Monday 8 October 2012

Kami Di Sedap Corner Jusco Taman Universiti


Pergh..lama betul kami tak ke sini. Sampai rindu aku dengan Beef Kuey Teow nya..lama dah nak pergi, tapi tak berkesempatan. Pernah jugak nak singgah, tapi masa tu Shifa demam dan aku memang rasa nak balik cepat je lepas beli apa yang patut..Kadang2 Encik Hubby nak makan benda lain, so aku ikut dia je lah..

Dah lama tak pergi sampai pekerja2 kat situ pun tegur kami sebab lama dah tak datang..haha..diorang mesti ingat keluarga kami sebab anak2 kami ni memang jenis yang huru-hara..hahaha..semalam pun diorang huru-hara..memang tu lah selalunya terjadi. Tapi aku dengan Encik Hubby dah lali. Sampai pernah Encik Hubby sound diorang..

"Korang ni kenapa lah macam ni kan..nak kata tak pernah bawak jalan, dalam sebulan 23 kali keluar jalan.."

Hahaha..kot ya nak sound, cakap la betul2 ya bang..tak ada lah sampai sebulan 23 kali kami keluar..bedek ar..tu namanya nak sindir aku la tu..ahahaha..gelak aku dengar dia cakap macam tu..lepas tu kami pun tengok menu..menu diorang dah baru. Tak ada kid's meal pun..kesian Anna nak makan spaghetti tak dapat..harganya pun dah semakin mahal..macam dah tawar hati pulak nak makan kat situ lagi.


Terpaksa kami letak dia jauh dari meja..karang dia jadi spiderwomen apa pun tak boleh..haha..


Dah mula bosan lah tu..


Merajuk..


 Yang ini macam biasa lah..tukang karut family ni..


Dia order milo ais..aku order teh ais dan Encik Hubby order soya bean..


Aku order nasi Sedap Special..Encik Hubby order Beef Kuey Teow..


Anna aku orderkan Nasi Padprik..tak sangka pulak padprik dia banyak cili padi..nasib baik Anna pandai asingkan..huhu..


Shifa aku orderkan nugget je..tapi sambil tu aku suap jugak nasi..mana cukup dia ni makan nugget jek..halussss...


Muka orang dah kenyang..hahaha..


Nak nasik...kata Shifa..huhu..


Gangnam style..sabo je lah..


Bil kami..walaupun tak banyak, tapi kami kecewa sebab harga dia dah naik..hahaha..kami nak harga macam dulu..huhu..



No comments: