Monday 15 October 2012

Aku Dilanda Selsema


Adeh..selsema buat aku lemah sepanjang hari..kepala sakit dan berat macam dihempap batu..tekak perit, hidung berair..dapat makan bubur berlauk sedap ni..ahaha..ada hati lagi nak makan sedap2..bila lagi kan..huhu..tapi serius aku lemah..berdenyut-denyut kepala aku ni. Gagahkan juga lah buat kerja rumah macam biasa..

Makanya, aku masak pun yang simple2 je..mata rasa macam nak tidur je..kalau dapat bantal ni mesti lena sampai balik..akaka..tapi tak boleh la..aku tengah kerja, lain lah kalau bos aku suruh aku tidur..walaupun tak ada kerja, tanggungjawab sebagai pekerja kena laksanakan juga..tak mahu makan gaji buta lepas tu kasi anak2 makan..that's not my type!


Mula2 aku masak sotong tumis halia je..jangan salah faham bila tengok lauk ni berbuih ehk..bukan sebab lauk ni dah basi..kalau masak sotong memang macam tu..lepas tu buih dia hilang..Anna suka makan lauk ni walaupun aku letak cili padi..kalau aku dah bosan masak sambal, aku masak macam ni je..senang..


Sayur aku goreng buncis+tempe..ni pun bagi aku dah sedap sangat..aku masak dua lauk ni je..memang tak larat dah nak masak macam2..kepala dah nampak bintang je..ditambah pulak dengan suara2 anak2 aku terjerit-jerit..Terjerit-jerit bukan sebab apa, saja je diorang main jerit2..adeh..tu je entry kali ni..nak keluar jap beli panadol..mata dah berpinar-pinar ni..




No comments: