Friday 19 October 2012

Salam Jumaat


Assalammualaikum..

Salam Jumaat uolls..kejap je kan dah Jumaat..rasanya baru je aku busy, esok dah aku menempuh busy  semula..busy yang tak ada kesudahan..bilalah Encik Hubby nak bawa kami bercuti duduk kat hotel dan aku tak payah masak..ekeke (terus gelak kepit). Masa tu aku nak duduk relax je layan anak2..wuhuhu..

Biasanya kalau hari Jumaat, aku masak lebih sikit sebab biasanya kakak & abang aku akan datang dan biasanya akan makan sekali..walaupun kadang2 diorang dah makan siap2 kat rumah, bila aku masak mesti diorang nak mentong lagi. Mentong ni bahasa Jawa yang maksudnya makan berulang..ahaha..malam nanti tinggal hangat lauk je..


Mula2 masak kari ayam dulu. Ayam aku suka masak kari sebab lepas tumis, masuk ayam, kentang dan santan terus tinggal sampai ayam empuk..sambil tu aku boleh buat kerja lain..


Sambil tu, kat tungku dapur sebelah aku goreng ikan dan aku masak tumis asam je..ikan kembung batu ni memang aku suka masak macam ni..selain tu kalau buat pais ikan pun mabeless..huhu..lama dah tak makan pais ikan..nanti kalau aku ada masa, aku buat tutorial dia sekali ok..hiks!


Sayur pulak aku masak sup kincam..ni memang favorite aku ni..korang tau kincam tu apa? 


Inilah bentuk kincam sebelum di masak..percaya tak, kat belakang rumah mak mertua aku ada tanam..wahaha..-Google Image


Sangat kecewa aku tau bila daun sup dan daun bawang aku banyak yang dah kuning2..maknanya dah tak fresh lagi..padahal aku dah bungkus dengan kertas suratkhabar tau..sob sob..aku ambil yang masih ok dan boleh digunakan je..sayang weh..


Dapat ni je..aku potong siap2 masuk kat dalam bekas..sikit je kan..selalunya penuh satu bekas. Aku suka potong2 macam ni lepas tu simpan sebab kat rumah aku kan ramai budak2, makanya rajin lah aku masak sup. Tak kuasa, asal nak masak sup je nak kena potong..wahaha..


Tadaaa...aku kalau dah nampak sup kincam ni lauk lain dah tak pandang dah..senduk nasi dalam mangkuk, ceduk kuah banyak2 dan makan tanpa pedulikan orang lain..kahkahkah...lama weh tak masak lauk kincam ni..windu..huhuhu..





No comments: