Monday 15 October 2012

Aktiviti Ahad


Sekejap je dah seminggu kan..pejam celik pejam celik dah hari Isnin semula..tapi Isnin aku tak macam dulu dah..kalau dulu, sangat bercinta kalau kerja hari Isnin..Monday blues jek..sekarang, aku makin bersemangat datang kerja..suka sangat walaupun hari ni aku tengah selsema yang maha hebat..haha..sebab, kat sini lah aku berehat..huhu..

Ok, semalam hari minggu aku yang sangat relax..walaupun kena pergi TJ Mart pagi tu, tapi kerja2 rumah dah settle awal2..siap masak yang simple2 je..lauk sardin dengan sayur turi masak lemak..erk..memang terbaik! Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11.00 pagi..nak pergi awal2 pun TJ Mart tu buka dalam pukul 10.00 pagi, diorang masih kemas2..

Sampai je kami dapat parking betul2 bawah pokok dan hampir dengan pasar..bukan selalu dapat parking best macam ni tau..huhu..aktiviti berbelanja berjalan dengan lancar..aku pergi beli barang2 dan Encik Hubby tolong kendali trolley dengan layan anak2..anak2 aku umpan buah potong je kalau nak tengok mood diorang ok..hehe..cuma semalam aku tak benarkan Shifa makan buah sebab dia kan baru baik semput..Encik Hubby bagi dia biskut je buat umpan..haha..

Selesai berbelanja, alih2 Encik Hubby tolak trolley sampai kat kedai2 baju..dia bagi aku duit suruh beli baju yang aku nak..huhu..bestnya! Aku pun apa lagi, bukan setakat baju, siap dengan tudung sekali aku sambar..hahaha..meacih ya bang..huhu..semalam aku beli dress warna kelabu. Aku kenakan dengan cardigan hitam..hehe..sangat menarik..lepas tu aku beli tudung bercorak warna kelabu jugak..aku beli 3 helai tudung sekaligus..tamak tak aku..huhu..mana taknya tudung tu sehelai baru RM6 hahaha..

Lepas tu kami terus berambus dari situ..hahaha..sempat tapau Takiyaki bawak balik..nyumm nyumm..sampai rumah aku bagi anak2 makan siap2..lepas tu baru aku dan Encik Hubby makan..rehat2 kejap dalam pukul 2.00 petang aku siapkan susu dan bawa anak2 beradu..semalam cuaca sangat best ok..huhu..semua tertidur macam tak sedar diri..ahaha..

Pukul 4.00 Shifa dah mula merengek-rengek..aku buat2 tidur pun dia still nangis..adoyai, mata kelat lagi ni. Nak tak nak aku bangun jugak..aku kejut Anna sekali dan terus mandikan diorang. Sebelum tu Encik Hubby dah janji nak bawa kami pergi Tesco..kami kan duta Tesco..hahaha..nak pergi beli berus dan ubat gigi budak2 ni..asyik terlupa je..haha..bila diorang dah wangi, cantik je diorang bersanding depan tv..kahkahkah..

Memandangkan aku pun belum solat dan bersiap, makanya dalam pukul 5 jugak baru kami bertolak. Encik Hubby pun bersiap sama..sampai Tesco orang pun tak ramai sangat..best je aku nak pilih barang..niatnya nak beli berus dan ubat gigi anak2..tapi, bilnya dah RM200++..ahaha..tu makan dia..huhu..sebabnya Encik Hubby belikan aku kuali nonstick Tefal..haha..Encik Hubby ni kalau nak tunjuk kasih sayang bukan bagi bunga atau kad..dia suka bagi kuali, periuk..ahaha..suruh aku masak..akaka..

Aku pun gembira jugak..nak tunggu aku yang beli, memang susah la..sebab aku selalu beli periuk murah je..kalau kat tesco ni aku suka beli barang yang boleh aku masak..semalam aku cuma pilih berus & ubat gigi anak2, sos Nando's, sabun, gula dan tepung je..yang lain2 tu Encik Hubby yang pilih..aku tengok je..ahaha..sempat jugak aku sambar spender Anna. Cadangnya bila Anna sekolah nanti, semua nak baru..huhu..walaupun harganya RM10 untuk 5 pasang..berbaloi jugak tu..

Encik Hubby yang uruskan semua bil..Alhamdulillah..ayang doakan moga murah rezeki abang ya..huhu..lepas tu kami terus balik..sempat singgah stall steamboat dekat Kulai Besar..ramai betul orang kat situ..kami bungkus tauhu bakar dengan yong tau fu..sedap kuahnya..bebaloi jugak kami beli banyak semalam..sampai rumah terus kami makan..ahaha..tak sabar2 masa tengah hidang..baunya menusuk hidung..lapar serta merta..patut la Encik Hubby tak layan bila Anna minta KFC..rupa-rupanya dia nak beli yong tau fu..dah lama aku minta..baru ni dia tunaikan..ahaha..

Walaupun Encik Hubby tak layan aku dengan kemewahan, tapi aku lebih suka dengan cara sederhana seperti ini..kalau dia berjanji, aku kena sabar sebab bukan aku boleh dapat terus apa yang aku minta. Yang penting janjinya itu pasti..dan malam tadi juga dia janji hari Selasa ni lepas hantar Shifa pergi klinik, dia nak settlekan yuran dan pendaftaran sekolah untuk Anna..Alhamdulillah..



No comments: