Thursday 7 February 2013

Picisan?


Assalammualaikum..

Terasa macam nak tulis sesuatu tapi macam malas..tapi rasa nak luah sesuatu, macam tersekat-sekat..apa pun senang aku taip je..hahaha..itu dah memang tugas blogger picisan macam aku..picisan? Ya, aku sentiasa rasa diri aku ni tak berapa penting di mata orang lain..sentiasa mahu orang lain berada di hadapan..tidak juga mahu dikenali tapi hakikatnya ramai yang mengenali tanpa aku perkenalkan diri..

Aku bukanlah Anzalna 'Kulai' bak kata seorang sahabat..hehe..tak seksi, tak lawa, tak pandai, tak memiliki pakej yang boleh dibanggakan..tapi aku suka macam ni..seakan tidak mahu menonjol tetapi tetap menonjol..menonjol dimata orang yang rasakan aku ni menonjol..haha..terbelit nak fikir maksud ayat kan..tapi, itulah perkara yang sering berlaku..

Sejak zaman sekolah lagi aku tak menonjol..kalau bergerak secara berkumpulan pun aku selalu berada di kelompok paling belakang tak pun paling tepi, tak pun kat celah2 kawan2 aku..tapi, bila aku keluar town, aku suka pergi sorang2 dengan cara aku..peliknya bila terserempak dengan lelaki dewasa kat luar, orang akan tanya ''kau ni adik sipolan kan?'' Oh ya, aku dikenali kerana aku adik pada abang aku..ramai yang kenal, tapi peliknya abang aku takde lah famous..

Aku jadi malu dengan perhatian..tapi, aku lengkapkan diri aku dengan pengetahuan..pengetahuan am khususnya supaya aku tak diperbodohkan walaupun aku kelihatan naif je depan orang..lama2 aku dah tak kisah dah..bila ramai sahabat2 abang aku mula respect..maksud aku, mereka tak menegur dengan cara mengusik atau mengorat, aku pun selesa..

Kadang2 orang perempuan ni bila orang lelaki tegur je, mula rasa mereka2 ni nak mengorat..kan2..tapi aku ni jenis selamba..bila orang lelaki tegur, aku tanya dia balik..cakap dengan dia nak apa..biasanya tak ada apa2 yang berlaku..kalau kita jual mahal sangat pun, kita juga yang bengang sudahnya sebab budak2 lelaki ni kadang2 nak perhatian je..

Sampai sekarang pun aku rasa aku ni sekadar manusia picisan..tak perlu dilayan lebih2 dan sentiasa menganggap diri ni biasa2 sahaja..kadang2 dengan suami sendiri pun aku tak nak perhatian yang melebih dan  tak berangan pun aku dilayan macam tu..cuma kadang2 tu Encik Hubby yang mahukan aku seperti dihargai olehnya..Alhamdulillah, walaupun perhatian diberikan lebih pada anak2, sesekali Encik Hubby pun bagi perhatian jugak kat aku walaupun aku tak minta..

Dalam kehidupan ni jangan terlalu mengharap..ikhlaskan diri dahulu, In Shaa Allah kita akan terima segala manfaatnya tanpa kita sangka..aku lebih sukakan surprise yang begitu..kalau kita terlalu berharap, kita akan kecewa bila kita tak dapat apa yang kita harapkan..so, cara ini je yang boleh buat aku senang..tapi, jangan lupa menghargai apa yang kita perolehi..

Bila kita sentiasa dapat apa yang kita mahu, kita akan kurang menghagai sebab benda tu memang kompem je dapat..tapi, bila kita tidak mengharapkan apa2 tetapi dengan izinNya kita perolehi, percayalah feelnya tak sama macam apa yang aku sebut mula2 tadi..korang akan rasa sangat hebat!

Sorry la kalau rasa entry ni sangat annoying..macam aku ni gud2..tapi aku nak kongsi apa yang aku rasa, apa yang pernah aku alami dan apa yang pernah aku hadapi..semuanya telah mematangkan aku..aku cuma nak menghargai apa yang aku pernah perolehi..dan melupakan semua yang pahit2..sebab semua tu aku anggap sebagai pengajaran..terima kasih kepada sesiapa yang senang dengan kehadiran aku..



No comments: