Tuesday 15 September 2015

Sindiran Atau Kebetulan


Assalammualaikum..

Apa khabar? Aku tak berapa nak sihat..sakit mata, merah dan berair..sangat tidak selesa..mungkin disebabkan jerebu..alhamdulillah dah semakin ok..hari ni aku cuti masak..cuma aku goreng ikan tenggiri masin sebab itu je lauk yang boleh membuka selera aku di kala tak berapa nak sihat..

Lately ni aku rasa disindir di Facebook, di wechat, di instagram..di mana2 media sosial..aku tak kata mereka tu haters aku..tapi mungkin itu antara tanda2 aku nak berubah ke arah kebaikan..andai mereka memang nak sindir aku, silakan..siapalah aku nak menahan mereka..

Kalau ada yang rasakan aku ni anoying sila lah abaikan aku..bila dah berkeluarga dah ada anak ni aku tak nak bermusuh dengan sesiapa..yang dikenali mahupun yang tidak dikenali..mungkin sebelum ni ada juga tulisan aku yang mengguris..tapi semua sekadar untuk melepaskankan apa yang terbuku di hati..

Nak menyesal pun perkara dah berlaku..mungkin lepas ni kena lebih berhati-hati..bila di fikir2 balik, macam mana aku nak minta maaf pada mereka yang terasa..macam mana aku terasa dengan kata2 mereka, begitu jugak mereka..

Aku selalu terfikir, dia ni memang nak sindir aku ke? Bila fikir semula, kalau pun dia nak sindir aku, kalau betul apa yang dikatakannya apa salahnya..tapi jangan pulak dipanjangkan takut timbul fitnah..takut sengaja menambah apa yang tidak ada..cukuplah..orang jahat pun ada juga maruah yang perlu dijaga..

Aku positif dengan apa juga keadaan..walaupun ada juga yang tak suka dan anggap ianya poyo, bagi aku semua tu dugaan dalam menahan kemarahan..kalau aku tak sabar maknanya aku dah gagal..kalau kelebihan yang ada pada aku buat aku lupa diri, lebih baik kalau aku tak memiliki apa2..

Macam serious sangat entry aku kali ni ya..haha..jangan pening2..kalau dapat baca entry ni sampai habis pun aku dah rasa kagum..ada juga orang nak baca entry merapu aku..hehe..




No comments: