Friday 5 October 2012

Episod Hari Ini


Hahaha..bosannya aktiviti aku setiap hari kan..membasuh, mengemas, memasak tak habis2..masa aku dalam pantang, lepas seminggu aku dah start duduk kat dapur. Yelah, walaupun mak aku ada tapi macam tak best je kan tengok mak aku yang kelam kabut..time masak aku tolong sikit2..mana2 kerja yang tak memaksa aku angkat benda berat, memang aku buat. Tu pun asyik kena bebel dengan mak. Sibuk suruh aku rehat. Lepas tu aku sibuk nak sapu rumah..haha, ni aktiviti yang paling aku gemar. Tak suka lantai kotor!

Pagi tadi aku tengok mak aku kerjakan pokok bunga..huhu, tak sempat aku nak ganti tanah yang aku beli tu. Mungkin mak aku tengok aku memang betul2 tak sempat nak buat..kalau bab pokok bunga ni mak aku memang berbakat..kata orang sejuk tangan. Kalau tanam apa-apa pokok pun boleh hidup..hehe..aku? Tangan aku cuma layak trim pokok je kalau korang nak tau..hahaha..bela kaktus pun boleh mati! Hehehe..

Ok lah, pagi tadi aku memang malas nak breakfast yang berat2..aku cuma ambil cereal dengan susu jek. Bila aku rajin je aku buat breakfast. Paling malas pun aku buat lempeng..hehehe..diorang ni semua berebut kalau aku buatkan lempeng. Aku kalau boleh buat sesuatu yang diorang suka makan. Kalau tak membazir je kan..


Breakfast aku tadi..cereal dari Post Select. Ada almond dan madu..aku suka jenama ni sebab ada macam2 jenis. Ada campuran buah-buahan seperti blueberry, strawberry, cranberry dan banana. Tapi kali ni aku beli yang ada almond. Biar anak2 aku tak kacau aku makan sebab aku dah belikan diorang koko crunch. Tapi tak jugak..Shifa sibuk mengusung diri kat aku..huhu..Anna je setia dengan koko crunchnya..


Apa-apa hal sebelum buat kerja aku mesti rendam dulu barang2 beku..hari ni aku masak ikan kapak..cantik kan ikan kapak ni..fresh jek..memang jarang jumpa kat pasar. Selalunya aku jumpa ikan kering kapak je la..hahaha..itu pun dah sedap. Ikan ni aku cuma goreng je..semalam kan baru buat asam pedas..


Kadang2 aku goreng ikan guna serbuk ni..serbuk rempah ni memang tak ada jual kat mana2. Ni pun aku dapat dari anak saudara abang ipar aku yang kerja kat MAS. Ia adalah campuran herba2 Italy. Selain ikan, sebenarnya benda ni sesuai untuk kita masak steak. Tapi tekak orang Melayu takkan hari2 nak cekik steak je kan..aku ubah la sikit. Goreng ikan atau ayam guna rempah ni..rasa rosemary sangat kuat!


Lepas tu ikan goreng tadi aku gandingkan dengan sambal telur hancur. Fuh! Ni favorite aku masa kecik2. Masa aku kecik2 mak aku suka buatkan sambal telur ni. Bertambah-tambah aku makan tau..buat dia senang je..buat macam sambal tumis. Cuma kena tambah sedikit halia dan air asam jawa. Lepas tu masukkan telur ikut sambal tadi. Sayur aku lupa nak snap..Ada balance kobis aku masak bening je untuk budak2..




No comments: