Saturday 29 December 2012

Kelengkapan Sekolah


Assalammualaikum..

Tinggal lagi 4 hari je lagi sekolah dah nak buka..kelengkapan semua dah sedia..Anna pun entah berapa kali asyik duk usung barang2 sekolah dia..excited la tu agaknya..tapi lama2 boleh buat aku naik angin juga bila Shifa mula menyampuk..masa tu la dia terjerit-jerit tak mahu Shifa usik barang2 sekolah dia..haih la, boleh jadi gaduh..bila aku fikir2, macam mana la kalau esok Anna nak buat homework? Mesti kecoh kan..huhuhu..


Inilah kelengkapan sekolah Anna..semua nak pink..hehehe..nasib baik baju sekolah dia tak warna pink..huhu..tengok lah tu kasut sekolah dia je saiz 13..


Lepas tu dia sibuk nak pakai tudung macam ni ke sekolah..hahaha..very the gedik anak aku sorang ni kan..hahaha..beria-ia dia suruh aku pakaikan tudung macam ni..pandai pulak tu suruh ambik gambar dia..


Pandangan dari sisi..tak boleh menahan aku tengok dia ni..macam kakak2..hahaha..lepas ni maka berubah lah kehidupan aku seharian melayan kerenah anak yang dah bersekolah..mesti banyak entry aku tulis lepas ni kan..kebetulan pulak aku dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa..




No comments: