Wednesday 16 November 2016

Mengeteh


Assalammualaikum..

Masa aku update entry ni aku tengah mengeteh..haha..tu pun nak cerita..aktiviti yang makin kerap kitorang buat..kadang² bukan sebab nak makan pun..saja nak hangout, update benda² yang berlaku kat rumah..masa tu lah kitorang akan berbual macam kawan..

Selalunya anak² akan ikut sama..tapi, memandangkan Anna dah tidur, Shifa je la yang ikut sama..kalau hari biasa memang tak lah..tapi disebabkan dah tak belajar, boleh dimaafkan..yang paling aku tak tahan mulut dia becok sepanjang berada kat mamak ni..aisyyy..

Mamak kat sini memang dah kenal sangat dengan kitorang..sampai dah tau kitorang nak order apa..satu je la mamak ni, servis cepat, air tak lokek..walaupun kau pergi 1000 kali macam tu jugak rasa dia..tak pernah berubah..

Kalau ada yang terkurang pun diorang akan cepat² pastikan order kita rasanya seperti yang kita inginkan..itu lah kelebihan mereka..walaupun kita tegur diorang macam² dia tetap senyum kat kita..macam tu la servis yang betul..

Ada juga restoran lain mempunyai layanan yang baik..itu aku tak nafikan..aku ni jenis simple..kalau makanan kat situ tak best, aku akan pergi juga..mungkin hari tu je tak best..mana tau hari lain best kan..memang tak memilih sangat..

Ok la, dah nak balik ni..nanti aku cerita lagi..time ni la Shifa nak tekucil kan..bye..





No comments: