Monday 25 June 2018

Cerita Raya Pulak


Bismillahirrahmannirrahim

Penatnya lahai nak update..haha..rasa macam tak ada ruang nak update dah..tapi tulah, kita merancang tapi Allah yg tentukan..mcm ni la, rasa tak ada ruang, tapi dah rezeki, masa tu ada lebih dan berpihak pada hakak..๐Ÿ˜

Aritu dah janji nak update kan๐Ÿ˜œ..sambil tengok world cup siaran ulangan, sambil tu hakak ingat balik kisah raya tempoh hari..maaf la kalau tulisan hakak tak best nak baca..sorry tau tau tau๐Ÿ˜‚

Hakak kan baru je weekend lepas start beraya..Jumaat malam Sabtu tu hajatnya nak raya rumah Kak Long dgn Kak Ngah, tapi disebabkan Kak Ngah aku belum balik kerja lagi, aku bawak Mak beraya kat rumah Kak Long je..tu pun sekejap sebab Encik Bos ajak aku terus pergi rumah sahabat dia kat Batu Pahat malam tu jugak..

Kami gerak dalam pukul 10pm..dekat pukul 12pm kami baru sampai..kami lewat sikit sebab kenderaan banyak giler..slow moving..lepas jumpa, kami gerak semula balik Kulai.. 1.50am kami sampai..tak dan nak tengok world cup sebab esok pagi dah nak gerak pergi beraya ke Kluang..

Esoknya dalam pukul 9.30am kami gerak 2 kereta ke Kluang..mula² kami pergi ke Felda Kahang Timur kat rumah makcik aku..lepak sampai pukul 4 camtu la..lepas tu gerak ke Taman Bersatu rumah pakcik aku pulak..

Lepas beraya kat rumah pakcik, sepupu aku pulak datang, ajak pula ke rumah dia..nasib baik dekat, jalan kaki je..first time pergi rumah dia sebenarnya..alhamdulillah, isterinya peramah..kalau bercerita bunyinya macam kelakar je..bercerita sambil ketawa๐Ÿ˜‚..

Hampir Maghrib kami gerak balik..Maghrib pun singgah rnr je..kami sampai Kulai dalam pukul 9.30..rushing kejap pergi belanja barang basah..tu pun diorang dah nak berkemas..

Sebelum balik kami singgah mamak..aku order sup daging yang marvelous! Memang aku suka sup mamak kat satu kedai ni..kalau rasa nak demam atau badan rasa penat giler, memang aku order sup daging @ kambing kat sini..

Pukul 11pm baru sampai rumah..aku panaskan bubur lambuk yg sahabat Encik Bos kirim semalamnya..mandi² lepas tu kutip baju kotor..malam tu jugak aku pergi dobi..hampir pukul 2am baru siap..paham² la, kalau kain kotor untuk 3 hari camne..

Sampai rumah terus je meloncat atas katil tak sador²๐Ÿ˜‚..esoknya anak² dah start sekolah..malamnya pulak ada marhaban..fuhhhh..begitulah seterusnya sampai akhir minggu ni..

Tu je nak cerita..kalau nak cerita banyak, memang tak dan la..sebab aku nak menaip ni pun teraba-raba..malas nak capai spek๐Ÿ˜Ž..


Sekian..


No comments: