Wednesday 3 October 2012

Sejarah Kerja Aku


Aku bab letak tajuk entry ni memang fail. Kadang2 main belasah jek..huhu..masa aku tulis entry ni aku baru je lepas makan char kuey teow yang mebeless tu..huhu..rasa dia tetap sama. Sedap sentiasa..hehe..lepas Asar je aku dah jengah stall dia..ekeke..pukul 6 baru aku pergi beli. Biasanya aku order char kuey teow special..banyak kerang, banyak udang dan banyak kuah..pergh..heaven!

Aku order air teh ais kat kedai makan sebelah. Lepas makan, aku set2 kunci pintu sebab hari pun dah nak gelap. Kang ada pulak makhluk yang tak sekolah tu datang cakap benda yang tak senonoh..eiii, geli aku tau! Bila waktu macam ni biasanya aku tengah relax sementara tunggu Azan Maghrib..siap2 tanggal make-up..huhu..

Aku suka waktu2 macam ni. Lepas solat je jam pun kejap je nak pukul 8..waktu balik la..huhu..penat tau kalau kerjanya duduk dan menunggu..lebih baik ada kerja dan masa yang berlalu tu tak terasa sangat. Aku ni dah biasa kerjanya kerja yang menunggu, bukan aku tunggu kerja. Macam aku kat office dulu..aku memang bermula dari zero tau.

Masa aku mula-mula kerja kat situ, ada sorang kakak tu dah nak cuti bersalin. Memang dia tak sempat nak ajar aku tentang kerja2 yang aku kena buat. Lepas dia bercuti, tinggallah assistannya dan aku menguruskan kerja-kerja kat office. Yang nyata, tak banyak yang aku belajar dari dia. Aku cuma banyak belajar tentang sikapnya saja.

Hari2 aku dengar dia merungut. Merungut dengan kerja-kerja yang terpaksa dia buat sepeninggalan staff yang cuti bersalin tu. Aku nak tanya lebih2 pun malas sebab buat sakit hati je. Memang tak ikhlas nak mengajar. So, alternatif lain, aku belajar sendiri dari bos. Huhu..selamba je aku tanya bos kan..lagi detail! Lepas tu aku semakin cekap buat kerja.

Bila aku semakin cekap buat kerja, mulalah perasaan iri hati timbul. Penat tau aku layan kerenah dia..tak boleh kita lebih, tak boleh kita pandai, sudahnya aku layankan je..8 tahun juga aku bersabar dan akhirnya dia berhenti kerja. Fuh! Mulai dari itu aku semakin bersemangat nak pergi kerja. Tak ada pagi2 datang kerja mengadap muka yang asyik masam mencuka..lemas weh..

Nak kata aku sakitkan hati dia, petang semalamnya sebelum balik dia siap borak2 ketawa2 dengan aku. Alih2 esok pagi mood dah lain. Mood dia tertinggal kat rumah agaknya..huhu..aku senang je, kalau mood dah macam tu baik jangan dilayan. Buat kerja kita lagi bagus..hehehe..

Aku memang seronok kerja kat situ walaupun masa tu bos aku sangat straight gila. Kalau boleh 24jam tangan mesti pegang pen..hahaha..tapi aku banyak belajar dengan dia tentang disiplin, tentang kerja dan bagaimana aku kena alert dengan kehendak customer. Sepanjang aku bekerja di bawahnya, shop kami sentiasa dipuji oleh GM dan menjadi contoh diatas cara pengurusannya..memang tip top!

Pencapaian Branch bergantung kecekapan pengurusnya. Kalau pengurus tak bagus, maka Branch pun tak bagus perfomancenya. Selepas 8 tahun bos aku tu telah dinaikkan panggkat sebagai Area Manager dan diambil alih oleh Manager yang baru. Masa ni memang enjoy! Walaubagaimanapun kerja kami masih tip top walaupun kami boleh bersembang..hahaha..

Kenapa aku berhenti kerja kat situ? Nanti aku sambung di entry yang lain. Panjang ceritanya..huhu..



No comments: