Wednesday 9 September 2015

Anna dan Sekolah


Assalammualaikum..

Lama aku tak cerita pasal anak-anak kan..lama dah tak menulis tapi masa tak mengizinkan..sebenarnya banyak benda nak cerita tentang perkembangan anak-anak tapi macam aku cakap tadi masa dan mood tak mengizinkan..aku buat entry ni sebab aku nak Ada kenangan sepanjang tumbesaran diorang..mana tau esok ada dah tua boring-boring boleh baca dan ingat semula moment ni..

Sepanjang memulakan persekolahan darjah satu ni aku tengok Anna lebih ke arah Islamic.. Dia lebih suka subjek di sekolah agama dan subjek pendidikan Islam dan bahasa Arab di sekolah kebangsaan..subjek ni la yang dia score 100%..subjek yang dia lemah adalah Matematik dan Bahasa Malaysia..aku pun tak tahu kenapa..

Bukan dia tak score Maths dan BM..cuma subjek ni yang perlu di titik beratkan..dia lemah dalam pemahaman..mungkin dia lancar membaca tapi tak semestinya dia faham apa yang dia baca..setakat ni aku selalu belikan buku latihan dan buat latih tubi untuk semua subjek teras..

Kalau sekolah agama dia tak ada masalah..setiap kali ujian setara dan peperiksaan dia dapat no 1..walaupun begitu, aku tetap suruh buat ulangkaji setiap kali menjelang ujian dan peperiksaan..kadang-kadang aku yang terpinga pinga lebih-lebih lagi subjek bahasa Arab..hehe..mungkin kelebihan gen dari papa dia..

Mengaji pun sudah khatam Julai lepas..sekarang dia mengulang lagi supaya dia dapat memperbaiki lagi bacaan dan tajwidnya..mungkin inilah kelebihannya..alhamdulillah, syukur sebab dia memang istiqomah dengan apa yang dia belajar..

Kalau bab homework ni dah tak perlu disuruh malah ada juga ibu classmatenya whatsapp untuk tanya homework untuk hari ini..hehe..cuma kadang kadang aku hilang sabar bila dia suka mengusik dan buat bising kat rumah..kalau kat rumah dia ni memang tak reti diam..mulut kaki dan tangan sama berjalan..Ada je buat aku naik angin..haha..

Suatu hari, masa ambil report card, aku tanya cikgu macam mana perkembangan Anna kat sekolah..baik sekolah agama baik sekolah kebangsaan masing-masing cikgu bagi alasan yang sama..

"Anna tak ada masalah..cuma dia terlalu pendiam..saya pun tak tahu samada dia faham atau tidak apa yang cikgu ajar."

Erkkkk..aku macam konfius..kat rumah dialah yang paling tak reti duduk diam..tak reti berhenti dari bercakap dan tak reti berjalan dalam rumah, taunya berlari jek..bila cikgu cakap macam tu baru aku sedar, Anna ada dua karekter..mujurlah karekter yang elok berlaku kat sekolah..hahaha..

Satu lagi, aku selalu perhatikan Anna selalu mengadu sakit kaki waktu dia balik sekolah..kadang-kadang sampai merangkak nak masuk dalam rumah..dalam kepala aku cuma satu. Ni mesti dia tak reti duduk diam..tapi, bila dia kat rumah, walau dia tak reti duduk diam sepanjang hari dia tetap ok.

Bila aku tanya dia sendiri apa yang dia buat kat sekolah? Of course la dia kata dia tak buat apa-apa..aku tanya cikgu..jawapan cikgu buat aku gelak..siapa-siapa yang dengar pun akan gelak berjemaah..Encik Bos cuma senyum sumbing..nak gelak tak boleh nak marah pun tak boleh..

Sebenarnya, kat kelas Anna akan duduk sepanjang hari kat tempat duduk dia sampai kaki dia krem..hahaha..macam tu la kan kalau orang tak reti diam tiba-tiba sopan sampai krem kaki dibuatnya..

Seperti ibu bapa lain aku doakan agar Anna sentiasa istiqomah dan gigih dalam menimba ilmu..sentiasa menjadi kebanggaan kami dan jadi contoh terbaik buat adiknya..aku sentiasa berdoa agar terang hatinya dan menjadi anak yang solehah kelak..Aaminn..




No comments: