Sunday 4 December 2016

Destinasi Wajib Musim Cuti


Assalammualaikum..

Sebenarnya tak rancang pun..sekadar cadangan masa berbual kosong dengan adik ipar..tapi dengan harapan menjadi realiti la..hahaha..sementara kami berada di kampung Encik Boss, ada baiknya kami luangkan masa bercuti di pantai yang ada kat area Kota Tinggi ni..

Kami tak tetapkan pantai mana kami nak pergi..sebab kat Kota Tinggi ni memang banyak pantai² menarik..akhirnya Encik Boss dan aku ambil keputusan pergi ke Teluk Ramunia Beach Resort. Tempat kami selalu lepak² dulu..kira entry throwback la ni..sebab semalam kejadiannya ni..😆

Oh ya, kami pergi 4 sekeluarga..iaitu keluarga belah ipar² aku..memang seronok..pagi² kami sediakan mi goreng, ayam masak kari, sayur kacang, nuget, sosej dan kentang goreng..biras aku pulak bawa sayur nangka, mi goreng dan ikan pekasam..hurmmm..memang rambang mata nk makan yang mana dulu 😅..

Sampai je kami sewa 1 chalet betul² berhadapan dengan pantai untuk kitorang berehat dan bilas serta mandi. Suasana kat sini memang best ditambah pulak dengan cuaca yang baik..nak ikutkan, sekarang ni musim hujan..boleh dikatakan hari² hujan kat sini..tapi, tidak pada hari itu..

Kami suka pergi ke sini sebab pantainya berteluk..berteluk ok, bukan bertelor 😆😆😆..jadi, kita² je la yang berjimba kat situ..disebabkan semalam pantai surut sedikit, air pun tak berapa clear so tak boleh la nak snorkeling walaupun peralatan dah bawa siap²..

Lepas Maghrib, barulah kitorang beransur pulang..masing² tak mengadu letih termasuk Mr Pilot aku ahahaha..tapi hari ni baru terasa letihnya..kaki aku semalam terpijak batu kat pantai tu pun semakin terasa bisanya..terdengkot-dengkot aku berjalan..ok la tu je nak cerita..babai..









No comments: