Wednesday 2 September 2015

Tak Tahu Nak Buat Apa


Assalammualaikum..

Ni throwback semalam punya cerita..kelmarin Encik Boss baru je balik dari outstation..so dia ambil cuti dua hari..hari pertama, kami habiskan masa topup barang dapur kering dan basah..almaklum, awal bulan kan..makanya bukan sikit2 belanjanya..aku tengok troli pun macam nak pengsan..haha..

Semalam, aku cakap kat Encik Boss..ajak dia keluar tapi aku tak ada tempat spesifik yang aku nak pergi..Encik Boss pun pening..haha..end up kami pusing2 bandar JB tapi tak singgah mana2 pun..mula2 cadang nak ke Aeon Taman Universiti sebab kat situ ada Sedap Corner..lama dah tak pekena beef kwey tiaw dia..tapi, Encik Boss tukar haluan..dia bawa kami ke Pontian..

Kami pergi bertiga..Anna tak ikut sebab sekolah..Maka Shifa je lah jadi penghibur kami semalam..macam2 celotehnya..asyik bagi kami teka teki jek..soalannya berulang ulang..jawapannya pun kami dah tahu..layankan jugak lah janji dia pun terhibur..hehe..bila keluar lagi favorite dia kami nyanyi sama2..

Tak sampai sejam kami dah sampai di Pontian..tapi tak tahu juga mana nak tuju..seperti biasa bila dah sampai Pontian, Encik Boss mesti bawa kami ke kawasan Sekolah lama dia di Sekolah Arab Maahad Johor..lalu ke kawasan rumah sewanya sekadar mengimbas kembali zaman sekolah Encik Boss..walaupun jalannya dah banyak berubah tapi ingatan Encik Boss memang cukup tajam..semua simpang dia tahu, semua jalan dia ingat..aku tumpang seronok dengar cerita dia..

Bila dah puas meronda, baru kami balik..sebelum tu singgah jugak la gerai buah-buahan kampung..aku beli pisang restali, pisang nipah, ubi kayu dan Nanas..sedap dan manis gila nanas tu..rugi aku beli sebiji..penjual tu kata ini nanas Philippine..lebih sedap dari nanas madu..memang betul la kata2 penjual tu..seronok aku dengar penjual tu cakap jawa..hehe..

Perjalanan pulang, ingatkan nak singgah Meletop steamboat..disebabkan masa kami lalu tu baru pukul 5 lebih, kedai pun belum buka..Encik Boss decide makan kat Burger King saja..lagipun cuaca macam nak hujan..Shifa pun sibuk nak makan burger..sudahnya Shifa cuma ratah fries sahaja..sebelum balik sempat juga tapaukan BBQ hotdog untuk Anna..

Sepanjang perjalanan pulang, hujan sepanjang jalan..sampai rumah ngam2 azan Maghrib berkumandang..apa lagi, bersihkan diri dan solat..itu saja cerita aku semalam..he he..






No comments: