Thursday 10 September 2015

Aku di London


Assalammualaikum..

Suasana berkabus tidak pernah menghalang aku pulang ke kampung halaman suami..ya, cuaca sejuk yang melampau membuatkan aku dan anak anak menggigil kesejukan kerana tidak biasa dengan cuaca yang sejuk..cuaca panas di Malaysia benar benar membuatkan kami kekok dengan cuaca sejuk begini..ke Cameron Highland tempoh hari pun tak adalah sesejuk ini..anak anak pun tiba-tiba mengalami selsema mungkin disebabkan perubahan cuaca..

Amacam? Ok tak karangan aku tadi..hahaha..sebenarnya aku masih kat sini lagi..cuma semasa dalam perjalanan ke kampung tadi aku dapat idea menurunkan status di Facebook dan tag London, United Kingdom sebagai gurauan..semua itu disebabkan cuaca di Malaysia yang berjerebu persis di London..rakan rakan Facebook pasti tahu aku bergurau..memandangkan nilai matawang kita jatuh merudum, mana mungkin aku dapat berhuhu di London..

Dah dekat seminggu cuaca berjerebu..amat sukar untuk kami menjalankan aktiviti luar rumah kerana bimbang dengan keadaan udara yang tidak sihat..walaupun anak anak tidak keluar rumah, mereka masih terdedah dengan gejala penyakit yang disebabkan oleh jerebu 
ini..

Disebabkan Anna tidak bersekolah kerana murid darjah 6 menduduki peperiksaan UPSR, kami cadang pulang ke kampung suami pagi ini..cuma Anna aku pontengkan dari sekolah agama pagi ini..nasib Anna dah habis ujian..kalau tak, jangan harap aku nak pontengkan dia..tu pun aku bawakan Anna soalan latih tubi supaya dia boleh buat latihan di kampung..

Disebabkan suasana kampung yg sunyi dan cuacanya yang sejuk, aktitviti aku kat sini cuma bermalas malasan..haha..bila aku berada kat sini, mata aku mudah sangat mengantuk..lebih-lebih lagi bila semua kerja dah siap..kalau tengok tv pun tv yang tengok aku..

Disebabkan Encik Boss kerja, itulah rutin harian aku kat sini..sebab masing-masing bekerja..Mak mentua pun banyak masa berehat dan melakukan aktiviti ilmiah..malam baru lah aktiviti kami happening sikit..biasanya Encik Boss akan bawa kami jalan-jalan dan makan-makan..





No comments: