Saturday 20 October 2012

Dah Nak Raya Haji?



Dah Sabtu..muehehe..esok dah Ahad. Cuti, tapi banyak benda nak settle. Jumaat depan dah Raya Haji..adeh..cepat bonar ya..uhuhu..so kalau nak belanja dapur tak payah untuk seminggu sebab sebelum raya tu memang nak kena pergi pasar lagi..beli banyak2 pun tak muat fridge kang..haha..dah berapa minggu Encik Hubby asyik balik lambat so terpaksa tunda beli groceries pada hari Ahad..penat!

Bila fikir Raya Haji, kepala mula sendat sebab tak tahu mana nak mula..tapi aku dah plan siap2 nak buat kek coklat moist kukus..ada masa kang aku update ya..mudah je nak buat..Raya Haji biasanya aku beraya kat rumah aku dulu. Sebab cuti pun sehari je kan..dan petang raya atau tengah hari sikit baru aku gerak ke Kota Tinggi. Mungkin Sabtu tu aku ambil cuti, so ada dua hari aku boleh spend kat sana..tu pun kalau dapat cuti..huhu..berangan lah aku ni..hoho..

Raya Haji kami masak lauk macam Aidilfitri jugak. Kuantitinya pun sama..sebabnya, adik beradik aku kan 5 orang, ditambah pulak dengan cucu2 mak aku yang berderet ni..huhu..Ketupat adalah WAJIB! Seumur hidup aku belum pernah makan ketupat segera walaupun Raya Haji..InsyaAllah, akan aku teruskan tradisi ni. Lagipun sejak darjah 3 memang aku dah pandai anyam ketupat. Tu pun arwah nenek aku yang ajar..hehehe..

Selalunya, time nak raya kami akan masak ketupat dalam 70-100 biji dan aku boleh sempat siapkan dalam 50 biji. Yang lain tu pandai2 lah sesiapa nak tambah..ahahaha..bila ada anak kecik ni memang tak boleh lama2 duduk menganyam ketupat. Nanti mulalah anak2 aku jeles..memang tak boleh tengok aku buat kerja..ahaha..kalau kat rumah mertua, bab2 masak ni memang aku tak buat..hehe..sebab dah ramai kan tukang masak..ahaha..menantu siapa la tu?

Kat rumah mertua biasanya aku bab kemas2 je lah..karang kalau aku masak tak kena dengan tekak diorang, siapa pulak nak habiskan..ekekeke..acah je..tapi anak2 aku kalau kat kampung memang liat nak suruh makan..diorang asyik dok bermain je dengan sepupu2 diorang..lepas tu berpeluh2, mintak mandi..memang suka kan tambah kerja Mama dia ni..huhuhu..

Disebabkan hari ni adalah weekend makanya aku malas nak letak entry banyak2..aku nak layan Adam & Hawa episod 29-32..huhuhu..sila lah layan gambar2 yang aku masak tadi di bawah..malas dah nakmletak caption..huhuhu..






Tata..





No comments: