Monday 29 October 2012

Aidiladha


Assalammualaikum..
Memandangkan dah 3 hari aku tak update blog makanya, ada jugak la cerita yang nak aku kongsi bersama..muehehe..aku nak upadate cerita pasal Aidiladha aku dulu..ok, persiapan memang dah aku susun jadi tak kelam kabut sangat. Malam tu adik beradik aku semua datang kecuali abang aku sebab dia kena jaga anak dia kat hospital. Oh ya, anak abang aku yang sulong yang namanya Firdaus telah dijangkiti demam denggi. Sebab tu abang aku kena jaga dia kat hospital. Firdaus ni nama je dah 13 tahun. Tapi, manjanya amat..asyik tunggu waktu melawat je. Kejap2 tanya bila ayah dia nak datang..ahaha..

Aktiviti masak memasak berlangsung dengan jayanya..malam tu kami ramai2 makan apa yang aku masak..huhu..masak biasa2 je..ayam masak merah, rendang daging dan sambal kacang..Abang ipar aku kata nak je dia beli satay sebab sambal kacang yang aku masak tu luar biasa sedapnya..kahkahkah..kuah lodeh pagi esoknya baru mak aku yang masakkan. Tugas aku pagi tu adalah mengemas rumah dan mencuci baju bajan..lepas tu siap2kan anak2 aku. Hari tu Shifa sentiasa jadi perhatian sebab semua suka dengan keletahnya. Ada2 jek keletah yang menggelikan hati.

Tengah hari pula, aku ke IOI Mall sekejap sebab nak beli sedikit keperluan diri. Tu pun tak lama sebab makcik aku dari Kluang datang dengan anak2 dan cucu2nya..meriah juga lah sebab sempat makan juadah raya kami. Lepas diorang balik baru lah aku bersiap-siap balik kampung..melompat-lompat Anna bila aku cakap nak balik kampung. Dia ni tak boleh cakap awal2..kang dan2 dia nak pergi..naik menanah kang telinga aku asyik dok ulang2 cakap nak balik kampung..huhu..

Dalam pukul 5.30 kami sampai Kota Tinggi. Adik beradik yang lain ada yang dah balik, ada yang belum sampai dan ada yang baru nak balik..so, malam tu hanya keluarga aku lah yang ada malam tu selain adik ipar, mak mertua dan atok. Kat kampung Shifa pun jadi perhatian sebab keletahnya yang mencuit hati. Mana taknya, kerjanya asyik merayap je. Memang tak takut orang..kalau Anna takut kucing, Shifa pulak dia kejar kucing..menjerit-jerit Anna dibuatnya..ahahaha..

Kat kampung tak banyak aktitviti yang kami buat. Selain tidur, celik mata je mak mertua dah ajak makan. Lepas tu sambung rehat, main game..tu je lah kerjanya..memang aku dapat rehat cukup2. Sampai letih badan aku sebab banyak sangat rehat..ahahaha..pagi Ahad tu mak mertua aku buatkan mi rebus untuk aku bawa balik Kulai. Sebelum balik kakak2 ipar aku datang. Meriah sekejap dengan riuh rendah cucu2 dan adik beradik bila sesekali berjumpa..


Sempat aku snap picture dalam album adik ipar aku..huhu..gambar2 lama Encik Hubby..Slim je kan Encik Hubby masa ni..sekarang..ahahaha..ini gambar2 adik beradik lelaki Encik Hubby..dari kiri, Andak, Along, Syukur, Encik Hubby dan yang depan tu Osman..agak2 mana yang paling handsome? Mesti lah Encik Hubby kan..wahaha..bang nanti belanja makan lagi ehk..ahahaha..




No comments: