar."

Erkkkk..aku macam konfius..kat rumah dialah yang paling tak reti duduk diam..tak reti berhenti dari bercakap dan tak reti berjalan dalam rumah, taunya berlari jek..bila cikgu cakap macam tu baru aku sedar, Anna ada dua karekter..mujurlah karekter yang elok berlaku kat sekolah..hahaha..

Satu lagi, aku selalu perhatikan Anna selalu mengadu sakit kaki waktu dia balik sekolah..kadang-kadang sampai merangkak nak masuk dalam rumah..dalam kepala aku cuma satu. Ni mesti dia tak reti duduk diam..tapi, bila dia kat rumah, walau dia tak reti duduk diam sepanjang hari dia tetap ok.

Bila aku tanya dia sendiri apa yang dia buat kat sekolah? Of course la dia kata dia tak buat apa-apa..aku tanya cikgu..jawapan cikgu buat aku gelak..siapa-siapa yang dengar pun akan gelak berjemaah..Encik Bos cuma senyum sumbing..nak gelak tak boleh nak marah pun tak boleh..

Sebenarnya, kat kelas Anna akan duduk sepanjang hari kat tempat duduk dia sampai kaki dia krem..hahaha..macam tu la kan kalau orang tak reti diam tiba-tiba sopan sampai krem kaki dibuatnya..

Seperti ibu bapa lain aku doakan agar Anna sentiasa istiqomah dan gigih dalam menimba ilmu..sentiasa menjadi kebanggaan kami dan jadi contoh terbaik buat adiknya..aku sentiasa berdoa agar terang hatinya dan menjadi anak yang solehah kelak..Aaminn..




Wednesday 2 September 2015

Tak Tahu Nak Buat Apa


Assalammualaikum..

Ni throwback semalam punya cerita..kelmarin Encik Boss baru je balik dari outstation..so dia ambil cuti dua hari..hari pertama, kami habiskan masa topup barang dapur kering dan basah..almaklum, awal bulan kan..makanya bukan sikit2 belanjanya..aku tengok troli pun macam nak pengsan..haha..

Semalam, aku cakap kat Encik Boss..ajak dia keluar tapi aku tak ada tempat spesifik yang aku nak pergi..Encik Boss pun pening..haha..end up kami pusing2 bandar JB tapi tak singgah mana2 pun..mula2 cadang nak ke Aeon Taman Universiti sebab kat situ ada Sedap Corner..lama dah tak pekena beef kwey tiaw dia..tapi, Encik Boss tukar haluan..dia bawa kami ke Pontian..

Kami pergi bertiga..Anna tak ikut sebab sekolah..Maka Shifa je lah jadi penghibur kami semalam..macam2 celotehnya..asyik bagi kami teka teki jek..soalannya berulang ulang..jawapannya pun kami dah tahu..layankan jugak lah janji dia pun terhibur..hehe..bila keluar lagi favorite dia kami nyanyi sama2..

Tak sampai sejam kami dah sampai di Pontian..tapi tak tahu juga mana nak tuju..seperti biasa bila dah sampai Pontian, Encik Boss mesti bawa kami ke kawasan Sekolah lama dia di Sekolah Arab Maahad Johor..lalu ke kawasan rumah sewanya sekadar mengimbas kembali zaman sekolah Encik Boss..walaupun jalannya dah banyak berubah tapi ingatan Encik Boss memang cukup tajam..semua simpang dia tahu, semua jalan dia ingat..aku tumpang seronok dengar cerita dia..

Bila dah puas meronda, baru kami balik..sebelum tu singgah jugak la gerai buah-buahan kampung..aku beli pisang restali, pisang nipah, ubi kayu dan Nanas..sedap dan manis gila nanas tu..rugi aku beli sebiji..penjual tu kata ini nanas Philippine..lebih sedap dari nanas madu..memang betul la kata2 penjual tu..seronok aku dengar penjual tu cakap jawa..hehe..

Perjalanan pulang, ingatkan nak singgah Meletop steamboat..disebabkan masa kami lalu tu baru pukul 5 lebih, kedai pun belum buka..Encik Boss decide makan kat Burger King saja..lagipun cuaca macam nak hujan..Shifa pun sibuk nak makan burger..sudahnya Shifa cuma ratah fries sahaja..sebelum balik sempat juga tapaukan BBQ hotdog untuk Anna..

Sepanjang perjalanan pulang, hujan sepanjang jalan..sampai rumah ngam2 azan Maghrib berkumandang..apa lagi, bersihkan diri dan solat..itu saja cerita aku semalam..he he..






Thursday 27 August 2015

Apa Khabar?


Assalammualaikum..

Aku tanya apa khabar??? Lalala..he he..lamanya aku tak blog..rasa-rasanya ada yang rindu 
x??? Tak Ada??? Tak apa la..setahun sekali kang aku update..hehe..punyalah busy sampaikan blog ni pun aku tak singgah..serious tau..ni baru sorang anak sekolah..tahun depan Shifa pun dah sekolah, maknanya dua tahun sekali la aku update..kikiki..

Ok la, life aku macam biasa je..walaupun aku tak update blog, tapi hari2 aku blog walking..aku suka baca benda2 yang positif..aku juga suka mereka2 yang positif..aku tak suka 'sarcasm' dan bagi aku ia adalah sesuatu yang negatif walaupun ianya tak salah..terpulang la kalau ada yang tak suka ataupun tak senang..nowadays, kadang2 orang tak suka kita tanpa sebab..

Jangan peningkan kepala fikir apa yang orang tak puas hati ok..tak elok..lebih baik kita muhasabah diri kita..cari silap kita dulu..then kita tak ada masa nak jahit hati mereka yang koyak itu..gitu..hehe..

Last week kami sekeluarga pergi bercuti..cadangnya cuma nak melawat adik ipar aku yang 
duduk kat Keramat, KL..tapi dalam diam Encik Bos ajak jalan2 pusing2 KL..pergi i-City, then  lusanya pula ke Tanah Rata Cameron Highlands..hehe..nanti kalau aku ada masa aku tepek gambar kat sini ya..line lately ni memang sangat menyedihkan..

Berbalik pada cerita pasal anak sekolah, lepas balik bercuti kami daftarkan Shifa sekolah..kami pilih sekolah yang sama masa Anna tadika dulu..punyalah excited nak sekolah budak bertuah tu, balik rumah terus test baju sekolah dia..hahaha..macam tak percaya je Shifa dah nak sekolah..sebab dia ni comel lote sikit orangnya berbanding dengan Anna dulu..cuma Shifa ni jenis independent..Anna pulak manja karekternya..

Teacher yang daftarkan tu pun macam tak percaya karekter Shifa yang agak peramah..katanya Anna dulu agak pendiam..ramai Cikgu suka kat dia..Shifa pulak dengan selamba bercerita sedangkan ini kali pertama mereka bersua..tak payah disuruh bukan main laju dia menyusun kata..Ada saja keletahnya..

Aku harap Shifa dapat menyesuaikan diri bila berada di alam persekolahanan nanti..bukan setakat peramah je..tapi penerimaan dalam pelajaran juga seiring ramahnya..hehe..ok la, jumpa lagi di lain entry..nak settlekan baju bajan untuk dicuci..tata!