Thursday 17 January 2013

Sejak Dah Sekolah..


Assalammualaikum..

Sekarang ni masa untuk aku berblog adalah sangat terhad..masa aku online pun dari pukul 12 tengah hari hingga 3 lebih atau pukul 4.00..itu pun sebab waktu tidur Shifa..kalau tak, memang tak berkesempatan lah..Shifa memang tak boleh tgk aku ngadap lappy..nanti macam2 kerenah dia keluar..sudahnya dia yang dok mengadap lappy layan Upin & Ipin..redha je lah..huhu..

Aktiviti harian berjalan macam biasa..sibuk pada belah pagi dan rehat pada waktu tengah hari..lepas Anna balik dari sekolah, baru keadaan huru hara balik..macam tu pulak rutin sekarang ni..pagi, aku sibuk mengemas, membasuh, memasak dan siapkan bekalan untuk Anna ke sekolah..bawak bekal pun balik rumah still nak cari nasi..sejak dah sekolah, makin bertambah-tambah pulak selera dia..

Lepas Anna balik sekolah, dia akan makan atau mandi dulu..lepas tu mengaji..lepas mengaji kalau dia tak mengantuk, dia akan siapkan homework..apa yang aku perhatikan, Anna ni jenis disiplin..dia akan dulukan apa yang perlu didahulukan..kalau tak buat, hati dia tak keruan..mula lah dia kelam kabut dan ada kalannya dia akan merengek sebab nak siapkan homework..

Kadang2 geram jugak sebab dia akan dengar cakap teacher je..kalau aku tegur cara dia mewarna, dia tak pernah nak ikut..esoknya aku tengok cara mewarnanya dah improved..teacher suruh buat cantik2 katanya..cett! Lepas tu dia kata teacher puji dia sebab dia cantik mewarna. Kadang2 aku tengok dia ni sukakan cabaran dan inginkan pencapaian yang baik..apa yang dia buat dia nakkan 'star'..hahaha..

Dan apa yang aku perhatikan, sejak dah bersekolah ni aku asyik nak kena dengar cakap dia je..kalau aku aku tegur, ada je alasan dan jawapannya..kadang2 hangin jugak..sabar tak sabar hinggap juga 'ketam' aku kat badan dia..hahaha..garang tak aku..kadang2 Encik Hubby tegur jugak sikap aku yang satu tu..tapi, anak2 aku memang tak takut dengan aku..mungkin sebab dah hari2 mengadap muka aku..lain lah Encik Hubby, diorang jumpa 2 hari sekali..tu pun malam je..hehe..





No comments: