Monday 25 February 2013

Pan Mee In The House


Assalammualaikum..

Kemain bersemangat aku hari ni kan..padahal Monday Blues, tapi semangat seorang wanita, isteri, ibu dan anak membuak-buak..tapi, benonya semangat nak makan tu yang paling utama..ahaha..memang dah lama aku nak makan Pan Mee..tapi disebabkan ramai umat kat rumah aku ni tak makan sayur pucuk manis, makanya aku pun buat ngam2 untuk aku sorang..pakai periuk kecik je..

Pan Mee ni adalah Chinese food..1st time aku makan ni berbelas tahun dulu..tu pun ada sorang member aku kenalkan dan mak dia memang selalu buat Pan Mee ni..masa aku pregnant dua2 anak aku ni, benda alah ni lah yang memang aku teringin sangat..alhamdulillah, dapat..tu pun mak member aku yang buatkan..tapi, kali ni jangan ingat aku pregnant pulak ya..yang ni memang aku buat sendiri kredit daripada resipi yang mak member aku bagi..

Kalau asyik dok teringin je cari mak member aku ni nak jadi apa pulak kan..mana nak layan aku, mana nak layan anak dia..ahaha..solution, aku mintak sendiri resipinya..mudah je, tak susah mana pun..tapi, hasilnya memang kena dengan tekak aku..akakaka..tekak orang suka makan ni benonya sama je dak? Ahahaha..jom tengok resipi ni..tapi aku tak buat tutrial, sebab banyak benda nak buat pagi2 ni..


Inilah rupa Pan Mee tu..aku makan dengan sambal kicap..tekak orang melayu katakan..yang warna putih lebar2 tu Pan Mee nya..dibuat daripada tepung..


Bahan-bahan sup:-


Segenggam sayur pucuk manis

100g ayam dipotong dadu

10 biji fishball (belah 3)

10 ekor ikan bilis (ditumbuk)

1 biji bawang besar (ditumbuk)

1 biji bawang putih (ditumbuk)

1 cm halia (ditumbuk)

Garam secukup rasa

Air



Bahan tepung:-


5 sudu besar tepung gandum

sedikit air

1 sudu kecil minyak masak

secubit garam



Cara-caranya:-


1) tumis semua bahan tumbuk..

2) masukkan ayam

3) masukkan air, masak hingga mendidih

4) dah mendidih, masukkan fishball, sayur pucuk manis dan garam secukup rasa..siap.



Cara buat tepung:-


1) campurkan tepung dengan air, garam dan sedikit minyak tadi dan uli..

2) cubit sedikit dan lenyek sehingga leper seperti dalam gambar di atas..

3) masak seketika di dalam sup tadi dan hidang 

4) hias dengan bawang goreng..



P/s: masukkan tepung apabila ingin dimakan sahaja..kalau nak simpan sup, tak payah masak tepung tu sebab takut kembang..


Selamat Mencuba!







No comments: