Monday 8 October 2012

Aktiviti Ahad Kami Di Rumah


Assalammualaikum..
Disebabkan semalam tak bersiaran, makanya hari ni banyak la cerita nak disampaikan..ada jugak cerita kan walaupun kadang2 merapu jugak..hahaha..oh ya, Sabtu hari tu Encik Hubby tak sempat nak balik sebab habis kerja lewat sangat2..esoknya pagi2 dalam pukul 9.30 dia sampai rumah. Masa tu aku kat bawah pokok depan rumah sebab tengah menyapu daun kering yang maha banyaknya..huhu..

Siap saja menyapu aku siapkan sarapan pagi untuk Encik Hubby..semalam kami breakfast nasi goreng kampung dengan ubi rebus cicah sambal kentang..heaven! Aku tak makan banyak sebab nak mandi dan siap2 untuk pergi TJ Mart. Balik dari TJ Mart kami terus makan tengah hari sebab masa kami balik, mak dah siap masakkan untuk kami semua..meacih mak..senang keje aku..huhu..

Lepas tu kami pun berehat sambil layan anak2. Masa tu lah diorang boleh santai2 sebab papa diorang ada sekali. Selalunya waktu siang hanya ada nenek dengan atok diorang je lah yang melayan. Aku, suma ada masa sampai tengah hari. Itu pun tak sempat layan sangat sebab sibuk mengamas, membasuh dan memasak..


Ni aku suruh diorang tidur. Tu pun aku ugut, kalau tak tidur, petang tak boleh jalan2..haha..


Hisap susu sambil ketawa..ni champion minum susu..huhu..


Kan..kejap je dah habis..


Alermakk..blur gambar ni..


Main game angry birds..


Hah..buat apa lah tu..


Marah lah tu sebab aku snap gambar dia..huhu..


Mula la Shifa nak buat kerja lain..


Ha..ni lah masa nak tukar chanel..ehehe..


Sian tak ada siapa nak layan..layan diri je..tak lama lepas tu terus tertidur..hehe..




No comments: