Monday 4 February 2013

Trip Pertama Anna Di Sekolah


Assalammualaikum..

Sebenarnya ini cerita hari Jumaat lepas..tak sempat nak publish sebab sibuk membaking kek untuk jiran yang buat majlis perkahwinan anak perempuannya..so, aku pun menyibuk sekali la tolong2 apa yang patut sebab jiran aku ni Pakcik Hidayat, adalah orang yang paling banyak berjasa dengan keluarga kami. Masa bapak aku meninggal, seluruh ahli keluarga dia datang membantu. Dari urusan kat hospital, bilik mayat sampai majlis kenduri arwah Pakcik Hidayat ni lah yang paling sibuk. Isteri dia pun tolong masakkan menu untuk tetamu yang datang melawat..memang kami terhutang budi dengan keluarga ini..

Ok lah, next entry aku ceritakan macam mana kami sekeluarga boleh rapat ya..kali ni aku nak cerita kisah anak dara sulung aku ni ha..sejak dah sekolah, inilah kali pertama dia pergi trip sekolah..sukanya bukan kepalang..2 hari sebelum pergi trip, teacher dia ada bagi surat kebenaran ke trip..Oh ya, ni trip ke Masjid Senai Airport. Kat surat tu ada sebut pasal apa yang perlu dibawa dan perlu sertakan RM2 untuk tambang dan RM1 untuk tabung masjid..aku pun excited jugak la dengan program ni..

Sampai rumah je Anna terus bagi aku surat tu tapi disebabkan Encik Hubby perlu tahu hal ni makanya aku pun cakap kat Anna tunggu Papa dia balik dulu..sepanjang tunggu Papa dia balik, dia memang tak senang duduk..asyik dok tanya surat tu je..haih la..lepas Papa dia balik, kami nak ke Titah dulu sebab nak barang sikit sedekah kat jiran aku sempena majlis perkahwinan anak dia tu..Anna dah tak senang duduk. Sampai kat rumah dia dah mula nak melalak sebab Papa dia belum tandatangan lagi..dari surat tu elok, sampai dah renyuk dibuatnya sebab dia bawa sekali pergi Titah..hehe..akhirnya, nak puaskan hati dia, Encik Hubby pun sign la borang tu..senyum sampai ke telinga!

Aku tak tahu lah..Anna ni jenis yang macam mana? Pernah satu hari tu ada homework dia yang perlu tandatangan parent..aku dah sign dah..tapi mungkin aku tak sign kat depan dia, tengah2 malam tu alih2 aku dengar dia melalak..aku tanya kenapa? Dia kata aku tak sign lagi homework dia..haha..lepas tu aku kata aku dah sign dah..dah, pergi sambung tidur..buat terperanjat aku je tau! Kalau buat homework pun macam tu. Kalau boleh, balik sekolah terus je buat homework! Memang tak menyabar..haha..


Semangat! Pagi2 buta dah nak tunggu van sekolah..


Makanan yang dibekalkan pihak sekolah..makaroni bakar..sanggup tak makan bawak balik rumah sebab nak tunjuk kat aku..hehe..


Memang favorite Anna pun..anak2 memang suka pasta..


Petang tu aku buat pasta Aglio Olio..Anna kata makaroni tu sikit sangat, tu yang return buat yang lain..hahaha..





No comments: