Thursday 18 October 2012

Encik Hubby Oh Encik Hubby


Erkhh..takde gambar pulak nak tepek..huhu..Encik Hubby ni pemalu orangnya..tak suka publishkan diri..wuhuhu..benonya aku tadi tak ada mood nak mengarang..tapi tiba2 bila ada yang mintak aku cerita pasal macam mana aku boleh kenal dengan Encik Hubbyku yang chubby, idea pun datang..tapi nak mula macam mana tu yang aku tak reti..congak2 dulu tarikhnya bila..adeh la..memory aku dah penuh..terus low dan jammed.

Rasanya dalam tahun 2005 atau 2004 macam tu la kitorang kenal. Kenal pun pasal chatting. Chatting melalui cupid SMS..wahaha..siapa kata kenal masa chatting tak boleh ke jinjang pelamin? Buktinya aku la..ahaha..sebelum tu memang ramai yang aku chat. Tapi tak ada sorang pun yang berkenan..bila aku kata aku dari JB semua taknak sebab diorang nun jauh kat utara..tak thrill betul diaorang ni ehkk..huhuhu..

Akhirnya aku berkenalan dengan Encik Hubby A.K.A Joe..ahaha..gelak aku nama Joe kunun..lepas beberapa kali chatting akhirnya dia mintak hp no aku..aku pun bagi la..malam tu dia call aku dalam pukul 12.00 macam tu..pendiam orangnya dan aku je yang banyak bercakap..ahaha..dan lepas tu dia still tak boring call aku..2 hari sekali dia mesti call..kalau call mesti lama sampai 2 jam..boleh menanah telinga aku dibuatnya..ahaha..yang tak best aku je la yang asyik membebel..kahkahkah..

Entah macam mana selepas beberapa minggu kami decided untuk berjumpa..aku pun berlagak berani walaupun kecut jugak nak jumpa. Mana taknya, aku kena pergi Kota Tinggi dan bukan dia datang ke Kulai. Tak gentleman langsungkan..ahaha..tapi disebabkan dia selalu on call makanya aku terpaksa beralah. Dalam firasat aku dia ni sangat jujur orangnya sebab dia jenis yang humble. Tak pernah selindung walaupun kadang2 agak memalukan..ahaha..

Masa tu aku naik bas ke Kota Tinggi. Dia janji nak ambik aku kat bus stand dengan lori ok..aku pun tunggu dan tiba2 ada satu lori pecah reban berhenti depan aku..aku diam je la..takkan aku nak redah bukak pintu lori tu..kalau salah..malunya aku..huhu..lepas tu pintu terbuka..haha..dia suruh aku masuk..expression pertama aku masa tu..mak aih, panjangnya rambut dia..kulit dia pun masa tu hitam melengut lepas tu pakai baju kaler oren kau...wah! Meriah!

Aku dibawa ke Tanjung Balau..betul la, mamat ni memang pemalu..so, sedikit sebanyak aku rasa selamat. Tak ada aktiviti apa pun kat situ. kami jumpa sekejap je lepas tu dia ada on call. Dia hantar aku semula kat bus stand. Masa aku kat dalam bas dia call aku dan macam biasa akulah yang paling peramah.ahaha..selepas hari tu, kami hanya jumpa kat Kota Tinggi je..lepas beberapa bulan je baru kami hangout kat JB..tengok wayang, makan2..aktiviti yang tak pernah dia buat dengan budak perempuan..huhu..

Pernah sekali dia bawa jumpa dengan mak dia..hehe..dupdap jgk aku dibuatnya..pulak tu Along dia interview aku macam2..hahaha..akhirnya dia declare aku jadi girlfriend dia..aku terima sebab dia jujur orangnya, bertanggungjawab, suka buat aku gelak. Aku kenal dia masa dia tak ada apa2 ok..tak ada kereta, tak ada hadiah yang best2 dan tak selalu jumpa..sabar tak huhu..

Selepas setahun dia ajak aku bertunang..wah! Terkejutnya aku..huhu..boleh tak dia lamar aku kat dalam teksi?

''Bulan depan gua nak suruh mak gua datang rumah lu untuk pinang lu.''

Wohohoho..mana tak terkejut kan..kecut2 aku malu dengan brader teksi tu tau! Express sungguh..aku ingat lama lagi aku nak kawen..hahaha..lepas tu kami pun bertunang. Lepas setahun lebih kami pun bernikah..perjalanan perhubungan kami sebelum kahwin sangat simple. Semuanya seperti diatur dengan sempurna. Kalau mula2 seperti kami tidak ada apa2 persediaan, Alhamdulillah..segala-galanya dipermudahkan..

Kami honeymoon kat Langkawi..merasa jugak aku honeymoon sebab memang tak terfikir dan tak terlintas pun bila Encik Hubby kata lepas majlis kenduri kahwin, kami akan pergi honeymoon..huhu..walaupun masa sebelum kahwin Encik Hubby tak pernah manjakan aku dengan hadiah, tapi masa beli barang hantaran dia belikan aku barang yang branded2..dia kata dia teringin nak belikan tapi tak tahu bila dan yang nyata, inilah masanya..

Berkat sifat aku yang tak meminta-minta..cewahhh(bajet perasan), Encik Hubby berbesar hati hadiahkan honeymoon ke Langkawi untuk kami..enjoy dan seronok sekali masa tu..InsyaAllah lepas ni dia nak bawa kami dengan anak2 pulak. Nak imbas memori masa honeymoon..wakaka..aku takut tak terimbas bila bawa anak2..moga Allah memanjangkan rezeki kat Abang ye..lepas tu boleh kita pergi Korea..ahahahaha..tak habis2 kan aku ni..huhu..







No comments: