Saturday 13 October 2012

Sebab Aku Berhenti Kerja


Selepas 9 bulan bekerja di bawah bos yang baru, akhirnya aku minta berhenti kerja serta merta..serta merta ok, bukan 24jam..wahaha..masa tu tahap kesabaran aku dah semakin menipis..sudahlah komisen kami dia telan, tak beri bonus, tak beri alaun bekerja lebih masa..kerja banyak mengalahkan kerja kat bursa saham! Semua kerja kami memang lah kami kena buat..kerja dia pun kami pun terpaksa kena buat!

Bos kami tu memang tak pandai buat kerja! Dia cuma tahu mengarah saja. Tambah pulak dia bawak isteri Endon dia kerja sekali. Sudah la perasan diva, lepas tu memang tak sedar diri. Kalau dia ada kat office pun bukan dia tolong kami buat kerja. Dia menambah kerja kami lagi ada.. Dia cuma main Facebook dengan main game je..bos kami tu pun sama naiknya..duduk office diam2 layan cerita blue! Memang dasar tak boleh jadi bos! Menyampah!

Bila kami sibuk masa buat report, dia boleh menghilangkan diri pergi bershopping kat JPO..hello..duit ko pergi shopping tu duit company ok..Mem ko tu jangan nak berlagak sangat dah macam kaduk naik junjung..pakaian nak branded je padahal tak buat kerja pun. Jangan ikut cara kami yang selalu silih berganti handbag..kami kerja dah lama nak dibandingkan kamu yang baru masuk kerja..haih..memang diva gila minah Endon ni tau..lepas tu suka mengadu dengan laki dia yang bangang tu..

Sepatutnya masa raya dia kena bagi kami bonus..tapi tak ada..alasannya dia kata dia masih baru..ya cakap je masih baru, tapi lagaknya macam dah kerja berpuluh tahun..bos aku dulu yang garang pun tak ada lah berlagak macam ni..ok, aku tunggu raya cina pulak..bila tiba raya cina, dia gula2kan kami perfume siap tanda harga cap ayam! Sebab apa aku cakap tanda harga cap ayam, sebab tanda harga tu pun kat office ada, boleh buat sendiri..kat situ tulis RM245..cait! Dia ingat kitorang ni bodoh macam dia?

Dia kata perfume tu beli kat JPO..kahkahkah!!! Nak menipu pun agak2 lah..perfume CK tu tak ada jual pun kat JPO..hahaha..dia beli perfume imitation yang harga RM29 kat TJ Mart..kat situ jugak aku campak kat tong sampah. Biar dia tengok yang aku tak heran dengan gula2 dia tu..bukan aku tak berterima kasih, tapi sebab penipuannya tu buat aku hilang sabar.

Bos tu memang tak guna kan..ada ke nak menipu pekerja sendiri? KWSP aku pun siap ada yang dia tak bayar..eii..memang tak pernah aku jumpa orang penipu macam ni. Terang2 dia membodohkan kami. Masa tu aku rasa ok lagi..tapi bila dia hantar SMS kat aku sebab kenapa aku cuti sedangkan dia dah diberitahu yang Shifa sakit. AL aku pun banyak lagi, apa masalahnya? Ni mesti disebabkan minah Endon tu yang cucuk jarum..sebab kalau aku tak ada, dia kena back up aku kat teller..alahai..dia bukannya kena buat kerja aku pun..dia cuma kena duduk situ jek..

Dalam SMS tu bos bangang aku tu menyebut;-


''Sudah berapa hari kau cuti, esok aku mahu jumpa kau!''


Ececeh..sedap betul dia bahasakan aku engkau je ehk..bos aku dulu yang garang pun tak cakap macam ni..ini sudah lebih..maksud dia sudah berapa hari tu dia lupa ke yang aku ni ada cuti tahun? Dia dah tak bayar   OT, nak banyak bunyi pulak..masa dia bagi SMS tu aku kat rumah..masa tu memang aku marah..aku kumpul semua apa yang aku nak cakap dengan dia esok. Aku tak kira aku nak berhenti!

Esoknya, dia tak berani panggil aku pun..aku pun malas nak tengok muka dia..tapi keesokkannya, dia panggil Area Manager(AM) suruh warning aku..alahaiii..AM pun tak sampai hati nak warning aku..tapi dia tetap panggil aku masuk office bos..kat situ AM tanya aku apa yang terjadi..aku pun cerita lah dari A-Z..sebenarnya kalau aku tak cerita pun dia tahu..

AM pujuk aku supaya aku kerja macam biasa..tapi hati aku memang dah tak ada kat situ. Bos aku tu yang kena warning dengan AM..kahkahkah..padan muka kau! Lepas tu bos aku nak jumpa aku..tapi dia tak halang pun aku dari berhenti kerja..masa tu aku paksa dia bayar gaji, bonus dengan komisen aku yang tertunggak..Kalau tak, aku nak adukan pada Pejabat Buruh! Menggelatar lutut jugak dia..huhu..padan muka kau! Kau ingat aku nak biarkan kau macam tu je?

Kat situ jugak bos aku kena bambu dengan aku..huhu..bila lagi kan..haha..aku pun tak tahu kat mana aku dapat kekuatan..berani kerana benar kan..buat apa nak takut kalau kita di pihak yang benar..kat situ juga aku cakap kat dia yang dia memang tak layak jadi bos! Tengok muka you dulu, you ingat cara you macam ni boleh duduk atas selamanya?

''You ni kat bawah kaki I je tau..you jangan nak berlagak sangat! You ingat I percaya perfume cap ayam you tu? Hello..I boleh beli perfume original sendiri ok..you ingat I ni kolot macam you ehk, macam bini Endon you? You ingat I tak tahu yang you sekat komisen I untuk bagi duit kat bini Endon you dan hantar kat kampung dia? Kenapa? Terkejut? I lagi tahu apa yang you tak tahu ok! I lagi lama kerja dari you..lain kali, kalau nak tipu orang, tengok orang dulu la..sekarang, apa sudah jadi? Ni cuma I tak mahu bawa ke tengah je. You kena ingat, I ada bukti yang you menipu kami!''

Terkebil-kebil dia dengar aku cakap. Memang aku hilang hormat kat dia..Tengok muka dia pun menyampah! Bagusnya kalau bini Endon dia tu ada sekali..senang aku bahasakan dia..mungkin sekarang kau kat atas..jangan sampai bila kau kat langit alih2 terhempas kat bumi..dan untuk pengetahuan, sekarang dia semakin terdesak. Anytime je kena tendang dari company..dulu parents dia kena tendang sebab menipu orang..sekarang dia pulak..tulah, tak mahu ambil iktibar..inilah jadinya..

Lepas tu aku berhenti kerja serta-merta..menangis jugak member aku sebab aku terpaksa tinggalkan dia. Maka, aku pun jadi suri rumah sepenuh masa..memang itulah yang Encik Hubby tunggu2..tapi aku menganggur tak lama..2 bulan lepas tu kedua-dua bos aku yang lama offer kerja dengan dia..tapi aku tak pilih lah 1st bos aku..selain sebab dia garang, office dia jauh nun kat Tampoi..leceh nak ulang-alik..aku pilih bos yang kedua..dah la dia baik, dia bukak cawangan kat Merbau ni semata-mata nak suruh aku kerja.

Itulah kan..kalau kita setia pada majikan yang betul2 mengambil berat kebajikan kita, jujur dalam bekerja, percaya akan kebolehan kita..kita akan dibalas dengan kebaikan juga tanpa kita sangka. Macam cerita aku ni..Alhamdulillah..kalau dulu kerja aku banyak menimbun, sekarang kerja aku cuma jaga shop je..boleh facebook, boleh blogging..huhu..dan yang penting kita kena jujur dalam pekerjaan..jangan ambil kesempatan diatas kebebasan yang diberikan..





No comments: