Thursday 30 January 2014

Lama Tak Blogging


Assalammualaikum..

Lamanya tak blogging kan..terima kasih pada yang tertunggu-tunggu update aku yang merapu ni..hehe..sebab2 aku jarang blogging adalah disebabkan masalah biasa..line tenet aku yang lembab..kadang2 bila line ok, aku pulak yang tak ada mood nak mengarang..kadang2 bila dah karang satu2 cerita aku tak publish pulak..yalah..kadang2 bila hati ni tak keruan, macam2 kita nak luah..tapi, bila baca balik, aku takut ada yang fikir aku ni jenis yang gud2..bukan susah nak buat orang benci kat kita even tak pernah pun bersemuka..baca blog aku ni pun rasa macam nak muntah gaknya..hahaha..

Ok la..aku tau ramai yang silent reader kat sana..aku pun silent reader jugak..muehehe..bulan ni memang aku agak busy jugak la..mula2 anak2 aku demam berulang-ulang..tu yang Anna tak pernah2 ponteng sekolah, terpaksa ponteng sehari..nasib baik masa dia demam teruk tu memang time cuti dan ditambah pulak dengan cuti umum Maulidur Rasul dan demam ulangannya sampai cuti gantian Thaipusam..risau jugak aku sampai aku terpaksa hantar pergi hospital..terima kasih banyak2 kat kawan2 yang banyak bagi semangat kat aku waktu tu..yelah..dua2 anak aku demam panas berulang..siapa yang tak risau..

Kalau ada yang kata aku terover sampai nak update kat FB tu biaq pi la..bukan senang nak puaskan hati semua orang..nak buruk sangka kat orang pun lagi tak elok..dosa! Berbalik dengan cerita tadi, lepas anak2 dah sihat, aku banyak bagi tumpuan kat anak2..Taqris aku jaga macam biasa..lepas tu Encik Hubby pulak macam biasa outstation ke Kelantan..esok in shaaAllah baru balik..masalah aku, kalau anak2 dah lama sangat tak jumpa papa diorang, masing2 buat perangai..

Lately ni entah kenapa aku asyik benar mengemas rumah..mengemas mengalahkan esok nak raya weh! Habis aku punggah barang2 yang aku rasa tak pakai aku kumpul dan buang..aku rasa orang angkat sampah aku pun merungut sebab banyak betul barang yang diorang kena angkut..hehehe..mahap ye pakcik SWM..sejak aku pindah aku tak pernah jenguk lagi barang2 yang aku susun kat dalam almari..main susun jek sampai tak muat..bila cek balik, banyak betul barang yang tak pakai..lengang almari aku sekarang..hahaha..

Firstly aku kemas bilik aku..memang dah lama aku nak alih perabut kat bilik aku tu..tapi, disebabkan ruang yang terhad, hasrat terpaksa ku pendam sehinggalah hari Isnin hari tu aku mengemas macam nak terbalik rumah aku kerjakan..macam aku pulak sambut CNY..hehehe..dah tak ada kotak2 isi barang2 kat atas almari dah..semua aku dah buang..alat2 solek aku yang dah expired pun aku buang sekali..kain baju dalam almari pun aku susun semula..pendek kata, apa yang ada dalam bilik aku tu cuma ada barang yang aku betul2 perlu jek..

Aku ingatkan aku cuma nak kemas bilik aku jek..bilik mak aku pun aku kemas sekali..hahaha..bila mak aku tengok aku dah terlebih rajin, dia pun suruh aku kemas kabinet dapur sekali..tak cukup dengan tu, memang satu rumah la aku sakan mengemas..aku ni time rajin macam ni jangan dihalang..sebab kalau aku dah tak buat tu semua, memang makan masa la nak kemas macam ni balik..hehehe..

Last two days birthday aku..wehehehe..terima kasih banyak2 la siapa2 yang wished aku ya..memang challenging la nak mereply..Alhamdulillah, end up dapat jugak aku mereply semua wishes dengan menggunakan handphone E63 yang banyak berjasa..dengan line tenet yang lembab, dekat tengah malam juga la aku selesai mereply..tahun ni first time sambut birthday tanpa Encik Hubby..tapi, birthday present sempat dia bagi awal sebelum dia ke Kelantan..

Sejak dah jadi suri rumah sepenuh masa ni macam2 pulak present yang Encik Hubby bagi..mula2 bagi smart phone, lepas tu dia belikan handbag..bukan satu, tapi dua..hahaha..handbag aku dah buruk katanya..bukan tu saja, dia siap belikan aku 2 pasang baju..memang dia dah berhajat dah nak bagi semua tu cuma masa je yang tak sesuai..sebab Encik Hubby bukan selalu pun manjakan aku macam ni..aku pun bukan jenis yang meminta-minta..pernah kan aku plan nak beli handbag..memang aku dah kumpul duit siap2 dan tak sangka aku pun dapat present handbag..dan duit tu aku simpan lagi..hehehe..

Ok la ya, penat dah menaip..korang pun penat nak baca kisah merapu aku ni..hehehe..aku doakan korang sentiasa sihat dan gembira disamping yang tersayang..sayang korang ketat2..tata..



No comments: