Tuesday 27 November 2012

Cerita Recycle & Kesihatan Bapa Aku


Assalmmualaikum..

Hmmm..baru lah aku ada masa nak blogging..sibuk sikit sekarang ni..macam2 nak kena buat walaupun bos aku tak kisah pun kalau aku tak buat..hehehe..aku ni kan 'telaten' orang Jawa cakap..huhu..sila muntah sekarang! Ahahaha..

Mula2 tak tahu nak cerita apa, so aku decided malas nak update hari ni..tapi, tiba2 aku teringat malam tadi aku buat apa..jawapan bagi soalan bahasa Jawa tu maknanya teliti..hehehee..tu yang ada idea nak tulis apa..berbalik pada perkataan teliti tu, malam tadi aku selongkar baju2 lama Anna yang aku masukkan dalam plastik dan aku humban kat bawah katil..huhuhu..

Pilih punya pilih, banyak juga baju2 Anna yang Shifa boleh pakai..sebelum tu banyak baju2 Anna aku bagi kat kakak aku, adik ipar dan kawan2..memang banyak lah memandangkan Anna ni cepat besar..masa tu ingatkan aku ada Anna je tak nak tambah lagi..huhu..bila rasa Anna ni cepat besar, macam teringin pulak nak ada baby lagi..hehe..

Bila Shifa ada, semua barang2 baby aku kena beli baru..tak ralat pun aku bagi baju2 Anna kat orang sebab, aku masih tinggalkan sikit baju2 Anna yang masih elok untuk Shifa..tak sangka pulak baju2 tu semua Shifa dah muat..nampak je comel, tapi bila pakai memang dah sesuai kat badan..suka dia..Anna pun jenis tak kisah kalau adik dia pakai baju2 lama dia..jangankan adik dia, sepupu dia pakai pun dia buat donno jek..huhu..

Bila fikir2 balik, banyak betul aku beli baju untuk Anna..sampaikan berbungkus-bungkus aku tengok kat bawah katil tu..yelah..masa tu anak sorang je..nampak baju yang cantik2 terus beli..tak fikir2..sekarang, nak kena beli dua..tapi minat membeli tu dah berkurang..mungkin sebab sekarang ni aku sibuk dan tak ada masa nak keluar shopping..perhatian aku pada bapa aku yang semakin uzur..nak keluar jauh2 pun aku risau sebab takut kalau2 bapa aku kena hantar pergi klinik..

Masa raya tu pun aku tak dapat nak beraya sangat sebab bimbangkan bapa aku..sekarang ni dia dah tak boleh nak jalan sangat..kaki dia membengkak disebabkan kansernya tu..cakapnya pun dah melalut dan semakin pelupa..makan pun dah tak banyak..kadang2 tak cukup tidur sebab mengerang kesakitan..apa yang aku boleh buat, cuma bantu dari segi kewangan..hantar dia ke klinik atau hospital..sebab tu sekarang ni kalau dia nak makan apa, sebolehnya memang aku carikan..

Orang tua kalau sakit, kita kena sabar dan jangan sesekali ambil hati..sebab apa yang keluar dari mulut dia pun sebenarnya dia tak sedar..kadang2 geram jugak..tapi, apa boleh buat..sabar je lah..dah lah dia menahan sakit, kita tambah lagi dengan kata2 yang boleh menyinggung perasaannya..

Tiba2 dia nak makan mi bandung tengah2 malam..pergi lah belikan mi bandung..nasib baiklah kedai makan kat sini bersepah..kalau minyak cap kapak ni, memang dah jadi stok..inhaler pun kena sentiasa ada kalau tiba2 je dia sesak nafas..macam ni lah jaga orang sakit..tak ada istilah terpaksa pun..tapi, cuma aku mohon agar diberi kesihatan yang baik, sentiasa dibukakan pintu rezeki dan sentiasa sabar dengan dugaan..semoga apa yang aku lakukan sekarang akan dihisab olehNya..Amin..



No comments: