Monday 22 October 2012

Tragedi Oktober


Ni bukan nak cerita pasal lagu Awie ok..hahaha..ni cuma nak cerita tragedi yang menyayat hati yang berlaku kat jalan masuk ke kawasan perumahan aku. Ianya berlaku kira2 pukul 2.00pm masa hujan semalam. Sebenarnya kat kawasan tu dah banyak kali jugak ada accident..yang meninggal terpelanting kena kat pagar rumah orang pun ada..

Kat situ sebenarnya ada satu selekoh. Tapi selekoh tu tak lah tajam sangat berbanding selekoh sebelum tu. Masa aku nak pergi kerja tadi aku tengok pokok yang ada kat situ ada kesan kemalangan. Dah banyak kali kemalangan meragut nyawa kat situ tapi pokok tu still tegak. Cuma ada kesan melecet je lah..dan pernah jugak mereka yang pernah accident kat situ kata dia ada nampak orang berdiri kat situ..kononnya diorang nak elak tu yang tergelincir terus..


Kereta tu melekat kat pokok..gambar ni aku cilok kat FB jiran aku dengan kebenaran okeh..huhu..rumah yang kat depan tu selalu jadi mangsa kemalangan..pernah ada mayat terpelanting kat depan rumah diorang..seram weh..


Selalu aku pesan kat Encik Hubby, kena hati2 bila lalu kat sini..


Dan apa yang jiran aku beritahu, pemandu tu meninggal sejurus di bawa ke hospital..kepada pemandu2 aku ucapkan sentiasa berhati-hati di jalan raya walau di mana anda berada..macam aku penah nampak je mamat yang pegang payung ni ehk..huhu..




No comments: