Saturday 4 January 2014

Kisahnya..


Assalammualaikum..

Macam dah tak best nak blogging sekarang..sebab aku merajuk..merajuk dengan line tenet kat rumah aku ni..haha..dah hari ke empat dah tukar kelander baru, baru ni aku sempat nak update..azam aku? Hari2 aku tanam azam..azam yang lebih baik dari yang terdahulu..tipulah kalau kata awal tahun aku tak tanam apa2 azam..macam orang lain, azam aku mestilah nak yang terbaik..

Asal Januari je aku rasa seram sejuk..huhu..tak tahu lah kenapa..selagi tarikh tak melangkau ke 'angkanya' selagi tu la aku rasa nervous semacam..dari dulu memang macam tu..aku pun tak tau kenapa..Alhamdulillah, yang penting aku masih lagi melihat dunia di tahun 2014..sampai bila? Wallahu a'lam..hanya Allah sahaja yang tahu..

Seperti biasa, aku mahu tingkatkan kualiti ibadah, mahu sebanyaknya memohon maaf kepada sesiapa pun, mahu sempurnakan auratku, pendek kata aku mahu sempunakan segalanya..bila umur semakin meningkat, bumi pun semakin tua, semakin takut aku pada Allah..tiada siapa yang dapat menolong selain ibadah yang kita lakukan..sedangkan kita rasa seram berada di tanah perkuburan berseorangan, apa lagi kita hadapinya di alam barzakh?

Ok la, awal persekolahan hari tu macam biasa la, hantar Annasophea pergi sekolah..jiran2 aku ramai yang ingat Anna dah naik darjah 1..belum lagi..tahun depan baru cukup umur..huhu..maklum la, maknya dulu kahwin lambat..hehe..ada anak kawan yang sebaya umur dengan aku dah lepas SPM pun ada..hebat tak???
Yang dah tutup kilang pun ada..aku ni pun kilang tinggal 1 produk je lagi..hahaha..memang dah tertulis anak aku tak ramai..Alhamdulillah, yang dua orang ni pun dah murah rezeki aku..

First day baru kami datang sekolah bayar baki yuran sekolah sebab Encik Hubby sibuk outstation..masa tu jugak aku beli uniform sekolah Anna lagi..uniform lama boleh pakai lagi cuma dah senteng..hehe..sekalinya saiz baru yang Anna dapat ialah XXXXL..hahaha..tergelak aku depan kerani tu..kerani tu pun gelak sama..adeh la, aku pun muat uniform dia..

Lepas tu Anna aku biarkan dia balik naik van sekolah..masa first time dia sekolah dulu pun aku tinggalkan dia jugak..aku tengok dia ok je, tu yang aku berani tinggalkan..pesan dia siap2..masa nak pergi pun dia dah sibuk nak naik van sekolah..aku kata kat dia, first day ni biarlah kami yang hantar..haha..lepas hantar Anna, kami ke sekolah Kebangsaan pulak..daftar darjah 1 untuk sesi 2015..Alhamdulillah..nasib baik tak kena bebel sebab rasanya kami lewat juga nak daftar..

Bila semuanya settled, barulah lega..harap2 Anna happy sekolah kat situ lagi..maunya tak happy..barang2 sekolah semuanya baru kecuali kasut..kasut dia elok lagi tu yang tak belikan..kalau beli pun mungkin pertengahan tahun nanti bila agak2 kasut dia dah sempit..hehe..barang2 sekolah Anna aku beli guna duit syiling yang aku kumpul..duit syiling tu semua sebenarnya Encik Hubby punya..daripada dia longgok kat atas meja, baik aku simpan dalam tabung..2 tahun menuai..sekali tuai dapat la dalam RM150-RM170..

Ringan juga beban Encik Hubby..yelah..bukan kami je yang dia kena tanggung..dia juga tanggung keluarga aku selain keluarga dia kat kampung..memang aku kagum dengan Encik Hubby ni..masa dia lepas sekolah, dapat kerja, terus dia bantu adik2 sekolah..untuk diri dia, dia tolak tepi walaupun dia masih ada abang2 dan kakak2..kira Encik Hubby ni memang harapan keluarga la waktu tu..tapi dia tak pernah merungut..aku tahu pun sebab mak mentua yang cerita..kalau nak dengar dari mulut dia memang tak la..

Sebab tu aku tak meminta-minta kecuali dia yang offer..Encik Hubby paling suka belikan apa yang aku mahu bila usaha aku untuk kebaikan anak2 berjaya..itu yang selalu aku perhatikan..anak dapat hadiah, aku pun dapat hadiah sekali..pernah juga bila kami pergi Aeon Mall, dia bagi duit suruh beli apa2 yang aku nak..aku cuma beli baju untuk anak2 je..dia tanya kenapa tak beli baju untuk aku, tak cukup ke duit tu? Kalau tak cukup, nanti dia tambah..duit tu lebih dari cukup..cuma aku rasa aku nak simpan baki duit tu..bila aku ingat2 balik insiden tu mula la aku rasa sedih..huhu..ter emo la pulak..

Di penghujung cerita kali ni baru aku terfikir, apa aku nak tenyeh tajuk entry kali ni? Hehehe..cerita asal dah kelaut..macam mana ni? Hehehe..belasah je la kan..




No comments: