Saturday 15 February 2014

Setiap Orang Pernah Buat Silap


Assalammualaikum..

Lately ni memang aku busy semedang..memang betul2 tak sempat nak melayan lappy..sempat layan facebook pun kat handphone je..tu pun sempat update je..lepas tu memang tak sempat apa2 dah..nak mereply pun tunggu 2-3 jam..haha..maaf la ya, aku betul2 tak sempat..

Sepanjang kebizian aku ni macam2 perkara berlaku..macam2 kisah berlaku dengan kawan2 yang kira rapat jugak la sekarang dengan aku..sebenarnya benda ni dah lama merebak, tapi aku malas nak campur sangat sebab semua pun kawan aku jugak..

 Itulah kan..kita ni kena sentiasa bersihkan hati kita..kalau hati kita ni sering berprasangka, ia melibatkan rohani kita juga..aku cerita pun bukan sebab aku rasa aku saja yang betul..tapi perkara macam ni banyak menyedarkan aku, banyak mengajar aku erti persahabatan, realiti kehidupan dan bagaimana nak mengatasi masalah macam ni..

Aku pun bukan tak pernah buat silap malah sampai sekarang pun aku sedang perbaikinya..bila ada suara2 yang masih nak ungkit, bagi aku biarkan mereka sehingga mereka puas..aku doakan suatu hari nanti mereka juga akan sedar, bukan mudah orang nak maafkan kita dengan seikhlas hati..

Sekarang ni manusia menghukum sesama mereka lebih zalim dari Penciptanya..kalau dengan Pencipta, kita masih boleh memohon ampun dengan sepenuh hati kita bila kita buat silap..tapi dengan manusia..walau dengan seikhlas hati pun belum tentu kemaafan kita boleh diterima dengan ikhlas dan hati terbuka..

Doa, doa, doa..itulah perkara yang penting untuk tetapkan hati kita..mereka yang menjadi tetamu syurga itu bukan hanya kerana menjaga solatnya semata..tapi ketetapan dan kebersihan hati juga menjadi keutamaan..adik2, kakak2, makcik2..aku bukan bercerita kosong..aku tak mahu apa yang diceritakan tentang wanita yang lebih ramai 'di sana' itu bukanlah wanita dikalangan kita..

Berbalik cerita aku tadi, aku tak nak berprasangka buruk pada sesiapa..kalau ada yang bercerita tentang keburukan kita, itu tidak bermakna kita boleh bercerita tentang keburukannya pula..dosa tetap dosa..bukan senang nak pelihara hati..jika kita boleh pelihara melalui perkataan belum tentu kita boleh pelihara melalui hati..apapun hati kena bersihkan dahulu..

''Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata'' ~surah Al-Ahzab ayat 58.




No comments: